Sep 20, 2013

Kedai Mamak LCCT

Mata berjalan-jalan meninjau di sekeliling kedai mamak.. 
Ramai. Sesak. Panas.
Terlalu ramai sehingga beberapa kedai mamak yang berdekatan turut sesak..


Starbuck, OldTown Coffee, McDonald.
Kedai mamak LCCT.
Pelbagai bangsa, budaya, agama, sifat dan perwatakan.
Bertemu di satu tempat.
McDonald LCCT
Seorang lelaki bangsa Eropah dan seorang gadis melayu bertemu.
Merebut tempat untuk mengalas perut. 
Lapar. Panas. Letih.
"Miss, please have a seat", ucap lelaki itu sambil berlalu.
Terkedu. Terpinga. 
Masih wujud lelaki yang mempunyai adab dan tutur kata yang manis.
Walaupun kepada orang yang tidak dikenali.

Kedai mamak LCCT.
Tempat pelbagai ragam.
Tempat berfesyen.
Tempat berlepak.
Tempat pertemuan.
Tempat perpisahan.

p/s - serabut dgn suasana lcct.. :P
jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Sep 12, 2013

Sila Kawal Emosi Anda

Assalamualaikum
Dah lama aku tak buat entri baru.. Idea tok new entry ada banyak tapi ketandusan idea untuk menulis..
Berbalik pada tajuk asal, EMOSI PERLU DIKAWAL.. Actually ia tersangat penting dalam apa-apa hubungan sekalipun.. Everyone has their own emotion.. Everyone need to control their own emotions.. Jangan disebabkan emosi yang tak terkawal, hubungan silaturrahim terputus diantara satu sama lain..
Ini dari pengalaman aku sendiri, ramai kawan aku jenis emotional.. Sikit-sikit nak marah, sikit-sikit nak sedih, sikit-sikit nak merajuk dan 1001 emosi lagi la.. Ingat ada orang nak pujuk.. Tak da maknenya aku nak pujuk sebab aku pun ada emosi aku sendiri cuma aku tak reti nak show kat orang.. Bak kata orang yang mengenali aku, mereka akan kata aku ni FACELESS or ORANG YANG TIADA PERASAAN..
Do I care??
Kawal emosi sangat baik sebab kita akan menjaga hati banyak pihak.. Orang lain tak dapat membaca fikiran kita melalui riak muka atau ekspresi wajah.. Lagipun, kalau ko menunjukkan semua emosi ko kat orang lain terutama kat aku, aku just kata "Ye ke?? Kalau macam tu, mintak maaf".. Aku cakap macam tu sebab aku malas nak layan, sebab lagi layan, si polan-polan akan lebih em, pastu aku yang sakit hati..
Lagi satu kelebihan kawal emosi, kita akan lebih relax sebab kita tak penat.. Being an emotional person is really tiring.. Tak penat ke nak memarah kat orang sepanjang masa?? Dah la marah orang, pastu sakit hati, pastu penat fizikal and lastly sakit kepala.. Huh.. Penat tuuuuu.. Kawallah emosi tu..
Kalau terlalu emosi, ini jadinya.. Kim Jong Kook never alone.. huhu
Based on my experience, orang yang emotional suka meletakkan salah dia keatas bahu orang lain.. Mungkin salah itu memang salah dia, tapi dia tak nak mengaku.. Lagipun kesalahan yang dibuat tak besar mana pun, boleh settle tapi golongan ini suka memperbesarkan kesalahan itu.. Pastu expectationnya ialah ada orang akan settlekan untuk dia agar kerjanya lebih mudah.. Aku ada beberapa kawan macam ini dan solutionnya aku kat dia "Aku bagi contoh kat ko, ko buat sendiri ek.. Kalau tak paham, mesej aku sbb aku ada kerja lain (tidur)"..
Pesanan aku kepada orang yang suka emo-emo ni, PLEASE CONTROL YOUR EMOTION
Pesanan aku kepada orang yang berhadapan dengan emo-emo ni, buat bodoh jew..

Sekian entry saya.. 

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Jun 19, 2013

Obsesi Masyarakat Korea Selatan terhadap Pembedahan Plastik

Kim Tae Hee - Wanita paling cantik di Korea
Masyarakat Korea Selatan terlalu obsess terhadap kecantikan fizikal padahal mereka sudah cukup cantik walaupun tanpa pembedahan plastik. Mereka tidak faham mengenai kecantikan dalaman akan membawa kecantikan fizikal juga. Untuk makluman korang, negara Korea Selatan merupakan negara yang mempunyai paling ramai genius di dunia dan Kim Ung Yong merupakan manusia paling genius didunia dengan IQ sebanyak 210.
Nichkhun Horvejkul - Lelaki paling handsome di Korea
Ini merupakan dokumentari pendek dari Kelly Katzenmeyer yang merupakan pelajar pertukaran dari US ke Korea. Dokumentari ini merungkai beberapa aspek masyarakat Korea Selatan terhadap obsesi kecantikan fizikal dan bunuh diri.


p/s - Bukan Korea sahaja mengalami permasalahan budaya seperti ini kerana Japan, China, Taiwan, HongKong dan Thailand juga mengalami permasalahan budaya pembedahan plastik. Kenapa aku kata budaya?? KERANA perbedahan plastik sudah menjadi TABOO di negara2 berikut..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Jun 13, 2013

A Western Philosopher Once Said...

A western philosopher once said...
Women, dazzling diamonds and glittering jewelry have won you an illusory majesty
But what’s left around you is only snobbish poison
The scent of arrogance and alluring but fatal fragrance
Women, when you once again salute wealth, hail fame and extol power
Please do not ask about the thrush which sang to you
It has flown away because it has sung itself hoarse
Its golden voice has perished
For the sake of is real, dignified and pure soul
Does the nature of a person soul depend on the playing of a tune?
Or does it depend on his family background?
So what if a person wears branded stuff and plays the piano? 
Credited to Meteor Garden 1 - Ep10

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(: