Aug 31, 2011

Jangan Bakar Mayat Anak Aku

Salah satu scene di JBMAA
Tadi aku ada tengok sebuah drama raya hasil lakonan mantap Beego, Khatijah Tan dan Emelda Rosmila.. Drama ni mengisahkan tentang derita seorang anak (Beego) akibat menderhaka kepada ibunya (Khatijah Tan).. Actually Beego sangat menyayangi ibunya tetapi disebabkan mulut jahat dan fitnah orang kampung, Beego telah menderhaka kepada ibunya.. Sedih siut.. Terasa kat hati..

Beego
Yang paling sadis sekali disaat Beego sedang nazak, dia telah mengalami penyakit kulit yang sangat teruk dan hanya keampunan ibunya sahaja yang mampu membuat dia meninggal dunia dengan tenang,, Jikalau tidak, dia akan terus sakit.. Ustaz dalam cerita itu ada cakap:
Jika kamu tak memaafkan anak kamu, maka kami terpaksa membakar mayatnya.. Kerana pada zaman Rasullah S.A.W, kes sebegini pernah terjadi..
Korang tak terfikir kew, kalau derhaka pada ibu maka mayat kita tak diterima bumi.. Maka, bakar sebagai penyelesaian.. Serius aku memang seram.. Aku harap aku akan sentiasa menjadi anak yang baik dan taat untuk ibubapa aku.. AMIN..

Untuk review movie ni: KLIK SINI

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

No comments :