Tajuk ni memang sensitive tapi aku nak kupas jugak sebab aku tengok dah banyak blog kupas tajuk ni.. setelah berbulan-bulan aku berblogwalking, hampir semua blog yang aku masuk ade tajuk ni dan seangkatan dengannya.. bukan aku nak kata apa, tapi ada beberapa pandangan dari beberapa blog yang buat aku tak berapa nak puas hati.. aku takkan linkkan blog tu kat entry aku.. kalau nak tahu, cari sendiri.. Hint pun aku tak nak bagi walaupun korang tak mintak.. hihihi..
Pandangan dari blog seorang makcik
“kepada gadis yang dah terlanjur, kalau nak kahwin sorokkan status anda dari bakal suami.. ia bertujuan untuk menjaga keharmonian rumahtangga yang bakal dibina. . Kalau gadis tersebut nak berkahwin, tunggulah 4 or 5 tahun untuk memulihkan dara anda kepada bentuk asal.. ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang syak wasangka dari sang suami..”Aku memang tak setuju langsung dengan pandangan makcik ni sebab ia macam menganiayai lelaki dan membuat gadis itu lebih menderita.. Dalam setiap perkahwinan, kepercayaan dan kasih sayang menjadi asas yang penting untuk membina sebuah perkahwinan.. Kasih sayang boleh dipupuk tapi bila sebuah kepercayaan itu runtuh, maka sebuah perkahwinan itu boleh runtuh dengan mudah..
Sekarang ni, banyak kejadian kahwin cerai dikalangan rakyat kita.. Hampir semua penceraian yang berlaku di Malaysia adalah disebabkan tiada lagi kepercayaan terhadap pasangan mereka walaupun mereka sangat menyayangi pasangan mereka.. Tunggulah bertahun-tahun sekalipun, mungkin dara itu boleh pulih tapi bukan hati dan kebenaran yang berlaku.. Mungkin sang gadis dah sorokkan status dengan baik, tapi kebenaran tu akan menghantui gadis itu selagi ia tak terungkai.. Lagipun si suami bukanlah seorang yang bodoh kerana mereka juga boleh mencari background dan past history isteri mereka jika mereka rasa si isteri menyorokkan sesuatu dari pengetahuan mereka..
Makcik ni kena ingat satu perkara yang amat penting “Lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu manakala perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal”.. Oleh itu, berterus-teranglah dengan pasangan anda walaupun kebenaran itu menyakitkan.. Lepas itu, terpulang pada pasangan anda untuk menerima anda atau tidak.. Jangan takut untuk berterus-terang kerana jodoh pertemuan di tangan Ilahi.. Lelaki pun kena berterus-terang dengan si gadis jika mereka tak teruna lagi..
No comments :
Post a Comment