May 13, 2013

Erti Cantik Masyarakat Korea Selatan

Masyarakat Korea sangat mementingkan rupa sebagai asas utama dalam menilai seseorang. Jangan terkejut jika mereka sanggup membuat apa sahaja demi untuk kelihatan cantik dan menawan. Tak hairanlah jika ramai KPOP star melakukan pembedahan plastik demi untuk kelihatan cantik.
Apa itu cantik di Korea?? Apa itu Ulzzang?? Masih ada orang Korea yang tak melakukan sebarang pembedahan?? Kenapa mereka mengubah wajah?? Golongan manakah yang sering mengubah wajah?? Bahagian muka yang mana sering dilakukan pembedahan?? 
Persoalan-persoalan ini sering mengganggu pemikiran orang yang hidup di luar kawasan South Korea. Disini saya akan beri penerangan menurut dari pemerhatian saya dari pelbagai sumber mengenai kecantikan masyarakat Korea.
KARA Hara - diantara artis Kpop yang memiliki kecantikan sempurna
APA ITU CANTIK DI KOREA SELATAN??
Masyarakat Korea mempercayai dan berbangga dengan kecantikan seseorang baik lelaki mahupun perempuan berbanding dengan pendidikan. Bagi mereka, kecantikan sangat penting dalam membina kehidupan yang lebih baik. Orang yang cantik dan comel semulajadi seringkali diberi gelaran Ulzzang yang bermakna mereka tak memerlukan sebarang perubahan wajah untuk menjadi cantik. Antara Kpop Star yang mendapat gelaran tersebut ialah U-Kiss KiSeop, Infinite L, 4Minutes HyunA dan T-Ara JiYeon.
Berbalik kepada konsep asas, cantik yang dimaksudkan ialah kepala yang kecil, mata yang besar, dahi yang kecil, hidung mancung, dagu runcing dan berbentuk V, badan yang kurus (perempuan), S-line (perempuan), badan yang sasa (lelaki), dan tinggi melebihi 180cm (lelaki). Antara artis yang dipanggil sangat cantik dan kacak ialah SNSD YoonA, KARA Hara, 2PM Nichkhun, dan SuperJunior SiWon.
2PM Nichkhun (Siam-Cina) memiliki kekacakan sempurna dalam masyarakat Korea
APA ITU ULZZANG??
Ulzzang adalah gelaran nama yang diberi kepada orang Korea yang memiliki kecantikan semulajadi tanpa membuat sebarang perubahan wajah. Golongan ini sering mempunyai peminat tersendiri walaupun mereka bukannya didalam kalangan artis. Malah sebahagian dari mereka juga mempunyai sasaeng fan (hardcore fan) yang sanggup mengekori mereka 24/7.
Bagi golongan Ulzzang yang mempunyai peminat sebegini, ia adalah masalah yang besar sejak dari kecil. Kecantikan/kekacakan yang dimiliki bukan lagi nikmat tapi bala dan bebanan bagi mereka. Malah golongan ulzzang sering dipertikaikan akan wajah asli mereka oleh masyarakat Korea. Antara artis Kpop menerima penangan tersebut sejak dari kecil ialah MBLAQ LeeJoon dan SHINee TaeMin.
MBLAQ Lee Joon merupakan seorang ulzzang dan memiliki sasaeng fan sejak dari zaman  persekolahan
Actually, bukan sahaja masyarakat Korea yang menerima penangan peminat obsess tapi masyarakat Jepun juga mempunyai peminat yang sebegitu seperti KATTUN Kamenanshi Kazuya, KATTUN Akaninshi Jin dan Hamura Miura. Untuk mengetahui keadaan golongan ulzzang, ada sebuah drama Jepun yang mengisahkan keadaan golongan ini iaitu Yamato Nadeshiko Shinchi Henge.
MASIH ADA ORANG KOREA YANG TAK MELAKUKAN SEBARANG PEMBEDAHAN??
Sebenarnya masih ramai lagi orang Korea yang tak melakukan pembedahan dan mereka tak kisah dengan wajah mereka. Cuma kita sering nampak golongan yang melakukan pembedahan berbanding orang yang tak melakukan pembedahan. Ini kerana golongan yang tidak melakukan pembedahan berada dikalangan orang yang melakukan pembedahan sehingga kita mengklasifikasikan semua orang Korea melakukan pembedahan wajah terutama wanita. Antara artis Korea yang tak melakukan sebarang perubahan wajah ialah Kim JongKook, BigBang DaeSung, MBLAQ LeeJoon, MBLAQ CheonDong, 2NE1 Sandara dan 2NE1 CL.
Kim Jong Kook - artis yang tidak pernah melakukan plastic surgery sepanjang menjadi artis
KENAPA MEREKA MENGUBAH WAJAH??
Seperti sudah dijelaskan, masyarakat Korea sangat mementingkan kecantikan berbanding pendidikan. Bagi mereka cantik di luar adalah cantik di dalam juga. Orang yang tidak cantik sering dihina, dikutuk, dan diejek oleh orang sekeliling sehingga mereka rasa stress. Mereka jua sering dipinggirkan oleh masyarakat Korea yang sering memandang paras fizikal seseorang. Oleh itu, mereka mengubah wajah dan bentuk badan untuk mendapat kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Berat badan yang dikatakan cantik oleh masyarakat Korea adalah tak lebih 50kg. Bagi yang melebihi berat tersebut, akan digelar raksasa, gemuk, dan paling teruk sekali ialah b***. Even Lee HyoRi yang cantik tersebut pernah digelar artis gemuk oleh media Korea Selatan walaupun pada pandangan mata orang lain (luar S.Korea) mengatakan badan Lee HyoRi adalah biasa-biasa sahaja.
GOLONGAN MANAKAH YANG SERING MENGUBAH WAJAH??
Golongan yang sering melakukan pembedahan wajah adalah golongan artis seperti penyanyi, pelakon, model dan sebagainya. Ini kerana mereka adalah golongan yang sering mendapat perhatian dari masyarakat Korea. Malah kecantikan dan kekacakan yang dimiliki merupakan salah satu sumber pendapatan mereka.
ZE:A KwangHee yang melakukan pembedahan seluruh wajah untuk memiliki wajah yang lebih baik
BAHAGIAN MUKA YANG MANA SERING DILAKUKAN PEMBEDAHAN??
Bahagian muka pertama yang sering dilakukan pembedahan oleh hampir semua masyarakat Korea adalah mata. Jika dilihat dari sudut bangsa, masyarakat Korea merupakan salah satu kaum dari bangsa Cina dimana secara lahiriahnya mereka adalah bermata sepet dan tidak memiliki kelopak mata atau lebih dikenali sebagai single-eyelid. Jika dibandingkan dengan kaum-kaum dari bangsa Cina, masyarakat Korea merupakan diantara kaum ke-3 dan ke-4 yang memiliki mata yang besar selepas kaum Tartar dan kaum Mongol. Oleh itu, mereka cenderung membuat pembedahan kelopak mata untuk menampakkan mata yang besar (double-eyelid).
Bahagian muka kedua yang sering dilakukan pembedahan wajah ialah hidung. Secara asal dan aslinya, masyarakat Korea sememangnya memiliki hidung yang besar tapi tak penyek dan tak mancung. Kebanyakan dari mereka yang melakukan pembedahan hidung mempercayai bahawa hidung mancung bermakna wajah semakin cantik.
KESIMPULANNYA
Janganlah ikut budaya Korea Selatan iaitu melakukan pembedahan wajah. Dalam masa yang sama, jangan menghina mereka kerana itu adalah keyakinan, budaya dan pemikiran rakyat mereka. Lagipun, dimana-mana negara pun mempunyai pemikiran tersendiri terhadap sesuatu perkara. Kita dengan cara kita manakala mereka dengan cara mereka. We are different perspective with different country. Jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang majoritinya Muslim, tapi ada jugak orang yang berusaha mengubah kejadian Allah S.W.T dengan menyuntik kolagen, botox or segala bagai semata-mata untuk kelihatan cantik. Bukankah itu juga salah satu usaha untuk menolak hukum Allah S.W.T dan tak mensyukuri nikmatNya?? Tepuk dada, tanya diri kenapa kita bersifat sedemikian.

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

11 comments :

Anonymous said...

Setuju gan , kalo melakukan pembedahan seperti itu sama saja tidak mensyukuri apa yg sudah Allah berikan . Dan menurut saya tampil apa adanya itu lebih baik :)

Unknown said...

Suke entry nie, sbb sy pun suke kpop. Kite geng ! :D

najihahanuar said...

entry ni sangat bagus..
janganla budaya bedah bedah plastik ni datang dekat malaysia..huhu

Mysara Ab Rahman said...

kte pn suka entry ni n minat kpop! xkisah la dorg bedah ke x yg pntg tetap minat..hehe
pape pun, bnda tu dh mcmcara diorg kan...so xda yg salahnyer pd dorg

lynndamya said...

huyoo, baru tahu !nice entry, even sy xminat kpop sgt, tp nice lah info ni :)...

Anonymous said...

Terbaikkkkk!!!! Pertama kali baca entry yang camni,,, xmencari kelemahan artis korea... :) :)

AmyZana said...

Urm actually dekat korea, whether its academic or physical appearance, dua2 dorang titik beratkan. Mengikut kajian, Korea salah satu negara yg penduduknya ramai bunuh diri kerana stress terutamanya pelajar sekolah. Grading system di Korea pun sangat dahsyat. Kalau tak silap saya dekat korea if students tak boleh dapat markah sekurang2nya 80, mereka di consider fail. So yeah. Mesti stress gila dok sana =_________=

AmyZana said...

Urm actually dekat korea, whether its academic or physical appearance, dua2 dorang titik beratkan. Mengikut kajian, Korea salah satu negara yg penduduknya ramai bunuh diri kerana stress terutamanya pelajar sekolah. Grading system di Korea pun sangat dahsyat. Kalau tak silap saya dekat korea if students tak boleh dapat markah sekurang2nya 80, mereka di consider fail. So yeah. Mesti stress gila dok sana =_________=

Unknown said...

itulah dahsyatnya negara mereka.. thats why mereka antara bangsa terbijak kat dunia.. klo drama mengenai realiti pelajar Korea, blh tgk School 2013 dan God of Study.. 2 buah drama yg baik dan bagus untuk mengetahui kehidupan pelajar Korea..

Anonymous said...

kim soo hyun ada buat plastic surgery x?

Unknown said...

Anonymous..

Its better if u have any good name instead of anonymous.

Saya tak tahu if Kim SooHyun ada surgeri or x.. Bila google klo nak kepastian..