May 18, 2012

Antara Adat dan Agama: Perkahwinan

Dah lama x tulis entry baru.. Sekarang baru ada idea nak tulis entry walaupun terlalu buzy dengan third year life.. Kali ini, aku nak bagitahu pasal budaya perkahwinan di Malaysia yang sangat dipengaruhi adat bukannya agama.. Aku bukan nak mempertikaikan adat Melayu tapi itu realiti yang berlaku di Malaysia.. Aku menulis berdasarkan pendapat dan pengalaman kawan-kawan aku yang membincangkan mengenai perkahwinan..
  • Hantaran untuk perkahwinan berdasarkan pendidikan 
  • Mas kahwin ditetapkan mengikut negeri
  • Belanja perkahwinan yang tinggi
  • Pernikahan yang dilakukan di masjid
  • Jemputan perkahwinan yang ramai
Dalam sudut adat, hantaran itu umpama melambangkan nilai seorang wanita untuk dijadikan sang isteri.. Pada suatu masa dahulu, hantaran itu ditetapkan berdasarkan kecantikan seorang wanita.. Itu dulu la.. Skunk ni dah lain.. Lain zaman, lain cara.. Dalam sudut Islam, hantaran ini dibolehkan selagi tidak membazir dan pihak lelaki mampu..
Mas kahwin di Malaysia ditetapkan mengikut negeri.. Setiap negeri mempunyai nilai mas kahwin mereka.. Tapi pihak lelaki boleh memilih dan menetapkan mas kahwin mereka kepada perempuan. Dalam Islam kalau kita ingin menikah walaupun tidak mempunyai apa-apa terutama musim perang dahulu, cukuplah dengan sepotong ayat Al-Quran.. Even sepotong ayat Al-Quran, lelaki tersebut perlu memahami dan mendalami sepotong ayat Al-Quran itu..
Kalau nak dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain, menurut lecturer aku dari Arab mengatakan bahwa belanja kahwin kat Malaysia antara paling rendah sekali.. Tapi bagi rakyat Malaysia, kos kahwin adalah tinggi.. Kenapa tinggi?? Cuba fikir.. Nak kahwin mesti nak upah make-up artist, nak bersanding, baju kahwin, cadar kahwin dan segala bagai.. Padahal semua tu tak perlu pun.. Kalau duit belanja tu digunakan selepas kahwin, lagi berkat and senang..
Pernikahan yang dilakukan dimasjid tidak digalakkan.. Aku tak sure sebab apa.. Boleh ditanya kepada pakar agama.. Tapi bagi aku, rumah Allah digunakan untuk tujuan kerohanian tapi apabila menikah di masjid, ia akan berubah menjadi tujuan keramaian.. Better nikah di rumah..
Jemputan kahwin tak perlu ramai, cukuplah sekadar sedara-mara n kawan-kawan sahaja.. Bila jemputan ramai, banyak la kosnya.. So, fikir-fikir la..
Pendapat aku ialah perkahwinan di Malaysia sangat dipengaruhi adat dan melupakan agama.. Bak kata pepatah Melayu ""Biar mati anak, jangan mati adat".. Perkara ni menyebabkan banyak unsur negatif yang berlaku.. Kekadang kalau kita tengok situasi sekarang, ramai pasangan nak kahwin tapi tak dapat sebab ibubapa mereka sangat mementingkan adat berbanding mengelakkan anak dari fitnah zina.. Islam itu mudah, adat itu tak salah.. Tapi kita kena tahu mengimbangi antara satu sama lain..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Mar 5, 2012

The Things Woman MUST Have : Deodorant

Aku bukannya seorang yang terlalu menjaga kecantikan.. TETAPI sebagai seorang wanita aka perempuan aka gadis, kita seharusnya menjaga kebersihan diri dan kecantikan diri untuk keselesaan diri sendiri dan juga orang lain.. Kat sini aku akan berikan beberapa benda yang sering aku gunakan untuk keselesaan sendiri.. Asalkan sendiri puas, ok la tu.. hihihihi..

REXONA Teens Pink





REXONA Teens Pink ni bagus sebab ia 24hours protection.. Aku dah cuba pelbagai deodorant, endingnya deodorant paling sesuai sebab deodorant ni dapat menghilangkan bau badan yang terhasil dari peluh yang sangat banyak.. Aku seorang yang agak aktif (agak jew) & bau badan pun agak kuat.. So, aku galakkan sesiapa yang berbau badan agak kuat, try guna deodorant ni.. Insyaallah, bau peluh korang akan kurang atau hilang terus.. Deodorant ni ada 2 jenis, satu warna pink n satu lagi warna biru.. Try la.. Harganya RM8.50 (harga Watsons Store)..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Feb 6, 2012

Keunikan Kelantan di mata aku..

