Jan 4, 2012

Kaedah Berfikir 6 Topi

Edward de Bono dalam bukunya, Thinking Course menyatakan bahawa logik ialah satu cara menjana maklumat daripada sesuatu keadaan. Maklumat yang hendak dijana ialah sesuatu yang benar dan diterima akal. Beliau telah mengemukakan satu kaedah berfikir yang dianggap bersifat kritis. Dalam konsep berfikir secara kritikal, yang ditekankan adalah berfikir secara menyeluruh dan mendalam. Menyeluruh bermaksud sesuatu topik atau fenomena akan dinilai daripada pelbagai sudut atau aspek. Mendalam pula bermaksud setiap sudut atau aspek yang dianalisis akan dilakukan secara teliti dan selengkap mungkin.
  • Topi Hijau - Melambangkan pemikiran kreatif -bentuk pemikiran yang memfokus kepada mendapatkan idea atau pemikiran baru tentang sesuatu hal
  • Topi Kuning - Melambangkan pemikiran konstruktif atau membina - bentuk pemikiran yang memfokus kepada aspek positif sesuatu perkara
  • Topi Putih - Melambangkan pemikiran objektif.; Berusaha mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin daripada situasi yang ada. Dalam skema ini, seseorang itu tidak akan membuat apa-apa keputusan awal, sebaliknya dia akan mengumpul maklumat sebanyak mungkin sebelum membuat sebarang keputusan.
  • Topi Hitam - Melambangkan pemikiran kritikal dan negatif- bentuk pemikiran yang mengambil kira atau memfokus pada hal yang negatif atau yang buruk sebelum melaksanakan sesuatu tindakan atau membuat sesuatu keputusan
  • Topi Merah - Melambangkan pemikiran emotif dan nilai - bentuk pemikiran yang cuba menyelami aspek emosi bagi sesuatu perkara yang sedang dibincangkan.
  • Topi Biru - Topi yang paling dominan dan bertindak sebagai pembuat keputusan- pemikiran yang menghala kepada pembuatan keputusan atau menentukan arah atau hala tuju sesuatu perbincangan atau permasalahan. 
Bagi seorang pendidik, kaedah ini boleh dipraktikkan mengikut kesesuaian. Walaubagaimanapun, pendidik diingatkan tidak mempraktikkan kesemua topi serentak dikhuatiri menyebabkan fikiran berkecamuk. Penggunaan weblog dilihat boleh diintergrasikan pemilihan kaedah Six Thinking Hat kerana ciri-ciri dan keistimewaan yang terdapat weblog (kolaboratif, konstruktivis) akan membantu mencapai objektif yang telah ditetapkan. 
Thank you kepada pemilik blog ini kerana membantu aku dalam menjawab final exam thinking.. Entry ini sekadar perkongsian ilmu semata-mata dimana setiap pelajar universiti di Malaysia diwajibkan mengambil  subjek THINKING SKILL.. Entry yang mudah difahami..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(: