Apr 26, 2011

Gambaran Hari Kiamat

Firman Allah SWT: Hari kiamat.

Sayid Qutub berkata: Ia disebut menunggal tanpa sebarang penerangan kerana kata-kata itu sendiri sudah cukup menyampaikan saranan yang mengerikan. Kemudian disusuli pertanyaan yang menggerunkan.

Firman Allah SWT: Apakah hari kiamat itu? Tahukah kamu apakah hari kiamat itu?

Al-Mawardi berkata: Apakah hari kiamat itu mempunyai dua maksud:

nHari kiamat sendiri yang ditafsirkan selepas itu.

nAzab yang menakutkan semua hati manusia.

Dinamakannya qari'ah bagi setiap yang sukar dan pedih. Pengulangan qari'ah sebagai tanda membesarkannya.

Firman Allah SWT: Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran.

Berkenaan dengan perkataan firash sebagai perumpamaan mempunyai dua maksud:

nSegala benda yang berterbangan seperti nyamuk dan lainnya termasuk juga belalang. Inilah pendapat al-Farra'.

nBurung yang jatuh ke dalam api bukan semata-mata nyamuk dan juga lalat. Inilah pendapat Abu Ubaidah dan Qatadah.

Firman Allah SWT: Dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihambur-hamburkan.

Al-Sawi berkata: Allah SWT menyamakan manusia dengan keadaan gunung-ganang, dengan tujuan memberikan peringatan bahawa kegemparan dan kegoncangan yang berlaku yang meliputi semua makhluk termasuk gunung bagai bulu yang berterbangan tanpa haluan.

Demikian juga keadaannya dengan manusia. Mereka menjadi bingung serta panik disebabkan keadaan itu dan kemudian, amalan mereka dihisab lalu amalan mereka diberikan balasan.

Sayid Qutub berkata: Inilah pemandangan pertama bagi hari kiamat yang menggemparkan setiap pemandangan yang menggoncangkan hati dan menggigilkan segenap sendi.

Setiap pendengar merasa segala sesuatu yang tercacak kukuh di bumi hancur lebur menjadi debu-debu yang berterbangan. Kemudian tibalah babak akhir seluruh manusia di hari itu.

Firman Allah SWT: Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya. Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan. Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya. Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.

Sayid Qutub berkata: Makna asalnya ibu. Ibu adalah tempat kanak-kanak mencari perlindungan sedangkan ibu tempat kembali bagi orang-orang yang ringan timbangan amalnya dan mencari perlindungan pada hari itu ialah neraka Hawiyah.

Pengungkapan sangat indah dan memberi imbangan makna yang khusus. Ia merupakan kenyataan yang tidak jelas sebagai persediaan untuk diiringi dengan penjelasan yang menjadikan kesannya bertambah mendalam lagi.

Firman Allah SWT: Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?

Ia merupakan nama daripada nama-nama neraka. Dinamakan demikina kerana jauh dasarnya. Ada riwayat menyebut ahli neraka sampai ke bawah jatuh akan mengambil masa 70 tahun.

Firman Allah SWT: (Iaitu) api yang sangat panas.

Sayid Qutub berkata: Itulah ibu tempat kembalinya orang-orang yang ringan timbangan amalnya. Biasanya, pada ibulah terdapat keamanan dan ketenangan, tetapi malangnya orang ini mendapat neraka yang amat panas. Ini suatu ungkapan yang menimbulkan rasa terkejut yang membayangkan hakikat kejam.

Penutup

Sayid Qutub dalam Fi Zilal al-Quran berkata: Berat ringan timbangan amalan itu menyarankan adanya amalan-amalan yang bernilai dan dihargai Allah SWT. Dan adanya amalan yang tidak bernilai tidak dihargai Allah SWT.

Inilah keseluruhan yang dapat difahami dari ungkapan ayat ini. Inilah yang dimaksudkan Allah dengan firman-Nya itu.

Percubaan menceburkan diri dalam perdebatan aqliyah dan lafziyah mengenai maksud-maksud ungkapan ayat itu merupakan perbuatan biadap terhadap al-Quran, di samping usaha sia-sia didorong kekosongan hidup yang menghalangi seseorang memberi perhatian yang sebenar terhadap al-Quran dan Islam.

Semoga kita menjadi golongan yang mendapat kurniaan Allah SWT, Amin.


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Apr 25, 2011

Belasah dan tikam isteri kerana kejutkan untuk solat subuh

dapat dr sini..

AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh.

Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.

“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat.

“Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah selain menunaikan solat,” katanya.

Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertindak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikam perut wanita itu.

“Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan,” katanya.

Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki berusia lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu.

“Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala suaminya berdiri sambil memegang pisau.

“Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan manakala mangsa dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain,” katanya.

Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.

Conclusionnyer:

Sikap kemanusiaan manusia masa kini makin terhakis.. harap2 lelaki itu serah diri dan insaf.. Insyaallah..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Azab Allah kerana menari di atas al-Quran di malam tahun baru

dapat dari PENCACAI

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMSDOSDMyVWLYA_xlrzAQ9KdERNtevkwK3Y5Iij_mO5hIzsBAE_DkcvoIPAbzDMsMGI2zNRkCPdZftTRejFMYVv8EI2uAGlPfhfzo5EGhm9vDo45gWZpWl3wSsVEaRolTW6oOgFIcm0w/s1600/babedhdhra_lokasi_ditemukannya_reruntuhan_kota_sodom_dan_gomoroh_100815214446.jpg
Gambar hiasan

Kebiasaan penulis tunaikan solat Jumaat di sebuah dewan berhampiran rumah. Memandangkan anak-anak masih cuti sekolah, penulis ambil peluang bersolat di masjid yang agak jauh dengan rumah.

Sampai di masjid, seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah di negara orang putih, guna bahasa Inggeris.

Menjelang tahun baru 2011 , maka penceramah menyentuh isu tahun baru. Beliau memperingatkan jemaah solat Jumaat yang hadir supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah kerana menyambut tahun baru.

Penceramah mengambil kisah Nabi Daud dan kisah azab Allah ke atas bani Israel yang melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu.

Penulis tidak akan menceritakan kisah azab Allah ke atas bani Israel sebab ramai yang tahu kisah ini. Penulis akan ceritakan kembali kisah benar yang diceritakan oleh penceramah sebelum beliau menutup ceramahnya.

Penceramah berkata, seorang komando tentera Turki beragama Islam memceritakan kepadanya satu peristiwa yang dialami pada tahun 1999 semasa malam menyambut tahun baru.
Pada masa itu, mereka berada di suatu tempat untuk latihan ketenteraan. Pada malam berkenaan, seorang jeneral beragama Islam telah membawa penari perempuan untuk membuat persembahan kepada tentera yang membuat latihan sebagai hiburan menyambut tahun baru.

Terdapat tentera Islam termasuk komando berkenaan tidak bersetuju dengan tindakan jeneral berkenaan dan memberi amaran tentang azab Allah. Komando berkenaan berkata kepada jeneral berkenaan lebih baik mati menentang Israel daripada mati ditimpa azab Allah kerana melakukan perkara maksiat.

Jeneral berkenaan angkuh memandangkan beliau adalah ketua dan berkuasa. Beliau mempersendakan tentera Islam yang membantah malah lebih teruk lagi beliau telah mengambil al-Quran lalu meletakkannya ke lantai.

Jeneral itu kemudiannya, menyuruh penari perempuan menari di atas al-Quran berkenaan. Semasa penari berkenaan memijak dan menari di atas al Quran, komando itu menyatakan terasa ketakutan yang amat sangat akan berlaku azab Allah di kalangan tentera yang membantah.

Perasaan takut itu menyebabkan mereka melarikan diri dari tempat berkenaan. Semasa mereka melarikan diri terdengar satu letupan yang amat kuat dari tempat maksiat berkenaan.

Apabila memandang ke tempat berkenaan , sungguh mengejutkan mereka tempat itu sudah tengelam ke bawah dan membentuk kawasan seperti kolam. Seramai 37 orang telah lenyap tengelam sekelip mata.

Tidak lama selepas kejadian , pasukan tentera penyelam telah datang untuk mengambil mayat di dalam kolam berkenaan.

Amat mengejutkan lagi, apabila pasukan penyelam berkenaan menceritakan semasa mereka menyelam ke dalam kolam berkenaan. Kesemua mayat berkenaan sudah bertukar wajah menjadi wajah monyet dan babi.

Inilah yang kisah benar yang diceritakan penceramah berkenaan. Cumanya, beliau tidak memberitahu di manakah tempat berkenaan.

Anggaplah kisah benar ini sebagai peringatan kepada kita umat Islam supaya tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Apr 24, 2011

Statement BH ttg KPOP.. Bangang gler..


Statement dr DR BEBAL..

Td aku bukak Facebook.. aku jumpalah satu statement dr Malaysian KPOP.. Dr Hussin Habil dari UM mengatakan

kebanyakan remaja tergila-gilakan artis Korea dan ini menimbulkan kebimbangan masyarakat, tambahan artis Korea sinonim dengan kes bunuh diri”..

Apa kew bangangnyer statement tu.. mana ko dapat analisis tu.. tok pengetahuan ko, 7 dari 100000 rakyat Malaysia bunuh diri akibat tekanan hidup.. pada asalnya, hanya kaum India jew yg kerap bunuh diri namun sekarang x kire bangsa mahupun agame pun bunuh diri.. salah 1 faktor adalah kurangnyer didikan agame dikalangan anak2 melayu mase kini.. salah didikan ibubapa juga factor.. mak ayah terlalu bz smpai anak terabai..

Kes bunuh diri plg banyak berlaku pada linkungan 15 hingga 44 tahun.. pada linkungan remaja (15-25), kes bunuh diri sering berlaku akibat belajar secara extreme dan putus cinta.. pada linkungan dewasa, bunuh diri berlaku akibat drpd tekanan hidup seperti family dan pekerjaan.. xde lak aku dgr org bunuh diri sbb KPOP.. bodoh punyer org..

ni statement aku kat MALAYSIAN KPOP..

Org Korea banyak bunuh diri sbb mostly agama org Korea adalah atheis, buddha dan christian.. lg 1, Negara dwang x terapkan sgt konsep beragama dlm family.. depend pd anak tu nak pilih agama ape.. tu sbb banyak kes bunuh diri kat Korea.. aku dah wat research pasal byk Negara Asia, so jgn nak temberang aku psl Korea.. India, Japan n China pun aku leh gtaw.. asal usul melayu pun aku taw.. Ngongoi tol..

Kat sini ada beberapa link yg korang leh bace dgn lebih lanjut pasal bunuh diri kat Korea, Malaysia dan dunia SEKALI taw.. DUNIA, MALAYSIA, KOREA: Religion, Culture, Commit Suicide

Conclusionnyer:

Aku mmg bengang gler dgn statement yg DR hancuss ni bg.. dlu mase sinetron dr indon dtg, xde lak ko nak ckp pape.. pstu musim mexico n Philippine pun, xde lak nak wat berita.. yg hndustan tu, dr dlu smpai skunk kat Malaysia, makin dipuji lak.. siap ad adegan bunuh diri lg dlm citer hndustan.. xde pape statement pun.. tba2 bile Korea masuk, suka2 hati wat statement bangang bin bahalol.. belajar tinggi2 tp bengap mnjd2 lak.. hish, sabor jew la..


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(: