Nov 15, 2013

Tip-tip untuk disukai orang disekeliling kita

Entry kali ini adalah bagaimana diri kita disukai ramai.. Especially yang duduk office or pelajar..

1. Tip 1
    Kutuk orang sana-sini dibelakang beliau.. Cara ini sangat berkesan untuk meningkatkan kawan dan geng.. Bila geng dah ramai, so ramailah yang akan follow..

2. Tip 2
    Hipokrit dihadapan mereka.. Banyakkan menipu akan meningkatkan jati diri kita.. So, orang lain akan fikir kita hebat..

3. Tip 3
    Gelak sebesar alam walaupun tak lawak.. Orang akan fikir kita ini ceria dan happy go lucky..

4. Tip 4
    Banyakkan merungut mengenai kerja.. Mesti orang akan kesian..

Itulah beberapa tip kepada orang-orang yang ingin meningkatkan kawan diluar sana..

Kepada yang suka ...(ambil salah satu nombor yang tertera).... Anda akan dibenci dan tidak memperoleh kawan di tempat kerja or di kolej-kolej..
1. Buat hal sendiri
2. Diam
3. Buat kerja tanpa merungut
4. Tersenyum

Pesanan kepada yang mengalami sedemikian, berserahlah pada Allah SWT, buat solat isthikarah dan berSABAR.. Itu semua dugaan dimana ia berada di semua tempat.. Sekian
Dalam hadis qudsi berkata Syaddad bin Aus r.a. bahwasanya Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Allah telah berfirman:  'Sekiranya Aku uji salah seorang hamba-Ku yang mukmin, lalu ia memuji-Ku seraya bersabar atas (penderitaan) apa yang Aku mengujinya. Maka ia akan bangun dari tempat pembaringannya, bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih dari dosa. Lantas Tuhan akan memerintahkan malaikat Pencatat Amal: Sesungguhnya Aku telah menahan hamba-Ku ini dan Aku telah mengujinya, maka kini catatkanlah baginya apa yang kamu selalu catatkan sebelum itu dari pahala-pahala amalannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Oct 15, 2013

MENGUBAH CIPTAAN ALLAH SWT

Hari itu, baru jew aku mention pasal bedah-membedah dalam entri sebelum ni (klik sini).. Sekarang ni dah ada teknik mancungkan hidung kat Malaysia secara NATURAL lah sangat.. Terang-terang ini bertentangan dengan ajaran Islam tapi ramai umat Islam memberi respon yang baik terhadap produk ini.. 
Aku mengeluarkan entri ini kerana perkara adalah HARAM kerana terdapat hadith yang sahih dan firman Allah SWT terhadap MENGUBAH CIPTAAN ALLAH SWT..
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: ”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”(Riwayat Ibnu Mas’ud) 
Dalil haramnya hukum mengubah ciptaan Allah s.w.t. atas sebab yang tersebut di atas ialah ayat 118 dan 119 daripada surah al-Nisa' yang bermaksud: "Allah telah melaknatinya (syaitan), dan berkatalah (bersumpah) syaitan, "Akan ku ambil sebahagian yang tertentu (tipu daya) ke atas hamba-Mu.(118) Dan akan ku sesatkan mereka, ku panjangkan angan-angan mereka dan akan ku perdaya mereka sehingga mereka memotong telinga-telinga binatang ternakan mereka (amalan ini dilakukan oleh Arab jahiliyyah sebagai tanda ibadat kepada berhala), dan akan ku perdaya mereka sehingga mereka mengubah ciptaan Allah, dan sesiapa yang mengambil syaitan sebagai teman setia selain Allah maka dia telah rugi dengan kerugian yang nyata"(119).
"Seorang wanita datang dan bertanya kepada Rasulullah: "Ya Rasulullah aku mempunyai  seorang anak gadis yang bakal menjadi pengantin. Tapi sayangnya dia diserang penyakit campak sehingga rambutnya gugur. Bolehkah aku menyambung rambutnya?" Rasulullah menjawab : "Allah mengutuk orang yang menyambung rambut dan yang meminta disamping rambutnya".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Tujuan aku menulis entri ini adalah mengatakan MENGUBAH APA-APA PUN CIPTAAN ALLAH SWT SECARA APAPUN ADALAH DILARANG DALAM AGAMA ISLAM.. JIKALAU IA BERTUJUAN UNTUK PERUBATAN SEPERTI ACCIDENT YANG MEMERLUKAN SURGERI, IA ADALAH HARUS..

Sebagai umat Islam, ia merupakan tanggungjawab aku untuk mengingatkan kepada umat Islam yang lain terhadap halal haram terutama yang baru sahaja berlaku dihadapan mata aku..  Aku terkedu apabila produk-produk ini sampai di Malaysia walauupun aku tahu ia sangat terkenal di negara Asia Timur..
Masyaallah, dunia sememangnya dah akhir zaman.. Aku takut apa yang akan berlaku pada masa akan datang.. 
 
 
 

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Oct 11, 2013

PERMULAAN TERCIPTANYA “CUTE NUMBER SONG” AKA 귀요미

Pasti ramai tertanya-tanya mana datangnya lagu and dance gwiyomi ni.. Ramai yang tak tahu tapi tahu follow jew. Typical Malaysian selalu macam tu, tahu follow n bila popular terus kaitkan dgn segala bagai perkara.. That is the unique of Malaysia citizen.. Always judge the people from appearance..  Same case with Kangnam Style yang dikaitkan dengan Illuminati and segala bagai tanpa menyiasat budaya, pemikiran, dan cara hidup rakyat Korea..
Hari - Penyanyi asal Gwiyomi
Back to the topic, Gwiyomi bermaksud Cute + Beauty or in Korean aka Hangul is called 귀요+미.. Ia dinyanyikan oleh seorang penyanyi solo Korea yang comel bernama Hari (하리) dan tariannya dicipta dan dipopularkan oleh rapper yang terkenal dengan kecomelannya dan kenakalannya iaitu Jung Il Hoon (정일훈) dari BtoB.. 
Jung Il Hoon seorang rapper yang sangat terkenal dengan kecomelan dan kebangangannya..
BtoB merupakan sebuah kumpulan yang popular di Korea dimana mereka mula debut pada tahun April 2012 dengan mini album.. BtoB juga merupakan artis dibawah naungan Cube Entertainment yang menempatkan beberapa artis popular yang lain seperti G.NA, Beast dan 4Minutes..
Hari pula merupakan seorang penyanyi solo Korea yang bersuara comel yang debut pada tahun 2010 namun tidak popular.. Lagu ini merupakan lagu single dari beliau yang dikeluarkan pada tahun 2013.. Beliau merupakan artis dibawah naungan Dandi Recordz..
Segalanya bermula dari sebuah rancangan popular di Korea iaitu Weekly Idol dimana Kpop Idol akan mempromosikan album mereka kepada penonton dalam rancangan tersebut.. Terdapat pelbagai permainan didalam rancangan ini yang harus dilakukan oleh artis Korea.. Rancangan ini juga terkenal dengan rancangan pembuktian dimana setiap apa yang artis cakap harus dibuktikan dengan perbuatan.. Ia dihoskan oleh 2 orang MC  yang chubby iaitu Defcon dan HyungDon..
Defcon & Jung HyunDon
Pada masa tersebut, BtoB aktif mempromosikan  2nd Mini Album: Press Play dimana lagu utamanya ialah WoW.. Dan bermula dari situlah, Gwiyomi dance yang direka oleh Jung Il Hoon mula merebak di seluruh Korea dan seluruh dunia.. Kita kerapkali melihat Gwiyomi song sehingga 6+6 namun ia dah bertambah sehingga 8+8 dalam episode Weekly Idol bersama Miss A yang juga dicipta oleh Jung Il Hoon..
Starter episodes of Gwiyomi Gesture by Jung Il Hoon (6+6)


Original singer of Gwiyomi


Advance Grwiyomi Gesture (8+8) by Jung Il Hoon with Miss A


Official Gwiyomi MV (Male version) by Jung Il Hoon


p/s: really love Weekly Idol especially the episode with Teen Top.. Love Beating Random Dance is soooooo fun...
jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Sep 20, 2013

Kedai Mamak LCCT

Mata berjalan-jalan meninjau di sekeliling kedai mamak.. 
Ramai. Sesak. Panas.
Terlalu ramai sehingga beberapa kedai mamak yang berdekatan turut sesak..


Starbuck, OldTown Coffee, McDonald.
Kedai mamak LCCT.
Pelbagai bangsa, budaya, agama, sifat dan perwatakan.
Bertemu di satu tempat.
McDonald LCCT
Seorang lelaki bangsa Eropah dan seorang gadis melayu bertemu.
Merebut tempat untuk mengalas perut. 
Lapar. Panas. Letih.
"Miss, please have a seat", ucap lelaki itu sambil berlalu.
Terkedu. Terpinga. 
Masih wujud lelaki yang mempunyai adab dan tutur kata yang manis.
Walaupun kepada orang yang tidak dikenali.

Kedai mamak LCCT.
Tempat pelbagai ragam.
Tempat berfesyen.
Tempat berlepak.
Tempat pertemuan.
Tempat perpisahan.

p/s - serabut dgn suasana lcct.. :P
jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(: