Sekarang ni aku tengok ramai bebenor orang sebut O.M.G.. Sampai naik bosan aku.. Dulu masa aku kecik-kecik (sekitar umur 10tahun), nenek aku terus tampar mulut aku bila aku cakap Oh My God.. Nenek aku cakap "Angah, tak elok cakap benda tu".. Aku pun tanya la nenek aku "Kenapa pulak?".. Nenek aku jawab "Aku dah cakap tak elok, tak elok la".. Waktu tu, aku memang tahu maksud Oh My God yang bermaksud Oh Tuhanku.. Aku bengang sangat waktu tu.. Sejak dari tu, aku cakap OMG dan seangkatan dengannya tanpa pengetahuan nenek aku..
Bila aku meningkat remaja, aku semakin berfikir tentang beberapa perkataan yang aku selalu sebut masa kecil-kecil dulu.. Antaranya "Oh My God", "What the Hell?" and "What the Fuck".. Disebabkan minat aku yang sangat mendalam dengan tv waktu aku kecil-kecil dulu, aku selalu terikut-ikut dialog kat dalam English and America movie.. Waktu tu, hampir semua movie yang ditayangkan, mesti ada dialog tu.. That's why masa tu aku fikir semua tu normal..
Sebenarnya, itu semua bukan perkara normal.. Tapi secara perlahan-lahan, sebutan OMG dan seangkatannya dengannya akan memesongkan akidah kita.. Kenapa aku cakap macam ini? Mesti korang terfikir.. “Memesongkan akidah”?? Apa kaitan diantara memesong akidah dan OMG??
Kat sini aku jelaskan,
1. Apabila seseorang tu kerap mengatakan Oh My God secara berterusan walaupun hanya bertujuan untuk berjenaka.. Secara perlahan-lahan, ucapan tersebut akan sebati dengan diri kita dan secara perlahan-lahan juga ia akan membuat kita lupa akan Allah.. Bila kita dah lupa akan Allah, secara perlahan-lahan juga kita akan melakukan perkara di luar batasan agama.. Perkara ini dah banyak terjadi.. Contohnya: Kes Murtad dikalangan Orang Islam..
2. Dahulu, aku sering diajar bila jumpa sesuatu perkara yang membuat aku rasa terkejut or takjub, sebutlah “Ya Allah”, “Masya Allah”, “Astargfirullah al-azim” and so on.. Bukankah sebut “Ya Allah” itu lebih sedap didengar berbanding “OMG”?? Secara tidak langsung, ia akan mengingatkan kita akan kekuasaan Allah..
No comments :
Post a Comment