Baru-baru ni, aku pergi ke Kelantan bersama keluarga aku.. Cuti-cuti Malaysia + menziarahi saudara-mara terpisah.. hahaha.. Really awesome.. Secara keseluruhan, aku memang gembira berada disana.. Berbalik pada tajuk asal, aku nampak keunikan Kelantan yang memang takde kat negeri lain.. Berbeza dan unik.. Secara total, aku jumpa 5 keunikan Kelantan.. 
1.    1. Tulisan jawi..
Di Kelantan, penggunaan tulisan jawi sangat meluas dimana setiap premis perniagaan dan papan tanda mesti ada tulisan jawi.. Even for kedai for non-muslim juga ada tulisan jawi.. Papan tanda kat sana sangat unik.. Kalau kat luar dari Kelantan, gambar Fafau tok Hot fm mesti free-hair tapi kat Kelantan adalah sebaliknya.. Unik kan??
2.    2. Nombor flat kereta..
Hampir kesemua kereta kat Kelantan mesti bernombor flat luar dari Kelantan seperti WGH, WGM, JKH, ABG dan lain-lain.. Jarang nak jumpa yang start dari D.. Kalau ada mesti kereta mewah dan mahal seperti Volkswagen, Mini-Copper dan lain-lain.. Sangat unik..
3.    3. Banglo..
Standard price for Banglo kat luar dari Kelantan selalunya atas 200K.. Tapi kat Kelantan mempunyai banyak banglo untuk dijual dengan harga 100K sahaja.. Murah kan?? Kebanyakan banglo kat Kelantan adalah banglo zaman P.Ramlee dan bangle jenis lama.. Sangat unik untuk mereka yang suka barang antik..
4.    4. Emas..
Emas Kelantan berbeza dari tempat lain.. Emas kuning berwarna kuning-merah.. sedangkan emas yang bukan dari Kelantan berwarna kuning silau..
5.    5. Sup Belut..
Untuk pertama kalinya, aku jumpa sup belut.. Sup belut macam sup biasa tapi rasanya lebih sedap (menurut ayah aku).. unik betul..
Secara total, berada di Kelantan sangat berbeza berbanding dengan negeri lain.. Aku dah jelajah hampir kesemua negeri di Malaysia sejak dari kecil.. Tapi hanya Kelantan dan Terengganu aku belum jelajah lagi.. Terengganu, tunggu aku untuk jelajah kau.. hihihi..
Untuk gambar, nantikan je ek.. Senang citer, singgah la Kelantan..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Jan 4, 2012

Kaedah Berfikir 6 Topi

Edward de Bono dalam bukunya, Thinking Course menyatakan bahawa logik ialah satu cara menjana maklumat daripada sesuatu keadaan. Maklumat yang hendak dijana ialah sesuatu yang benar dan diterima akal. Beliau telah mengemukakan satu kaedah berfikir yang dianggap bersifat kritis. Dalam konsep berfikir secara kritikal, yang ditekankan adalah berfikir secara menyeluruh dan mendalam. Menyeluruh bermaksud sesuatu topik atau fenomena akan dinilai daripada pelbagai sudut atau aspek. Mendalam pula bermaksud setiap sudut atau aspek yang dianalisis akan dilakukan secara teliti dan selengkap mungkin.
  • Topi Hijau - Melambangkan pemikiran kreatif -bentuk pemikiran yang memfokus kepada mendapatkan idea atau pemikiran baru tentang sesuatu hal
  • Topi Kuning - Melambangkan pemikiran konstruktif atau membina - bentuk pemikiran yang memfokus kepada aspek positif sesuatu perkara
  • Topi Putih - Melambangkan pemikiran objektif.; Berusaha mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin daripada situasi yang ada. Dalam skema ini, seseorang itu tidak akan membuat apa-apa keputusan awal, sebaliknya dia akan mengumpul maklumat sebanyak mungkin sebelum membuat sebarang keputusan.
  • Topi Hitam - Melambangkan pemikiran kritikal dan negatif- bentuk pemikiran yang mengambil kira atau memfokus pada hal yang negatif atau yang buruk sebelum melaksanakan sesuatu tindakan atau membuat sesuatu keputusan
  • Topi Merah - Melambangkan pemikiran emotif dan nilai - bentuk pemikiran yang cuba menyelami aspek emosi bagi sesuatu perkara yang sedang dibincangkan.
  • Topi Biru - Topi yang paling dominan dan bertindak sebagai pembuat keputusan- pemikiran yang menghala kepada pembuatan keputusan atau menentukan arah atau hala tuju sesuatu perbincangan atau permasalahan. 
Bagi seorang pendidik, kaedah ini boleh dipraktikkan mengikut kesesuaian. Walaubagaimanapun, pendidik diingatkan tidak mempraktikkan kesemua topi serentak dikhuatiri menyebabkan fikiran berkecamuk. Penggunaan weblog dilihat boleh diintergrasikan pemilihan kaedah Six Thinking Hat kerana ciri-ciri dan keistimewaan yang terdapat weblog (kolaboratif, konstruktivis) akan membantu mencapai objektif yang telah ditetapkan. 
Thank you kepada pemilik blog ini kerana membantu aku dalam menjawab final exam thinking.. Entry ini sekadar perkongsian ilmu semata-mata dimana setiap pelajar universiti di Malaysia diwajibkan mengambil  subjek THINKING SKILL.. Entry yang mudah difahami..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(: