Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

May 1, 2015

THE BEST KPOP MV (PERSONAL OPINION)

Tajuk kali ini ialah MV KPOP PALING BEST YANG PERNAH DAN SELALU AKU TONTON. Hanya pandangan dari peminat KPOP macam aku jew.

Block B – Very Good (2013)

Block B dan Clown memang tak dapat dipisahkan. Hampir setiap MV mempunyai konsep colorful dan imej badut. Antara semua MV yang ada, Very Good is the best because this MV has their own colored compared to the other KPOP’s idol MV.

 

G-Dragon – Crooked (2013)

G-Dragon sememang terkenal dengan imej uniknya.  Merupakan ketua kumpulan Big Bang yakni Idol Terulung dan juga trend setter in KPOP. Honestly, aku memang suka MV ini sebab ia ganas, rock, hip hop and so on. Full of color which I really love.

 

B.A.P - Where are you What are you doing (2014)

Walaupun aktiviti hiburan mereka dihentikan sementara disebabkan krisis saman. Namun aku tetap rasa MV ini terbaik dari mereka. BAP merupakan kumpulan yang membawa imej hard rock/hard hip hop dan terkenal dengan kehebatan vocal mereka. Lagu and MV ini sangat sweet and slow, dimana ia membawa sisi imej berbeza untuk BAP tapi aku masih rasa aura the power of vocalization dalam lagu ini dan MV ini.

 

Fat Cat - Is being pretty everything (2012)

Tak ramai orang kenal penyanyi solo, Fat Cat. Fat Cat memang tak popular di Korea tapi aku suka MV dan lagu ini. Deep deep meaning.

 

INFINITE – Paradise (2011)

Yang ini, aku tak tahu kenapa aku suka MV ini. Aku memang suka MV & lagu sooo much. Tengok beribu kali pun tak bosan. Memang MV kegemaran aku.

 

IU - My Old Story (2014)

Ini merupakan lagu remake dari lagu lama Korea. IU menyanyikan semula sebab ia mempunyai nilai value yang tinggi. Suara IU yang sweet telah membawa aura sedih dalam MV yang klasik ini.

 

Super Junior - Dancing Out (2006)

Very old MV and the first KPOP Idol that I known. The first KPop MV that I watched on NTV7. MV ini dibuat di Malaysia yakni sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  

Thats all from ME. Just for fun.


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Jun 24, 2012

Penutup Sebuah Cerita

Berakhirlah satu episod dalam kehidupan aku di UniMAP tercinta as a student from Bachelor Degree in Business Administration (Engineering Entrepreneurship).. Setiap permulaan pasti ada penutup.. Sedih meninggalkan kawan-kawan di universiti.. Kehidupan yang 100% berbeza dari zaman persekolahan dan zaman matrikulasi..
Episod ini bermula pada 22 Jun 2009 dimana aku menjejakkan kaki ke UniMAP.. Memulakan kuliah pertama pada 29 Jun 2009 di Dewan Kuliah Dragon di Jejawi.. Terlalu banyak dugaan, cabaran, halangan, bahagia, seronok dan bermacam-macam lagi sepanjang menjalani hidup sebagai pelajar universiti.. Lumrah dunia dimana setiap manusia pasti akan mengalami titik-titik hitam dalam hidup mereka.. Kalau tak de titik hitam, there is no life, no experience and no feeling.. Umpama kain kosong tanpa corak yang indah..
3 tahun berlalu di bumi Perlis.. Kesedihan dan kebahagiaan yang di alami merupakan perkara terindah dalam hidup aku.. Pahit dan manis, semuanya aku telan.. Kepada kawan-kawanku, aku berterima kasih dan menghargaimu kerana sentiasa berada disisiku ketika susah dan senang.. Kepada lawan-lawanku, terima kasih kerana memberi pengalaman yang terindah dalam hidupku.. Without you all, I can't survive as a university student.. Pada 24 Jun 2012, aku akan melangkah keluar dari bumi Perlis dengan 1001 perasaan..
 Now, sebuah episod baru bakal bermula semula.. Episod dimana kehidupan aku sebagai seorang dewasa dan berkerjaya.. Akan kusemat dan abadikan episod lepas sebagai rujukan dan kenangan buat selama-lamanya.. Insyaallah.. 


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Dec 17, 2011

Kpop in My Presentation..

Ni gambar Nichkhun tok example aku.. hihihi
Lately ni, aku busy dengan presentation dan assignment yang dibuat.. So, no update entry kat blog aku.. Lagipun aku tak dapat pun nak update entry baru sebab line internet kat UniMAP sangat lambat and lembab.. hihihi.. That's ok.. Blogging bukannya perkara utama dalam hidup aku.. Just perkongsian cerita..
Ok.. Entry aku bertajuk "Kpop in My Presentation".. Aku nak story sikit tentang presentation aku ni.. Ada 2 presentation yang dimasukkan unsur-unsur Kpop ni.. Mesti pening lecturer aku dapat student macam aku ni.. Subjek yang terkena ni ialah Entrepreneurial Marketing..
Kisah pertama: Tanggal 8 Disember 2011 bersamaan hari Khamis..
Actually aku kena present 1 slide jew tapi aku rasa sikit sangat.. Then, aku cari la apa-apa picture untuk dijadikan example dalam presentation aku.. Part yang aku kena present ialah "Visionary in Marketing".. Pastu aku terjumpa gambar Nichkhun sambil memegang bola FIFA dalam memperkenalkan MiniCoke.. Dan dengan senang hatinya aku meletakkan gambar Nichkhun sebagai example aku.. Then, dengan senang hati juga aku memperkenal cara CocaCola memperkenalkan MiniCoke dengan menggunakan Kpop fenomena dan FIFA 2010 kepada pelanggannya.. Amacam hebat tak expalanation aku?? Hahaha.. Giler sengal.. Sekurang-kurangnya Kpop influence ni dah dapat menyelamatkan aku daripada tak bercakap apa-apa waktu presentation..
Gambar ni dalam banner aku.. Hahaha
Kisah kedua: Tanggal 15 Disember 2011 bersamaan hari Khamis..
Group kitorang buat presentation mengenai strategy dan approach yang digunakan untuk memasarkan produk kitorang.. Kitorang guna banner, direct selling, flyers, dan booth untuk pasarkan produk kami dalam presentation.. Yang peliknya, banner kitorang ada gambar SHINee Jonghyun.. Aku dah garu kepala kat situ.. Sebab yang pesan banner tu bukannya aku.. Tapi kawan aku yang tak minat KPop langsung.. Dalam otak aku dak keluarkan satu statement "Mesti lecturer and classmate aku kata tak habis-habis dengan KPop".. Aduyai.. Tapi gambar Jonghyun tu gambar JongHyun mulut ternganga.. hahahaha.. Tak kisahla, bukannya diorang kenal dengan artis KPop pun.. Peminat Kpop je yang kenal.. So, that's ok.. Yang penting, presentation telah selamat dilaksanakan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang..
p/s: aku tak dapat nak tunjukkan banner kitorang yang ada gambar Jonghyun tu sebab handphone aku bukanlah kategori smart phone.. Handphone aku kategori kamera 1.3megapixel+no bluetooth+no infrared+no usb+no mp3+radio.. Hihihihi.. memang jenis lama pun.. hanya mampu tunjuk gambar yang digoogle kat internet jew.. hihihi

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Oct 9, 2011

Zamani - Kala Hujan

Ketulusan senyumanmu
Mengundangi sesuatu
Sukar untuk ku gambarkan
Ke dalam bentuk kata-kata yang setia

Kekuatan sandaranku
Ku dirikan masa lalu
Luruh bagai dedaunan
Di kala hujan angin datang

Merembasi
Berkali diri bertanya
Siapakah gerangan kau sebenarnya

Aku yang semalam
Selalu berkata
Tunjukkan diri pemilik jiwa

Suci seberkas dosa
Bisa mengenaliku
Bisa terima diriku seadanya

Dan aku tahu
Keterlanjuran ucapanku
Selamanya ini yang menghantu
Diriku dari mendekatimu
Kekasihku

Ku tahu
Pengalaman yang sebegitu
Maksudku tindakanku dahulu
Mungkin akan jauhkan dirimu kekasihku

Oh dariku
Dari hati yang memerlukanmu

Kekuatan sandaranku
Ku dirikan masa lalu
Luruh bagai dedaunan
Di kala hujan angin datang

my favourite song forever!!!

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Sep 30, 2011

Jung YongHwa: Handsome seperti watak anime

Jung YongHwa
Assalamulaikum.. Kali ini, aku nak cerita sikit pasal lelaki korea pujaan ramai masa kini.. Tak lain tak bukan, CN BLUE Leader Jung YongHwa.. Siapa dia?? Dia ni dikenali bukan sebagai penyanyi je, tetapi ketampanannya umpama watak anime, kemahiran dalam menghasilkan lagu, kelunakan suaranya sama ada balada or rapper dan juga bakat lakonan.. Selain itu, dia dikenali juga sebagai seorang happy go lucky, ceria dan juga "suami" kepada SNSD goddess iaitu SNSD Seohyun dalam rancangan We Got Married..

