May 10, 2013

The Best Composer in South Korea (KPop World)

Tanpa composer yang baik, seorang penyanyi takkan dapat menempatkan diri dalam industry hiburan.. Masih dalam dunia Kpop, seorang penyanyi Kpop takkan dapat menempatkan diri mereka dalam industry hiburan jika tiada lagu yang baik yang berjaya menarik minat peminat.. Kejadian ini pernah berlaku seperti kumpulan Xing (ex group of U-Kiss Kevin, ex U-Kiss Kibum dan Beast JunHyung) dan penyanyi solo AJ (nama lama bagi Beast Gikwang).. Kat bawah ni merupakan composer yang paling top di K-Pop world:-
Brave Brother / Kang Dong Chul     
Merupakan wanted composer bagi semua artist Kpop.. Hampir semua lagu dari hasil karya Brave Brother pasti meletup dan no.1 di South Korea pada waktu itu..
Brave Brother
Hit song   
Sistar – Push Push, How Dare You, Ma Boy, So Cool, Alone,        
Teen Top – Crazy, To You, Miss Right 
U-Kiss – Give It To Me, Talk To Me, Am I That Easy?, Round Round, What
Lee Seung Gi – Losing My Mind (My Girlfriend is Gumiho OST)
Shinsadong Tiger / Lee Ho Yang    
Setiap muzik yang dihasilkan oleh Shinsadong Tiger pasti mempunyai irama dan keunikan tersendiri.. Muziknya senang dikenali kerana sangat berbeza dengan composer yang lain..
Shinsadong Tiger
Hit songs        
4Minutes – Volume Up, Huh, Muzik, Heart to Heart                  
T-Ara – Lovey Dovey, Roly Poly, Bo Beep Bo Beep        
Beast HyunSeung & 4Minutes Hyuna – Trouble Maker     
Beast – Mystery, Fiction, Shock, Breath, Beautiful, On Rainy Days

G-Dragon / Kwon Ji Yong
Merupakan ketua kumpulan bagi Big Bang.. Hanya membuat lagu untuk YG Entertainment sahaja.. Lagu-lagu yang dihasilkan seringkali dinyanyikan oleh anggota Big Bang sahaja.. Seringkali bekerjasama dengan Teddy Park untuk menghasilkan muzik yang terbaik..
G-Dragon
Hit songs
Big Bang – Lies, Day by Day, Tonight, Bad Boy, Blue, Monster
Big Bang G-Dragon – Heartbreaker, Breath
Big Bang SeungRi – Strong Baby
Big Bang Daesung – Gwisoon, Daebak
GD & TOP – High High, Oh Yeah, Obsession

Teddy Park /Park Hong Jun
Merupakan bekas kumpulan 1TYM dan Korean-American producer.. Banyak menghasilkan lagu berbentuk elektronik dan future rhymes dalam karyanya.. Berkhidmat di bawah YG Entertainment..
Teddy Park
Hit songs
2NE1 – Lonely, Go Away, Can’t Nobody
BigBang TaeYang – Wedding Dress, Look at Me Only, I’ll Be There

WheeSung / Choi Hwee Sung
Aku dah pernah buat entry khas pasal Wheesung.. KLIK SINI.. Merupakan multitalented celebrity.. Pernah berkhidmat di bawah YG Entertainment.. Merupakan bekas guru vocal untuk Big Bang Daesung..
Wheesung
Hit Songs
Ailee – Heaven
Orange Caramel – A~ing, Magic Girls
Ivy – Temptation of Sonata

JYP / Park Jin Young
Owner kepada JYP Entertainment.. Dikenali sebagai Michael Jackson of Korea.. Seringkali membuat lagu untuk artis JYP dan diri sendiri sahaja.. Komposisi lagu JYP lebih kepada dance-pop..
JYP
Hit songs
Miss A – Touch, Bad Girl Good Girl, Breath
Wonder Girls – Nobody, 2 Different Tears, Be My Baby, So Hot
2PM – Again Again, I’ll be Back, Only You

Yoo Young Jin
Main composer dalam SM Entertainment.. Composer yang bertanggungjawab dalam membawa Super Junior dan DBSK ke tahap yang paling maximum.. Rhythms lagu lebih kepada pop, electronic, and ballad style..
Yoo Young Jin
Hit songs
Super Junior – Twins, Don’t Don, U, Sorry Sorry, Beauty, Mr.Simple
Girls Generation – Tell Me Your Wish
DBSK – Rising Sun, O Jung Ban Hap, Purple Lines, Maximum, Why (Keep Your Head Down)

Kim Seung Soo, Han Jae Ho & Song Soo Yoon
Gandingan composer yang memberi sebuah muzik yang rancak.. Lyric dari gandingan composer ini adalah berbeza dari composer yang lain.. 
Han Jae Ho
Hit songs
Infinite – Before The Dawn, Nothing Over, Be Mine, Paradise, The Chaser
Boyfriend – Don’t Touch My Girlfriend, I’ll Be There
Kara – Lupin, Pretty, Honey, Jumping

Kim Ee Na & Lee Min Soo
Gandingan composer ini lebih memberi impak dalam ballad.. Sweet lyric with good melody bersama gandingan penyanyi yang hebat membawa kepada keberjayaan lagu ini.. Composer ini sering membuat lagu yang sukar dinyanyikan oleh artis Kpop biasa dan hanya specific Kpop artist with a great vocal mampu menyanyikan lagu dari mereka..

IU – Good days, You & I
Brown Eyed Girls GaIn – Irreversible & Truth
IU & 2AM Seulong – Nagging

p/s - kat malaysia pun banyak komposer berbakat seperti Azmeer, Faizal Tahir dan lain-lain.. Motif aku nak bagitahu kat sini ialah tanpa komposer, siapalah artis..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Jun 24, 2012

Penutup Sebuah Cerita

Berakhirlah satu episod dalam kehidupan aku di UniMAP tercinta as a student from Bachelor Degree in Business Administration (Engineering Entrepreneurship).. Setiap permulaan pasti ada penutup.. Sedih meninggalkan kawan-kawan di universiti.. Kehidupan yang 100% berbeza dari zaman persekolahan dan zaman matrikulasi..
Episod ini bermula pada 22 Jun 2009 dimana aku menjejakkan kaki ke UniMAP.. Memulakan kuliah pertama pada 29 Jun 2009 di Dewan Kuliah Dragon di Jejawi.. Terlalu banyak dugaan, cabaran, halangan, bahagia, seronok dan bermacam-macam lagi sepanjang menjalani hidup sebagai pelajar universiti.. Lumrah dunia dimana setiap manusia pasti akan mengalami titik-titik hitam dalam hidup mereka.. Kalau tak de titik hitam, there is no life, no experience and no feeling.. Umpama kain kosong tanpa corak yang indah..
3 tahun berlalu di bumi Perlis.. Kesedihan dan kebahagiaan yang di alami merupakan perkara terindah dalam hidup aku.. Pahit dan manis, semuanya aku telan.. Kepada kawan-kawanku, aku berterima kasih dan menghargaimu kerana sentiasa berada disisiku ketika susah dan senang.. Kepada lawan-lawanku, terima kasih kerana memberi pengalaman yang terindah dalam hidupku.. Without you all, I can't survive as a university student.. Pada 24 Jun 2012, aku akan melangkah keluar dari bumi Perlis dengan 1001 perasaan..
 Now, sebuah episod baru bakal bermula semula.. Episod dimana kehidupan aku sebagai seorang dewasa dan berkerjaya.. Akan kusemat dan abadikan episod lepas sebagai rujukan dan kenangan buat selama-lamanya.. Insyaallah.. 


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Jun 21, 2012

The Fame before Debut

Dah lama tak buat entry pasal Kpop.. Rindu pula rasanya.. Hehehe.. Ok, back to the entry..
Actually ada satu fenomena yang unik bagi aku yang berlaku dalam industri Kpop ni iaitu Popular sebelum Muncul Sebagai Artis.. Or in English is The Fame before Debut.. Sesetengah dari Kpop artis ni memang dah popular sebelum muncul sebagai selebriti pun.. Antara sebab diorang popular dulu ialah hard work (stay kat company for practice), model (bagi yang ada rupa), pelakon sampingan, penari latar (menari untuk artis yang dah popular) dan lain-lain.. 
Bagi artis Kpop yang masih dalam tempoh trainee, kebanyakan dari mereka popular sebab hard work mereka kerana dilihat dan diintai secara terang-terangan oleh stalker fan yang lebih dikenali sebagai sesaeng fan kat Korea Selatan.. Tugas sesaeng fan ini ialah mengikuti segala activity dan perkembangan artis yang mereka suka 25 jam 8 hari.. Sadis betul artis tu.. Selain itu, bagi sesetengah company pula, mereka akan men"documentary"kan atau membuat ujibakat secara terbuka dan disiarkan di televisyen.. 
Antara Kpop celebrities yang popular sebelum debut:-

JJ Project




JJ Project debut pada 2012.. Sebelum mereka debut, mereka terlebih dahulu debut sebagai pelakon iaitu Dream High 2.. JB sebagai JB / Jang Woo Jae dan Jr sebagai Jung Ui Bung.. Mereka ni di"rekruit" oleh JYP Entertainment pada tahun 2009.. Then, mereka menjalani tempoh trainee selama 4 tahun sebelum debut sebagai artis..
2AM + 2PM = One Day
Semua peminat Kpop pasti kenal 2AM and 2PM.. Tak logik kalau Kpop fan tak kenal mereka ni.. Hottest Kpop boy band di South Korea dari segi tinggi, vocal, performance, body and sebagainya.. Bernaung di bawah JYP Entertainment.. Tempoh trainee yang dialami oleh 2AM dan 2PM dalam linkungan 4 tahun hingga 9 tahun.. Sangat lama.. Sebelum kumpulan ini debut pada tahun 2008 (2AM) dan 2009 (2PM), mereka telah menjalani sebuah latihan extreme ala-ala tentera dikenali sebagai Hot Blood Men pada tahun 2007.. Hot Blood Men merupakan sebuah rancangan reality show yang pernah disiarkan di South Korea.. Latihan ini bertujuan untuk melatih mereka untuk menjadi selebriti dari segala aspek..

B2ST / Beast
Kumpulan ini bernaung dibawah Cube Entertainment.. Semua ahli kumpulan ini pernah menjadi artis dan gagal untuk menempatkan diri mereka di industri Kpop.. Aku tak nak mengulas panjang pasal kumpulan BEAST sebab sebelum ini aku dah ulas and buat entry khas untuk mereka.. Rujuk entry ini..

Big Bang
Kumpulan ini bernaung di bawah YG Entertainment.. Tempoh trainee mereka dalam linkungan 4 tahun hingga 6 tahun.. Kumpulan ini debut pada tahun 2006.. Sebelum menjadi Big Bang member, mereka semua telah menjalani satu latihan dan disiarkan as a reality show diseluruh Korea Selatan sebagai Big Bang Documentary.. Bagi Taeyang dan GD, mereka telah menjadi trainee pada usia 11 tahun dan debut sebagai penyanyi rap pada usia 13 tahun.. GD telah menempa nama sebagai model kanak-kanak sejak berusia 5 tahun lagi.. Manakala TOP merupakan indie rapper/underground rapper.. Seungri pernah memasuki Lets Cokeplay : Mnet Battle Shinhwa.. Daesung direkruit melalui open audition and menjadi anak didik kepada penyanyi solo WheeSung..

Teen Top
Kumpulan ini bernaung dibawah ShinHwa Company milik the legend group ShinHwa.. Tempoh trainee mereka dalam purata 2 tahun.. Sebelum menjadi artis, mereka terkenal sebagai the next 2PM boy band.. Debut pada 2010 dengan lagu Clap.. Niel dan Ricky telah menempa nama sebagai pelakon kanak-kanak sebelum menjadi Teen Top members..

EXO-M & EXO-K = EXO
Kumpulan ini bernaung di bawah SM Entertainment.. Debut secara rasmi pada tahun 2012.. Sepatutnya mereka debut pada 2011 tapi kepopularitian mereka bukan seperti kumpulan baru tapi seperti artis yang sudah menempa nama bertahun-tahun.. Tempoh trainee mereka dalam linkungan 1 tahun hingga 6 tahun.. Kumpulan terdiri dari 6 korean boys (EXO-K) and 6 chinese boys (EXO-M).. Hampir semua dari ahli kumpulan pernah muncul dalam televisyen mahupun news sebelum muncul sebagai EXO..

