Masyarakat Korea sangat mementingkan rupa sebagai asas utama dalam
menilai seseorang. Jangan terkejut jika mereka sanggup membuat apa sahaja demi
untuk kelihatan cantik dan menawan. Tak hairanlah jika ramai KPOP star
melakukan pembedahan plastik demi untuk kelihatan cantik.
Apa itu cantik di Korea?? Apa itu Ulzzang?? Masih ada orang Korea yang tak melakukan sebarang pembedahan?? Kenapa mereka mengubah wajah?? Golongan manakah yang sering mengubah wajah?? Bahagian muka yang mana sering dilakukan pembedahan??
Persoalan-persoalan
ini sering mengganggu pemikiran orang yang hidup di luar kawasan South Korea.
Disini saya akan beri penerangan menurut dari pemerhatian saya dari pelbagai
sumber mengenai kecantikan masyarakat Korea.
KARA Hara - diantara artis Kpop yang memiliki kecantikan sempurna |
APA ITU CANTIK DI KOREA SELATAN??
Masyarakat Korea mempercayai dan berbangga dengan kecantikan seseorang
baik lelaki mahupun perempuan berbanding dengan pendidikan. Bagi mereka,
kecantikan sangat penting dalam membina kehidupan yang lebih baik. Orang yang cantik
dan comel semulajadi seringkali diberi gelaran Ulzzang yang bermakna mereka tak
memerlukan sebarang perubahan wajah untuk menjadi cantik. Antara Kpop Star yang
mendapat gelaran tersebut ialah U-Kiss KiSeop, Infinite L, 4Minutes HyunA dan
T-Ara JiYeon.
Berbalik kepada konsep asas, cantik yang dimaksudkan ialah kepala yang
kecil, mata yang besar, dahi yang kecil, hidung mancung, dagu runcing dan
berbentuk V, badan yang kurus (perempuan), S-line (perempuan), badan yang sasa
(lelaki), dan tinggi melebihi 180cm (lelaki). Antara artis yang dipanggil
sangat cantik dan kacak ialah SNSD YoonA, KARA Hara, 2PM Nichkhun, dan
SuperJunior SiWon.
2PM Nichkhun (Siam-Cina) memiliki kekacakan sempurna dalam masyarakat Korea |
APA ITU ULZZANG??
Ulzzang adalah gelaran nama yang diberi kepada orang Korea yang
memiliki kecantikan semulajadi tanpa membuat sebarang perubahan wajah. Golongan
ini sering mempunyai peminat tersendiri walaupun mereka bukannya didalam
kalangan artis. Malah sebahagian dari mereka juga mempunyai sasaeng fan
(hardcore fan) yang sanggup mengekori mereka 24/7.
Bagi golongan Ulzzang yang mempunyai peminat sebegini, ia adalah
masalah yang besar sejak dari kecil. Kecantikan/kekacakan yang dimiliki bukan
lagi nikmat tapi bala dan bebanan bagi mereka. Malah golongan ulzzang sering dipertikaikan
akan wajah asli mereka oleh masyarakat Korea. Antara artis Kpop menerima
penangan tersebut sejak dari kecil ialah MBLAQ LeeJoon dan SHINee TaeMin.
MBLAQ Lee Joon merupakan seorang ulzzang dan memiliki sasaeng fan sejak dari zaman persekolahan |
Actually, bukan sahaja masyarakat Korea yang menerima penangan peminat obsess
tapi masyarakat Jepun juga mempunyai peminat yang sebegitu seperti KATTUN
Kamenanshi Kazuya, KATTUN Akaninshi Jin dan Hamura Miura. Untuk mengetahui
keadaan golongan ulzzang, ada sebuah drama Jepun yang mengisahkan keadaan
golongan ini iaitu Yamato Nadeshiko Shinchi Henge.
MASIH ADA ORANG KOREA YANG TAK MELAKUKAN SEBARANG PEMBEDAHAN??
Sebenarnya masih ramai lagi orang Korea yang tak melakukan pembedahan
dan mereka tak kisah dengan wajah mereka. Cuma kita sering nampak golongan yang
melakukan pembedahan berbanding orang yang tak melakukan pembedahan. Ini kerana
golongan yang tidak melakukan pembedahan berada dikalangan orang yang melakukan
pembedahan sehingga kita mengklasifikasikan semua orang Korea melakukan
pembedahan wajah terutama wanita. Antara artis Korea yang tak melakukan
sebarang perubahan wajah ialah Kim JongKook, BigBang DaeSung, MBLAQ LeeJoon,
MBLAQ CheonDong, 2NE1 Sandara dan 2NE1 CL.
Kim Jong Kook - artis yang tidak pernah melakukan plastic surgery sepanjang menjadi artis |
KENAPA MEREKA MENGUBAH WAJAH??
Seperti sudah dijelaskan, masyarakat Korea sangat mementingkan
kecantikan berbanding pendidikan. Bagi mereka cantik di luar adalah cantik di
dalam juga. Orang yang tidak cantik sering dihina, dikutuk, dan diejek oleh orang
sekeliling sehingga mereka rasa stress. Mereka jua sering dipinggirkan oleh
masyarakat Korea yang sering memandang paras fizikal seseorang. Oleh itu,
mereka mengubah wajah dan bentuk badan untuk mendapat kehidupan yang lebih baik
pada masa akan datang. Berat badan yang dikatakan cantik oleh masyarakat Korea
adalah tak lebih 50kg. Bagi yang melebihi berat tersebut, akan digelar raksasa,
gemuk, dan paling teruk sekali ialah b***. Even Lee HyoRi yang cantik tersebut
pernah digelar artis gemuk oleh media Korea Selatan walaupun pada pandangan
mata orang lain (luar S.Korea) mengatakan badan Lee HyoRi adalah biasa-biasa
sahaja.
GOLONGAN MANAKAH YANG SERING MENGUBAH WAJAH??
Golongan yang sering melakukan pembedahan wajah adalah golongan artis
seperti penyanyi, pelakon, model dan sebagainya. Ini kerana mereka adalah
golongan yang sering mendapat perhatian dari masyarakat Korea. Malah kecantikan
dan kekacakan yang dimiliki merupakan salah satu sumber pendapatan mereka.
BAHAGIAN MUKA YANG MANA SERING DILAKUKAN PEMBEDAHAN??
Bahagian muka pertama yang sering dilakukan pembedahan oleh hampir
semua masyarakat Korea adalah mata. Jika dilihat dari sudut bangsa, masyarakat
Korea merupakan salah satu kaum dari bangsa Cina dimana secara lahiriahnya
mereka adalah bermata sepet dan tidak memiliki kelopak mata atau lebih dikenali
sebagai single-eyelid. Jika dibandingkan dengan kaum-kaum dari bangsa Cina,
masyarakat Korea merupakan diantara kaum ke-3 dan ke-4 yang memiliki mata yang
besar selepas kaum Tartar dan kaum Mongol. Oleh itu, mereka cenderung membuat
pembedahan kelopak mata untuk menampakkan mata yang besar (double-eyelid).
Bahagian muka kedua yang sering dilakukan pembedahan wajah ialah
hidung. Secara asal dan aslinya, masyarakat Korea sememangnya memiliki hidung
yang besar tapi tak penyek dan tak mancung. Kebanyakan dari mereka yang
melakukan pembedahan hidung mempercayai bahawa hidung mancung bermakna wajah
semakin cantik.
KESIMPULANNYA
Janganlah ikut budaya Korea Selatan iaitu melakukan pembedahan wajah.
Dalam masa yang sama, jangan menghina mereka kerana itu adalah keyakinan,
budaya dan pemikiran rakyat mereka. Lagipun, dimana-mana negara pun mempunyai
pemikiran tersendiri terhadap sesuatu perkara. Kita dengan cara kita manakala mereka dengan cara mereka. We are different perspective with different country. Jika dibandingkan dengan rakyat
Malaysia yang majoritinya Muslim, tapi ada jugak orang yang berusaha mengubah
kejadian Allah S.W.T dengan menyuntik kolagen, botox or segala bagai
semata-mata untuk kelihatan cantik. Bukankah itu juga salah satu usaha untuk
menolak hukum Allah S.W.T dan tak mensyukuri nikmatNya?? Tepuk dada, tanya diri
kenapa kita bersifat sedemikian.