C.N Blue members
Lagipun, dia ni full package sebab muka memang tiada sebarang bentuk surgery mata, hidung, dagu or lain-lain.. Kiranya handsome tulen la.. 

YongHwa when middle school.. Memang ullzang la..
Kenapa aku buat entry pasal YongHwa?? Sebenarnya aku tak minat sangat dengan Jung YongHwa ni.. Tapi aku suka dengar suara dia.. Merdu betul.. Then, aku suka lelaki yang tak membuat perbedahan wajah.. Seperti Jung YongHwa, 2PM Taekyeon, 2PM Nichkhun, 2AM Seulong dan lain-lain.. 

YongHwa in middle school and elementary school..
Lagipun muka Jung YongHwa mempunyai muka anime boy yang kacak.. Anime boy selalunya V-shape face, dagu runcing, hidung mancung, bermata sederhana, tinggi lampai dan berambut panjang (tak melepasi bahu).. Yonghwa memenuhi semua kriteria tersebut.. hahaha

Anime boys
Conclusionnyer:
Apa aku merepek ni?? Peminat YongHwa, jangan marah ek..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Aug 30, 2011

Edisi Raya : Raya Kucing

MeowMeow yang pemalas..

Ni kucing kat rumah kitorang.. Namanya MeowMeow.. Aku letak entry raya kucing sebab dia menunjukkan protes di pagi raya.. Sebab semua orang tak layan dia main.. Oleh demikian, sebagai protes dia telah mencakar semua benda kat umah dan juga mencarik lapik meja yang mak aku kait.. 


Lagi satu, malam raya kedua tu Meowmeow telah berjaya menyepitkan diri dia kat atas bumbung rumah aku.. Nak perhatian lah tu.. Aku terdengar masa aku temankan adik aku main bunga api.. Then, bila adik lelaki aku keluarkan dia.. Bunyi dia mengiau lagi kuat.. Bak kata aku, Meowmeow menangis.. hihihi.. 


Padan muka, sapa suruh nakal-nakal??

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Aug 26, 2011

Cinta Seorang Kawan

Aku nak cerita pasal MV Miss A dan Infinite.. MV diorang saling berkaitan dan agak menarik untuk dibuat sebagai cerpen yang tak berapa nak laku.. hehe..

Alkisah tuk MV Miss A: GoodBye Baby
MV ni mengisahkan pasal seorang lelaki yang curang terhadap kekasihnya.. Wanita itu rasa bengang dan meninggalkan lelaki curang itu.. Lalu, dia memulakan hidup baru walaupun dia berasa sakit hati..



Alkisah tuk MV Infinite: Be Mine
MV ni pulak mengisahkan pasal perasaan seorang lelaki yang menyukai kawan perempuannya.. Lelaki ini tak sanggup tengok kawan perempuannya menderita lagi disebabkan kecurangan kekasihnya.. Lalu, lelaki ini menawarkan diri untuk menjadi kekasih perempuan tu dan menggembirakannya..



Conclusionnyer:
Amacam, best tak kisah MV aku?? Aku terperasan perkaitan MV ni masa aku buka MV (with sub) kat laptop.. Terus aku jadikan cerita.. hihi

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Apr 17, 2011

PenGuIn oh PenGuIn

korang taw tak penguin ni comel.. sgt comel.. aku suka sgt tgk penguin.. dye berjalan, meniarap n mcm2 lg.. mmg sgt comel.. korang tgk la btpe comelnyer penguin-penguin ni:

alahai, comelnyer..


ayam yg ingat dirinyer adalah seekor penguin..


kartun animasi 3D yg femes.. PinGu!!


penguin skunk dh canggih.. skunk ni dwang minum coke beb..


ayam penguin plg femes.. AYAMAS


ayam penguin pun pandai posing.. sedap ni klu dpt makan!!


org ni agak2nyer gler publisiti kot..


betapa popularnya penguin smpai ade movie khas tok dwang.. HAPPY FEET


kucing pun nak jd penguin gak kew??


msti ayam2 lain berfikir "cmne spesis aku jd penguin??"


alahai, ayam penguin..


comel x, penguin kaki biru ni??


kartun penguin pororo ..


skunk ni penguin pun nak hensem..


zina adalah haram walaupun dkalangan penguin.. kuang3x..


skunk ni dah ada penguin digital.. USB penguin..

Conclusionnyer:

penguin mmg comel.. tp x leh lwn dgn kucing ni.. hehe..
^V^


pika.. pika.. PIKACING!!!! (pikachu - kucing)

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(: