Dec 9, 2011

Kalau Tak Suka, Jangan Menghina

Credited: K-Hottest.. Suka suki gambaq ni walaupun tak da kena mengena dengan entry aku..
Wow.. Sekarang ini, kecoh pasal Kpoppers kat Malaysia.. Hampir semua blog yang aku sergah, mesti ada entry Kpop.. Hihihi.. And yang paling teruk sekali kalau ada blog yang kutuk Kpop, teruk owner blog tu kena hentam dengan Kpoppers yang tak matured.. Biaq pi la dengan hangpa semua.. Ada aku kisah?? (ayat kurang diajaq)

Berbalik pada entry asal aku?? KALAU TAK SUKA, JANGAN NAK MENGHINA.. Benda ni berlaku kat sekeliling aku.. Terlalu ramai suka menghina sesuatu bila tak suka akan sesuatu.. Nasihat aku kat sini, kalau x suka jangan nak menghina.. Tapi nasihat elok-elok.. Elakkan kemarahan orang tu dengan kata yang elok.. Kalau orang tu tak nak terima nasihat, diam dan doa sahaja.. Tak payah la nak perli-perli dan bagi bad response melalui pergerakan badan..

Aku bagi beberapa contoh yang aku tengok dan lihat selama ni:
Situasi 1 
Engkau ada seorang kawan perempuan yang berbadan besar.. Kawan perempuan yang besar tu dalam proses diet, then ko kutuk-kutuk dia.. Ko kata kat kawan ko "Buat apa diet-diet, dah gemuk.. gemuk jugak".. After 1 year, perempuan gemuk tu dah susut 20kg and dah kurus.. Malah dalam masa setahun tu jugak, ko kutuk-kutuk usaha dia.. Dan ko suruh pulak awek ko kuruskan badan..
Penyataan aku kat sini ialah hina sangatkah kalau berbadan gemuk.. Apa masalahnya kalau orang gemuk nak berdiet?? Sekurang-kurangnya orang gemuk tu sedar yang dia perlu diet dan kita sepatutnya SUPPORT usaha dia.. Bukannya menghina.. Endingnya ko dapat awek gemuk and ko suruh lak awek ko diet.. Itu lah aku cakap, jangan menghina kalau tak suka.. 
Situasi 2
Engkau ada seorang kawan yang mempunyai ciri-ciri yang kurang disukai oleh ko.. Ko je yang tak suka, yang lain ok je.. Then, ko kutuk dia kaw-kaw tanpa pengetahuan kawan tersebut padahal ko tak pernah bertegur-sapa pun kawan ko tu.. Bila kawan yang ko tak suka tu lalu, ko buat perangai sadis sampai dia terasa hati walhal dia tak tahu pun kenapa ko tak suka dia.. Then, bila kawan yang ngam dengan ko berkawan dan berbual dengan kawan yang ko tak suka.. Ko ejek pulak kawan ko tu..
Penyataan aku kat sini ialah tak perlulah nak kutuk-kutuk orang yang ko tak rapat.. Tak pasal-pasal dia dapat pahala percuma je and ko dapat benda lain.. Paling sadis, ko kutuk dia belakang-belakang and ko ejek pulak kawan ko yang rapat dengan kawan yang ko tak suka.. Kalau tak suka jangan nak menghina, DIAM lebih baik.. Takut nanti ko pulak yang dapat suami/isteri yang ada ciri-ciri kawan yang ko tak suka.. What you give is what you get..
Situasi 3 
Engkau ada seorang kawan baik.. Kawan baik tegur ko sebab dia rasa ko buat perkara salah.. Then, ko tak puas hati dengan teguran kawan ko.. Ko cakap dengan kawan ko "Ala, dulu pun ko dua kali lima jew.. Nak tegur orang lain tapi diri sendiri pun tak betul".. After that, ko jeling pulak kawan ko and tak tegur beberapa hari.. Paling sadis sekali, ko beritahu pula kengkawan ko yang lain pasal teguran kawan ko,, And kengkawan ko yang pun kutuk kawan ko yang menasihati tu..
Penyataan aku kat sini ialah nasihat tu amalan mulia.. Kawan ko tegur sebab dia rasa ko buat perkara salah.. Maybe kawan ko tu sememang tak baik and dia pernah lakukan perkara yang sama dulu.. Tu sebab dia tegur ko sebab dia tak nak ko ikut jejak dia and dalam masa yang sama, dia MENASIHATI DIRI dia sendiri supaya tak ulang perkara yang sama.. Tak payah la ko nak kutuk dia segala macam sebab dia berniat baik.. Kalau ko tak suka dengan teguran, better diam and tak payahlah nak kutuk dia depan kengkawan yang lain.. Tak pasal-pasal ko dah aibkan dia.. 

Kat atas ni, just beberapa kejadian yang sering berlaku kat sekeliling kita.. Benda ni berlaku tak kira jantina, bangsa, agama, kaum dan lain-lain.. Kiranya kalau dah namanya manusia, manusia juga. Cuma aku nak ingatkan, KALAU TAK SUKA JANGAN NAK MENGHINA TAPI NASIHAT, DIAM, DAN DOA ADALAH LEBIH BAIK.. Sebab selalunya orang yang suka menghina ini akan dapat balik penghinaan dia tu.. 


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

8 comments :

hyunieuna said...

follow me bck plis hihi

Lea Isnawi said...

betul tu. x elok menghina hina org

Amin Hafizy said...

nice entry...

Unknown said...

Lea Isnawi >> Mmg tak elok hina orang tapi org tetap nak menghina.. Maybe dah jadi hobby kot..

Roslan >> Thank you..

BudakBudak said...

nice entry dear ~~ kan? kan? kenapa nk menghina? kita tak sedar, orang skali kita hina orang, 10 kali orang len hina kita ... :)

Anis Diyana said...

suka suka entri ini ^^

si kiut lavender said...

eh2...2pmlah....love wooyong..:P

tipikal org melayu memang macam tu kowt...
suka kritik hina dan condem org len..
kekdg org lalu kat depan dan xkenal pun nak ngutuk jugax..haish..

SKL pernah nsihat kwan SKL yg suka kutuk org nih tpi dgn selamba ja dya jawab

:alah,,diorang pun mesti kutuk kita gak,manusia kan suka kutuk mengutuk,,jadi fairlahkan law kita pun kutuk sekali"

bernanah telinga nih,,itupun kalau diorang ktuk klau diorang tak ktuk xker leh dpat dosa kering n SKL yg jdi pendgr pun silap hari bula men saham dosa skali..haish...

Unknown said...

Betul tu, antikpop nie suke sgt mengata ! Like entry nie :D