Hari itu, baru jew aku
mention pasal bedah-membedah dalam entri sebelum ni (klik sini).. Sekarang ni
dah ada teknik mancungkan hidung kat Malaysia secara NATURAL lah sangat..
Terang-terang ini bertentangan dengan ajaran Islam tapi ramai umat Islam
memberi respon yang baik terhadap produk ini..
Aku mengeluarkan entri
ini kerana perkara adalah HARAM kerana terdapat hadith yang sahih dan firman
Allah SWT terhadap MENGUBAH CIPTAAN ALLAH SWT..
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: ”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”(Riwayat Ibnu Mas’ud)
Dalil haramnya hukum mengubah ciptaan Allah s.w.t. atas sebab yang tersebut di atas ialah ayat 118 dan 119 daripada surah al-Nisa' yang bermaksud: "Allah telah melaknatinya (syaitan), dan berkatalah (bersumpah) syaitan, "Akan ku ambil sebahagian yang tertentu (tipu daya) ke atas hamba-Mu.(118) Dan akan ku sesatkan mereka, ku panjangkan angan-angan mereka dan akan ku perdaya mereka sehingga mereka memotong telinga-telinga binatang ternakan mereka (amalan ini dilakukan oleh Arab jahiliyyah sebagai tanda ibadat kepada berhala), dan akan ku perdaya mereka sehingga mereka mengubah ciptaan Allah, dan sesiapa yang mengambil syaitan sebagai teman setia selain Allah maka dia telah rugi dengan kerugian yang nyata"(119).
"Seorang wanita datang dan bertanya kepada Rasulullah: "Ya Rasulullah aku mempunyai seorang anak gadis yang bakal menjadi pengantin. Tapi sayangnya dia diserang penyakit campak sehingga rambutnya gugur. Bolehkah aku menyambung rambutnya?" Rasulullah menjawab : "Allah mengutuk orang yang menyambung rambut dan yang meminta disamping rambutnya".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Tujuan
aku menulis entri ini adalah mengatakan MENGUBAH APA-APA PUN CIPTAAN ALLAH SWT
SECARA APAPUN ADALAH DILARANG DALAM AGAMA ISLAM.. JIKALAU IA BERTUJUAN UNTUK
PERUBATAN SEPERTI ACCIDENT YANG MEMERLUKAN SURGERI, IA ADALAH HARUS..
Sebagai umat Islam, ia merupakan
tanggungjawab aku untuk mengingatkan kepada umat Islam yang lain terhadap halal
haram terutama yang baru sahaja berlaku dihadapan mata aku.. Aku terkedu apabila produk-produk ini sampai
di Malaysia walauupun aku tahu ia sangat terkenal di negara Asia Timur..
Masyaallah, dunia sememangnya dah akhir
zaman.. Aku takut apa yang akan berlaku pada masa akan datang..
No comments :
Post a Comment