Aug 16, 2011

Respect?? Hormat??

Sorry.. English aku tak berapa betul sangat.. Hari ini tajuk entry aku pasal "Respect?? Hormat??".. Sekarang ini, aku tengok ramai betul orang tak respect antara satu sama lain.. Terdapat banyak kes yang melibatkan kes respect.. Sebenarnya benda ini amat serius dan boleh berlaku perpecahan yang amat mendalam.. Antara kes besar yang jelas nampak pada masa kini:


1. Politician tak respect rakyatnya (korang fikirlah sendiri)(I'm not politic blogger)
2. Agama yang dipermainkan (merujuk kepada MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara dan konco-konconya)
3. Tidak menghormati agama dan budaya negara lain (merujuk kepada Starking dan Rubi terhadap Muslim di Arab Saudi)
4. Keganasan pelajar (merujuk kepada kes buli yang serius di sekolah) 
5. Si Tanggang (merujuk kepada kes anak 13tahun belasah ibu dan adiknya kerana mencuri RM200)


Sekarang, perkara yang aku list kat atas adalah berdasarkan pemerhatian selama 2 minggu.. Aku perhati benda ni semakin teruk.. Aku tak tahu mengapa dunia yang semakin canggih membuat manusia semakin hilang sifat kemanusiaan.. Kemana perginya sifat dan adat timur kita??

Jika perkara ni berterusan, dunia akan semakin musnah disebabkan kerakusan manusia dalam mengejar kebendaan.. Yang paling tak tahan sekali ialah pabila agama dipermainkan.. Korang boleh tengok point 2 dan 3.. Point 2, korang boleh cari sendiri kat Google.. Tapi point 3, aku kena story sikit sebab ini melibtkan dunia Arab dan dunia Korea.. KLIK SINI <----(For point 3)

1. Gadis itu bernama Rubi.. Kacukan American-Korean.. Menetap di Arab Saudi selama 10 tahun..
2. Muncul di rancangan Starking pada 13 August 2011..
3. Memperlekehkan masyarakat Islam di Arab Saudi dengan lakonan yang agak mantap..
4. Mengatakan bahawa dia tak dibenarkan menyanyi di Arab Saudi..
5. Menghina golongan wanita muslim dimana Shorry J menghunuskan senjata kepada MC Kang Ho Dong..


Situasi dimana Shorry J dan Rubi menghunuskan senjata kepada MC Kang Ho Dong (klik sini)

Kenapa aku cakap yang Starking and Rubi menghina agama Islam?? Sebab:
1. menunjukkan bahawa Islam dan Arab adalah pengganas. Or nama englishnya Terrorist.. Hey, we are not like that.. Eventhough I'm not Arabian but I'm proud to be a Muslim..
2. Memperlekehkan wanita muslim dimana lelaki tidak dibenarkan langsung mendekati wanita Muslim.. Actually, diorang ni still tak faham pasal konsep permata. Dalam Islam, wanita dianggap permata yang paling berharga dimana hanya seorang lelaki sahaja layak mendapat permata tersebut iaitu mengahwininya.. Sebelum lelaki itu memperolehi permata tersebut, lelaki itu perlu meminta izin dari tukang menjaga permata tersebut. Jika diberi keizinan, untuk memperolehi permata itu, lelaki tersebut membayar mahar kahwin dan menjaga permata itu dengan penuh kasih sayang.. Permata itu perlulah digilap sehingga berkilat dan menyinar.. Itulah perumpamaan status seorang wanita dalam Islam.. Sangat tinggi nilainya..
3. Memperlekehkan pakaian wanita Arab iaitu Abaya.. Abaya ini sejenis jubah yang menutup aurat dari hujung rambut hingga hujung kaki..

Conclusionnyer:
Manusia semakin kejam pabila hormat dan agama semakin dipinggirkan.. Oleh itu, jagalah akidah anda gar tidak terpengaruh dengan sebarang penghinaan orang luar terhadap Islam.. Sekian..


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

No comments :