Diambil dari sini: Klik sini
Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya  Dia menghadap Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya, baik  yang disukai maupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan  darjat Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada  umat manusia.Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, “Hai  Iblis! Bahwa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah untuk  menghadap Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsiamu dan  apapun yang ditanya Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan  sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun,  nescaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu, serta disiksa  dengan azab yang amat keras.Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu,  Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW  dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan  berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun  memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw.  Maka sambut Iblis (alaihi laknat), “Ya Rasulullah! Mengapa engkau tidak  mejawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?”Maka  jawab Nabi dengan marah, “Hai Aduwullah seteru Allah! Kepadaku engkau  menunjukkan kebaikanmu? Janganlah mencuba menipuku sebagaimana kau tipu  Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh  Qabil dengan sebab hasutanmu, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap beracun  ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama,  kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan  kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga  beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat  hasutanmu. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah  azza wajalla, cuma salammu saja aku tidak mahu menjawabnya kerana  diharamkan Allah. Maka aku kenal benar engkaulah Iblis, raja segala  iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendakmu datang  menemuiku?”Taklimat Iblis, “Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah.  Kerana engkau adalah Khatamul Anbiya maka dapat mengenaliku.  Kedatanganku adalah diperintah Allah untuk memberitahu segala tipu  dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi  Allah! Setiap apa yang engkau tanya. Aku bersedia menerangkan satu  persatu dengan sebenarnya, tiadalah aku berani menyembunyikannya.”Maka  Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata, “Ya Rasulullah!  Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun niscaya hancur leburlah  badanku menjadi abu.”Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun  tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluangku untuk  menyiasati segala perbuatannya agar didengar oleh sekalian sahabat yang  ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada seluruh umatku. 
Pertanyaan  Nabi (1):
“Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuhmu dan  bagaimana aku terhadapmu?”
Jawab Iblis:
“Ya Nabi Allah!  Engkaulah musuhku yang paling besar di antara segala musuhku di muka  bumi ini.”
Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun  menggeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis, “Ya Khatamul Anbiya! Ada  pun aku dapat merubah diriku seperti sekalian manusia, binatang dan  lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak berbeda, kecuali dirimu saja  yang tidak dapat aku tiru kerana dicegah oleh Allah. Kiranya aku  menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu. Aku cabut  iktikad/niat anak Adam supaya menjadi kafir kerana engkau berusaha  memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama  Islam, begitu jugalah aku berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad  atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan benar  menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di  dalamnya bersamaku.”
Pertanyaan  Nabi (2):
“Hai Iblis! Bagaimana perbuatanmu kepada  makhluk Allah?”
Jawab Iblis:
“Adalah satu kemajuan bagi  perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan  suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku  goda semua manusia supaya meninggalkan solat, terbuai dengan makan  minum, berbuat durhaka. Aku lalaikan dengan harta benda daripada emas,  perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya  dibelanjakan ke jalan haram. Demikian juga ketika pesta yang bercampur  antara lelaki dan perempuan. Di sana aku lepaskan sebesar-besar godaan  supaya hilang peraturan dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka  hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku ulurkan tali cinta dan  terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasrat  dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara  mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam  dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak  bertaubat atau berbuat amal ibadat. Aku akan rayu mereka supaya mereka  menangguhkannya. Bertambah keras aku goda supaya menambahkan maksiat dan  mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa .a,  takabur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya,  mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda  mereka setiap saat.”
Pertanyaan  Nabi (3):
“Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah  melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan  laknat yang besar serta seksa yang besar di neraka yang paling bawah?  Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan  usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu?  Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?”
Jawab Iblis:
“Semuanya  itu adalah anugerah daripada Allah Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa  nafsu dan takkabur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau  lebih tahu bahwa Diriku telah beribu-ribu tahun menjadi ketua seluruh  Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit  yang tinggi. Kemudian Aku tinggal di dunia ini beribadat bersama  sekalian Malaikat beberapa waktu lamanya. Tiba-tiba datang firman Allah  SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka akupun  membantah. Lalu Allah menciptakan lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan  seluruh Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali aku yang  engkar. Oleh kerana itu Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan  rupawan dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan kelam. Aku merasa  sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan  dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh  bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka. Akhirnya aku  berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah  Khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah  beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah),  hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak  lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun aku masih  tidak puas hati dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga Hari Kiamat.  Sebelum Engkau lahir ke dunia. Aku beserta bala tentaraku dengan mudah  dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang  menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka.  Kemudian aku turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada  apa yang sebenarnya aku dapatkan, dengan berbagai tipu daya hingga  tersesat dengan berbagai kitab bid’ah dan carut-marut. Tetapi ketika  engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak dibenarkan oleh Allah untuk  naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga  di setiap lapisan pintu langit. Jika aku berkeras juga hendak naik,  maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah  banyak bala tenteraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya  terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahanku dan bala tentaraku untuk  menjalankan tugas menghasut.”
Pertanyaan  Nabi (4):
“Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu  dari manusia?”
Jawab Iblis:
“Pertama sekali aku palingkan  iktikad / niatnya, imannya kepada kafir juga ada dari segi perbuatan,  perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga. Aku akan  tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan  terjerumus mengikut kemahuan jalanku”  
Pertanyaan  Nabi (5):
“Hai Iblis! Jika umatku solat kerana Allah,  bagaimana keadaanmu?”
Jawab Iblis:
“Sebesar-besarnya  kesusahanku. Gementarlah badanku dan lemah tulang sendiku. Maka aku  kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada  setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota  badannya supaya malas sholat, was-was, terlupa bilangan rakaatnya,  bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat  habis sholatnya, hilang khusyuknya – matanya sentiasa menjeling ke kiri  kanan, telinganya senantiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi  yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang  itu supaya dia tidak kuasa sujud berlama-lama, penat atau duduk tahiyat  dan dalam hatinya senantiasa hendak cepat habis solatnya, itu semua  membawa kepada kurangnya pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat  menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan  seberat-berat hukuman.”
Pertanyaan  Nabi (6):
“Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah,  bagaimana perasaanmu?”
Jawab Iblis:
“Jika mereka membaca  Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuhku, putus-putus segala  uratku lalu aku lari daripadanya.” 
Pertanyaan  Nabi (7):
“Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah,  bagaimana perasaanmu?”
Jawab Iblis:
“Binasalah diriku,  gugurlah daging dan tulangku kerana mereka telah mencukupkan rukun  Islamnya.”
Pertanyaan  Nabi (8):
“Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana  keadaanmu?”
Jawab Iblis:
“Ya Rasulullah! Inilah bencana yang  paling besar bahayanya kepadaku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan,  maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat  menyambut dengan sukacita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan  mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang  amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang  menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat,  bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan  ampunan bagi orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa  ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu  neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta  dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat  lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu mulai berpuasa, dengan perintah  Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan  tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan  besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam.  Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis  umatmu berpuasa barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak  mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa  sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam  tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasa.”
Pertanyaan  Nabi (9):
“Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku  menurutmu?”
Jawab Iblis:
“Seluruh sahabatmu juga adalah  sebesar – besar seteruku. Tiada upayaku melawannya dan tiada satu tipu  daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana engkau sendiri telah  berkata: “Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu  mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk.”
Saidina Abu  Bakar al-Siddiq sebelum bersamamu. Aku tidak dapat mendekatinya, apalagi  setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya atas kebenaranmu  hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan  jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar,  maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah  menjadi mertuamu kerana engkau menikah dengan anaknya, Saiyidatina  Aisyah yang juga banyak menghafadz Hadits-haditsmu.
Saidina Umar  Al-Khattab pula tidaklah berani aku pandang wajahnya kerana dia sangat  keras menjalankan hukum syariat Islam dengan seksama. Jika aku pandang  wajahnya, maka gemetarlah segala tulang sendiku kerana sangat takut. Hal  ini kerana imannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan,  “Jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku”,  kerana dia adalah orang harapanmu serta pandai membedakan antara kafir  dan Islam hingga digelari ‘Al-Faruq’.
Saidina Usman Al-Affan lagi.  Aku tidak bisa bertemu, kerana lidahnya senantiasa bergerak membaca  Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan  menjadi menantumu sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat  datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat  malu kepadanya hingga engkau mengatakan, “Barang siapa menulis  Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat  merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid.”
Saidina  Ali Abi Talib pun itu aku sangat takut karena hebatnya dan gagahnya dia  di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis,  syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka  kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah golongan orang  pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya  kepada sebarang berhala. Bergelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu’ – dimuliakan  Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan engkau sendiri  berkata, “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya.” Tambahan pula  dia menjadi menantumu, semakin aku ngeri kepadanya.”
 
 
Pertanyaan  Nabi (10):
“Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?”
Jawab  Iblis:
“Umatmu itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan  dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi  nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta  meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril a.s, “Ulama itu adalah  pelita dunia dan pelita akhirat.”
Yang kedua umat tuan seperti  tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurnia Allah.  Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.
Yang ketiga umatmu  seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan  amal akhirat. Maka aku pun bersukacita lalu masuk ke dalam badannya. Aku  putarkan hatinya ke lautan durhaka dan aku hela ke mana saja mengikuti  kehendakku. Jadi dia senantiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak  menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan  zakat, miskin hendak beribadat. Lalu aku goda agar minta kaya dulu, dan  apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak  berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila  umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia senantiasa bimbang  akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, bercakap  besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin,  membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan  lacur.”
Pertanyaan Nabi  (11):
“Siapa yang serupa dengan engkau?”
Jawab  Iblis:
“Orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang  belajar agama Islam.”
Pertanyaan  Nabi (12):
“Siapa yang mencahayakan muka engkau?”
Jawab  Iblis:
“Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu,  pemungkir janji.”
Pertanyaan  Nabi (13):
“Apakah rahsia engkau kepada umatku?”
Jawab  Iblis:
“Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak  membaca doa pelindung syaitan, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri  ke badannya tanpa dia sadari.”
Pertanyaan  Nabi (14):
“Jika umatku bersatu dengan isterinya,  bagaimana hal engkau?”
Jawab Iblis:
“Jika umatmu hendak  bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka  larilah aku dari mereka. Jika tidak. Aku akan bersetubuh dahulu dengan  isterinya, dan bercampurlah benihku dengan benih isterinya. Jika menjadi  anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada  kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu  juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah. Aku yang dahulu makan  daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah merasa kenyang.”
Pertanyaan  Nabi (15):
“Dengan jalan apa dapat menolak tipu daya  engkau?”
Jawab Iblis:
“Jika dia berbuat dosa, maka dia  kembali bertaubat kepada Allah, menangis menyesal akan perbuatannya.  Apabila marah segeralah mengambil air wudhu’, maka padamlah marahnya.”
Pertanyaan  Nabi (16):
“Siapakah orang yang paling engkau lebih  sukai?”
Jawab Iblis:
“Lelaki dan perempuan yang tidak  mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu hari-hari (bulu kemaluan)  selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung,  berbuai seperti pijat pada bulu itu.”
Pertanyaan  Nabi (17):
“Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?”
Jawab  Iblis:
“Orang yang tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya  terbuka (mendusin) di waktu subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu  aku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zuhur,  asar, maghrib dan isya’, aku beratkan hatinya untuk sholat.”
Pertanyaan  Nabi (18):
“Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?”
Jawab  Iblis:
“Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan  tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan  sholat tengah malam.”
Pertanyaan  Nabi (19):
“Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata  engkau?”
Jawab Iblis:
“Orang yang duduk di dalam masjid  serta beriktikaf di dalamnya”
Pertanyaan  Nabi (20):
“Apa lagi yang memecahkan mata engkau?”
Jawab  Iblis:
“Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata  mereka, membantu
makan pakaian mereka selama mereka hidup, karena  engkau telah bersabda, ‘Syurga itu di bawah tapak kaki ibu’”
                        jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(: