Jun 24, 2012

Penutup Sebuah Cerita

Berakhirlah satu episod dalam kehidupan aku di UniMAP tercinta as a student from Bachelor Degree in Business Administration (Engineering Entrepreneurship).. Setiap permulaan pasti ada penutup.. Sedih meninggalkan kawan-kawan di universiti.. Kehidupan yang 100% berbeza dari zaman persekolahan dan zaman matrikulasi..
Episod ini bermula pada 22 Jun 2009 dimana aku menjejakkan kaki ke UniMAP.. Memulakan kuliah pertama pada 29 Jun 2009 di Dewan Kuliah Dragon di Jejawi.. Terlalu banyak dugaan, cabaran, halangan, bahagia, seronok dan bermacam-macam lagi sepanjang menjalani hidup sebagai pelajar universiti.. Lumrah dunia dimana setiap manusia pasti akan mengalami titik-titik hitam dalam hidup mereka.. Kalau tak de titik hitam, there is no life, no experience and no feeling.. Umpama kain kosong tanpa corak yang indah..
3 tahun berlalu di bumi Perlis.. Kesedihan dan kebahagiaan yang di alami merupakan perkara terindah dalam hidup aku.. Pahit dan manis, semuanya aku telan.. Kepada kawan-kawanku, aku berterima kasih dan menghargaimu kerana sentiasa berada disisiku ketika susah dan senang.. Kepada lawan-lawanku, terima kasih kerana memberi pengalaman yang terindah dalam hidupku.. Without you all, I can't survive as a university student.. Pada 24 Jun 2012, aku akan melangkah keluar dari bumi Perlis dengan 1001 perasaan..
 Now, sebuah episod baru bakal bermula semula.. Episod dimana kehidupan aku sebagai seorang dewasa dan berkerjaya.. Akan kusemat dan abadikan episod lepas sebagai rujukan dan kenangan buat selama-lamanya.. Insyaallah.. 


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

No comments :