Assalamualaikum..
Entri baru tapi sebenarnya dah lama berada dalam simpanan. Cuma tidak dipublishkan sahaja.. Hehe.. Entri kali ini
terlalu panjang dimana aku akan membentangkan pemerhatian dan usul aku terhadap
asal usul kpop yang datang dari Korea Selatan.
K-Pop bermaksud Korean Pop yang
berasal dari Korea Selatan. Orang Korea panggil negara mereka sebagai Dae Han
Min Gook. K-Pop adalah sama seperti muzik-muzik yang lain. Tidak ada bezanya
cuma minat manusia berbeza-beza di antara satu sama lain.
Tahun 1980 - 1989
Zaman K-Pop bermula di Korea Selatan
pada tahun 1980an lagi. Waktu itu, antara pengasas zaman K-Pop ialah SoBangCha
dan Seo TaiJi & Boys. Sudah menjadi tradisi bagi industry muzik Korea
dimana artis berkumpulan adalah lebih popular dari artis solo. Dan tarian
merupakan satu kebiasaan bagi industry muzik Korea Selatan.
SoBangCha dalam Running Man. Dahulu dan sekarang. |
Tahun 1990 - 1999
Kemudian datang zaman 1990an pula
dimana pengaruh K-Pop mula menular ke negara terdekat terutama China dan Jepun.
Antara pelopor muzik K-Pop zaman 1990 an ialah Park Jin Young (JYP), ShinHwa, Kim
Wan Sun, Turbo dan Deux. Pada zaman ini, H.O.T merupakan kumpulan paling hangat
kerana mereka memperjuangkan muzik yang berbeza dari muzik K-Pop yang biasa
iaitu HipHop/Rock. Jika di Malaysia, lagu Isabella nyanyian Search merupakan
lagu yang legend tapi di Korea Selatan ialah lagu Candy nyanyian H.O.T
merupakan antara lagu paling legend.
Antara kumpulan paling legend.. H.O.T.. |
Tahun 2000 - 2009
Kemudian datang zaman alaf baru iaitu
tahun 2000an dimana zaman ini memartabat serta menjulang muzik K-Pop dimata
dunia. Zaman ini telah melahirkan begitu banyak artis yang telah menempa nama
di mata dunia antaranya G.O.D, Rain, DBSK, Super Junior, Fin K.L, BigBang dan
pelbagai lagi. Pada zaman ini jugalah, K-Drama turut meningkat jumlah
peminatnya dimana drama 4 musim terhasil iaitu Winter Sonata, Autumn in My
Heart, Summer Scent dan Spring Waltz. Ia telah mencetus fenomena di serata
negara Asia dan juga dunia.
A truly legend dan pembawa muzik KPop ke serata dunia.. Dari atas DBSK, Super Junior and Big Bang. |
Pada zaman ini, beberapa artis KPop
juga telah menjadi artis Hollywood seperti John Park dari G.O.D dan Rain.
Peminat K-Pop di Malaysia kebanyakan bermula dari zaman ini yakni zaman
kegemilangan debut artis KPOP yang paling legend dalam sejarah KPOP sendiri
sendiri iaitu DBSK, Super Junior, Big Bang, Girls Generation dan 2NE1. Aku
sendiri minat K-Pop bermula dari Super Junior. Hehe.. Love them so much till
now. Kat bawah ini merupakan senarai artis yang membawa begitu banyak peminat
yang debut pada dekad ini.
RAIN BI / JUNG JI HOON
|
2002
|
DBSK
|
2003
|
SUPER JUNIOR
|
2005
|
BIGBANG
|
2006
|
SNSD / GIRLS GENERATION
|
2007
|
WONDER GIRLS
|
2007
|
SHINEE
|
2008
|
2AM
|
2008
|
2PM
|
2009
|
2NE1
|
2009
|
Senarai dibawah pula merupakan senarai
drama atau artis yang telah membawa dan menempa nama Korea Selatan ke luar
negara
Wonder Girl
|
America – Hollywood
Nobody - 2008 (Music)
|
Rain Bi
|
Worldwide
Full House – 2004 (Drama)
Speed Racer – 2008 (Film)
Ninja Assassin – 2009 (Film)
The Prince - 2014 (Film)
|
Joon Park (G.O.D)
|
America - Hollywood
Speed Racer – 2008 (Film)
Dragonball Evolution – 2009 (Film)
Hero: 108 – 2011 (Film)
|
DBSK
|
Worldwide
Mirotic – 2009 (Music)
|
Yoon Seok Ho (Director of Endless
Love)
|
Worldwide
Autumn in My Heart – 2000 (Drama)
Winter Sonata – 2002 (Drama)
Summer Scent – 2003 (Drama)
Spring Waltz – 2006 (Drama)
|
Super Junior
|
Worldwide
Sorry Sorry – 2009 (Music)
Profesional dalam variety show dimana hampir
kesemua rancangan berbentuk variety pada dekad ini mesti ada ahli Super
Junior sejak mereka debut.
|
Variety Show
|
Worldwide
X-Man
Family Outing
StarKing
|
Winter Sonata.. One of the Endless Love's drama. |
Kesimpulannya
Sekarang ini sudah lahir begitu banyak
artis Kpop yang bagus seperti Teen Top, VIXX, B.A.P, Girls Day dan lain-lain.
Sejujurnya bagi aku, please don’t hate KPOP because K-Pop is just a music that
need to enjoy. Sama seperti muzik-muzik yang lain seperti Hindustan, HipHop dan
Rock. Sememangnya diakui, ada peminat terlalu obsess dengan Kpop sama seperti
peminat lagu rock yang obsess dengan muzik sehingga memakai pakaian/costume
yang berimej rock.
Antara pemuzik yang menghasilkan lagu rock satu masa dahulu |
Antara fesyen baju yang telah menjadi ikutan anak muda pada satu masa dahulu. Deep thinking about it. |
Basically, it’s just depending how you
handle the way you are about the things you like such as girlfriend, boyfriend,
car, house or a jewellery. It’s same as music. Sesetengah orang sanggup
bergolok-gadai untuk mencantikkan kereta mereka sedangkan dan hakikatnya
sesebuah kereta terus akan mengalami susutnilai selepas pembelian termeterai. Itu hanya
contoh yang bukan dari segi muzik sahaja. Dan akhir sekali ingin ditekan,
please respect the other person’s interest and hobbies.
Thank you kerana sudi membaca..
No comments :
Post a Comment