Apr 19, 2011

Asal - Usul Zombie



PADA SATU HARI dalam tahun 1980, Angelina Narcisse sedang membeli barang di l'Estere, Haiti apabila satu suara membisikkan ke dalam telinganya nama timangan abangnya, Clairvius, yang mati pada 2 Mei 1962 akibat demam teruk, dan dikebumikan pada hari seterusnya di tanah perkuburan di utara l'Estere. Nama timangan ini sepatutnya hanya diketahui oleh ahli keluarga terdekat dan tidak pernah digunakan lagi sejak zaman kanak-kanak mereka, oleh itu Angelina berasa sangat terkejut. Tetapi dia lebih terperanjat apabila dia berpaling ke belakang - dan melihat Clairvius sendiri!

Selepas pulih dari kejutannya, Angelina dapat mengesahkan bahawa lelaki itu adalah sebenar-benarnya Clairvius, abangnya yang dikatakan sudah mati. Ini disahkan juga oleh anggota keluarga dan lain-lain penduduk l'Estere setelah Clairvius mampu menjawab banyak soalan dan menceritakan kembali tentang kehidupannya dahulu di kalangan mereka. Clairvius menjadi terkenal serta-merta apabila dia mendedahkan bahawa dia telah menjadi seorang zombie. Lebih penting lagi, dia dapat menceritakan bagaimana ia berlaku, dan kehidupannya sebagai mayat hidup.



Hollywood memaparkan gambaran seterotaip zombie yang dikenali manusia seluruh dunia; orang yang telah mati yang dibangkitkan dari kuburnya untuk menjadi hamba kepada tuannya. Kepercayaan terhadap zombie begitu meluas di kawasan di mana voodoo mempunyai pengaruh kuat, salah-satunya di Haiti, sebuah negara kecil Karibean. Apabila seseorang itu meninggal dunia, kaum keluarganya akan melakukan apa saja untuk meletakkan batu-batu berat di atas kubur supaya mayat tidak dicuri oleh bokor - bomoh voodoo. Seorang bokor akan memberikan bahan campuran khusus, dipercayai dadah-dadah tertentu, kepada seorang zombie supaya zombie itu kekal sebagai hambanya.

Zombie boleh makan, bernafas dan bergerak, tetapi mereka tidak mampu berfikir sendiri dan mengenang kembali apa-apa tentang diri mereka atau keadaan hidup mereka di waktu silam. Terdapat banyak kes zombifikasi yang disahkan, diselidiki oleh ramai pengkaji terkemuka di dunia Barat, dan kes Clairvius hanyalah satu daripadanya.



Wade Davis, seorang ahli biologi Amerika yang pernah bersama Harvard Botanical Museum telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti identiti bahan-bahan yang digunakan dalam proses zombifikasi. Dia yakin bahawa beberapa komponen tertentu memainkan peranan terbesar.Satu daripadanya adalah tetrodotoxin, satu racun saraf yang mengakibatkan lumpuh seluruh badan secara pantas, sering diperolehi dari ikan buntal. Seorang bokor yang mahu menukar mangsanya kepada zombie akan memberikan mangsa itu bahan ini, menyebabkan tanda-tanda demam yang seterusnya mengakibatkan keadaan terpukau seolah-olah sudah mati.

Dalam keadaan ini, mangsa itu sedar sepenuhnya tetapi lumpuh. Kulitnya sepucat mayat sementara denyutan jantungnya hampir tidak dapat dikesan. Walaupun diperiksa oleh doktor, mangsa itu dengan pantas akan diisytiharkan telah mati. Jelaslah ini adalah apa yang berlaku ke atas Clairvius, di mana dia dipercayai telah mati akibat demam.Yang kedua adalah sejenis cecair yang mengandungi hallucinogen, suatu pelali kuat yang dirembeskan oleh kelenjar pada kulit katak beracun Bufo marinus.

Manakala untuk membangkitkan semula mangsa yang telah "mati" itu, datura yang diperolehi dari apa yang digelar "timun zombie" (Datura stramonium, juga dikenali sebagai thorn apple dan rumput jimson) digunakan. Datura menyebabkan khayalan, kekeliruan mental, disorientasi, amnesia (hilang ingatan) dan keadaan separuh sedar yang sukar ditembusi, kesemuanya ciri-ciri biasa zombie. Datura perlu diberikan kepada zombie terus-menerus supaya dia kekal sebagai zombie.



Namun, biarpun zombie itu tidak lagi menerima datura, mereka jarang memperoleh semula keadaan mental seperti biasa. Jika dibiarkan di dalam keranda buat satu tempoh masa secukupnya sebelum dikeluarkan, mangsa itu akan mengalami kekurangan oksigen dan mengakibatkan kerosakan otak yang tidak boleh dirawat.

Dalam kes Clairvius, dia mengatakan doktor/dukun/bomohrnya telah mati dan tiada siapa yang memberikannya dadah, oleh itu bekalannya langsung terhenti. Dia mampu kembali ke keadaan sebenarnya mungkin kerana tidak dibiarkan secukup lama di dalam kerandanya untuk mengakibatkan kerosakan otak.

Satu lagi misteri paranormal yang berjaya diselesaikan oleh sains. Mungkin. Dan mungkin juga, di kalangan kita terdapat ramai zombie, sama ada mereka kelihatan seperti zombie atau tidak! (ayat sindiran)

-HaZiQ-

credited: http://www.facebook.com/notes/misteri-keajaiban-alam-fake-fact/rahsia-sebenar-zombie/206475432707874

Conclusionnyer:
aku pun x taw bnda btul or x.. aku juz post tok tatapan umum jew.. korang nilai sndiri jew la..


Vampire Knight pun jd zombie.. hehe

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

No comments :