Jun 11, 2013

The Real Music is .........

Muzik yang sebenar.. Sebenarnya muzik yang sebenar adalah bergantung kepada individu masing-masing. Ada sesetengah orang mengatakan “The real music is rock” and some of them also said “the real music is classical melody”. Jujur aku cakap, aku tak faham apa itu muzik yang sebenar. Bukankan muzik yang sebenar mengikut apa yang disukai oleh setiap orang?? 
Bagi aku, muzik yang sebenar ialah apa-apa sahaja yang boleh dimainkan oleh sebuah piano dan viola.. Tak kisah ia Kpop kew, Jpop kew, Mpop kew or apa-apa sahaja lagu ler.. Interest aku terhadap piano dan viola bermula dan bertitik tolak dari drama Taiwan iaitu Meteor Garden.
Aku suka part San Chai (Barbie Hsu) bermain piano dalam ep10 (Meteor Garden 1). Puisi yang dibawa oleh San Chai sangat mendalam sambil diiringi dengan alunan piano. Dalam masa yang sama, aku juga mula jatuh cinta dengan alunan muzik biola yang dimainkan oleh Hua Zhe Lei (Vic Zhou) dalam cerita yang sama juga.
Piano merupakan instrument yang istimewa dimana alunan irama yang dibawa adalah berbeza-beza bagi setiap individu walaupun ia merupakan sheet music yang sama. Ada yang kasar, ada yang mendayu-dayu, ada yang lembut dan ia bergantung kepada jiwa seseorang atau lebih tepat “soul”.
Tak semua orang mampu bermain viola dengan baik walaupun mempunyai latihan professional. Ia juga seperti piano dimana setiap alunan yang dibawa membawa 1001 perasaan dimana ia bergantung kepada soul pemain itu.
p/s : Daebak!!! Cair dengan lelaki yang mampu bermain piano dan viola. hehehe

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

No comments :