Feb 9, 2015

WIN: Who Is Next

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Aku baru sahaja habis melihat sebuah rancangan survival sekumpulan idol dari Korea Selatan. Dahulu, aku melihat rancangan Big Bang Documentaries dan Real Men yang telah melahirkan kumpulan KPop yang unggul dengan gaya mereka tersendiri yakni 2AM, 2PM, Beast dan Big Bang.
Kini, selepas lapan tahun YG Entertainment melahirkan Big Bang dan keluar kumpulan baru yang akan menggantikan keunggulan Big Bang. Aku memang terlewat melihat rancangan ini sebab rancangan ini telah bersiaran pada August 2013. Survival ini hanya melibatkan TRAINEE dari YG Entertainment yang merangkumi 2 kumpulan yang digelar Team A dan Team B. Sesiapa yang menang dari rancangan ini akan terus debut sebagai WINNER dan yang kalah akan dipostpone debut mereka pada waktu tertentu (sampai sekarang x debut lagi, nama baru group mereka ialah IKON) 
Team A dan Team B sebelum debut dibawah naungan YG Entertainment
Honestly, pada pandangan aku, rancangan ini memang agak kejam dan menarik sebab kedua-dua kumpulan mempunyai gaya mereka tersendiri. Ditambah lagi, setiap trainee telah dilatih selama 3 tahun hingga 4 tahun oleh YG Entertainment. Bagi aku, rancangan ini agak berbeza kerana setiap idea yang dihasilkan dari segi muzik, tarian, lakonan, rapping dan semuanya telah diolah dan dilakukan oleh mereka sendiri. Itu adalah keistimewaan artis dibawah naungan YG Entertainment.
Team A merangkumi Kang SeungYoon (current leader), Song MinHo(ex-leader), Lee SeungHoon, Kim JinWoo dan Nam TaeHyun. Kelebihan Team A ialah setiap ahli mempunyai suara yang sangat berbeza (tone dan cara), perwatakan yang berbeza, mempunyai ahli yang sudah debut melalui rancangan lain yakni SuperStar K dan KPop Star.
Team A aka WINNER
Team B merangkumi B.I (leader), Bobby, Kim JinHwan, Song YunHyeong, Go JunHee, dan Kim DongHyuk. Kelebihan Team B terletak kepada B.I dan Bobby dimana mereka akan menghasilkan idea untuk kumpulan mereka sendiri. Selain itu, teamwork dalam kumpulan ini is top top high. Mereka sangat bertungkus-lumus dan sangat motivate sampai idea tersebut menjadi sempurna. 
Team B aka IKON with additional member Jung ChanWoo
Seperti dalam post aku sebelum ini, KPop Idol is really known for their long and harsh training in order to become a KPOP Idol. Sesebuah company takkan simply menghasilkan artis jika artis mereka tidak menjadi perfect dan boleh di'commercialize'kan.  Honestly, aku suka lagu yang dihasilkan oleh kedua-dua kumpulan. Sangat bermotivasi sehingga berjaya membuat ribuan peminat menangis bersama mereka.
Dari aku mengarut kat sini, aku bagi link untuk melihat bagaimana mereka jadi artis. Kesemua mereka sudah layak debut as a KPOP STAR sebab mereka is toooooo good.
Survival Program Streaming: WIN:Who Is Next
Wikipedia: Winner, IKON



jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

No comments :