A  Pink
 Bernaung bawah Cube Entertainment.. Kumpulan ini debut pada 2011.. Tempoh trainee tidak diketahui tetapi mereka pernah menjadi trainee untuk JYP Entertainment juga.. Sebelum mereka debut secara rasmi, mereka terlebih dahulu menempa nama melalui A Pink New iaitu reality show mereka sebelum debut.. hampir kesemua dari mereka pernah menempa nama  sebagai model or pelakon music video untuk artis lain..

NU'EST
Kumpulan ini bernaung di bawah Pledis Entertainment.. Terkenal dengan imej After School Boy sebelum debut sebagai NU'EST.. Kesemua dari mereka merupakan back dancer untuk After School.. Selain itu, mereka juga pernah menempa nama sebagai model dan pelakon music video untuk kumpulan lain.. Debut pada tahun 2012.. Tempoh trainee untuk kumpulan in tidak diketahui namun dikatakan Jr (Leader) telah menjalani tempoh trainee yang lama dan mampu mengajar semua trainee lain di Pledis Entertainment..

P/s - Canggih.. Sebelum debut dah popular, apatah lagi dah debut.. Bertambah-tambahlah popular..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Jun 17, 2012

Perigi Cari Timba

Kita seringkali mendengar dan terbiasa pada pepatah ini "perigi cari timba". Bagaimana rupa dan bentuk perigi yang mencari timba? Dalam pepatah ini menerangkan bahawa perigi itu simbolik kepada wanita atau perempuan dan timba itu simbolik kepada lelaki. Saya ada meminta pendapat dari beberapa rakan mengenai pepatah ini. Terima kasih kepada rakan tersebut. 
Menurut pendapat rakan perempuan saya "Dalam konteks ini, memang tidak salah tetapi perempuan perlu meletakkan maruah dia pada tahap tertinggi yang dia boleh. Sebab jikalau perempuan tersebut mencari lelaki, ditakuti lelaki itu akan lebih jauh dari perempuan tersebut atau lelaki itu akan menganggap perempuan senang untuk dimiliki".
Menurut pendapat rakan lelaki saya pula "Perkara ini tidak salah. Asalkan tahu cara and masa untuk menggunakannya. Cuma lelaki tidak suka perempuan yang terhegeh-hegeh terhadap lelaki yang diminati. Apabila terhegeh-hegeh, lelaki tersebut akan menyampah. Apabila sudah menyampah, lelaki itu akan menjauhkan diri dari perempuan itu. Itu yang buat lelaki lari dari perempuan itu".
Dalam peradaban dan budaya Melayu, perempuan mencari lelaki adalah sesuatu yang memalukan. Ini kerana masyarakat kita telah dididik tentang harga diri seorang perempuan yang tinggi dan bernilai. Perempuan dalam budaya Melayu ibarat epal di puncak tertinggi pohon. Makin tinggi epal itu, makin sukar dicapai. Jadi, orang lelaki akan berusaha mendapatkan epal yang tinggi kerana ia belum diusik lagi. Itu perumpamaan yang sering digunakan dalam peradaban Melayu..  
Dalam peradaban dan budaya Asia Timur (China, Korea dan Jepun), perempuan mencari lelaki adalah sesuatu yang sangat biasa. Ini kerana masyarakat mereka telah diajar untuk berusaha mendapatkan yang terbaik untuk diri mereka. Dalam masyarakat mereka, perempuan dan lelaki ada hak untuk meluahkan perasaan masing-masing.. Jikalau perempuan tersebut sukar mendapatkan suami atau kekasih, perempuan tersebut boleh menggunakan khidmat orang perantaraan. Hal ini dapat dibuktikan melalui drama-drama mereka yang sering ditayangkan di televisyen seperti Gokusen, My Sassy Girl ChunHyang dan It Started with a Kiss. Ini kerana drama dan filem merupakan gambaran sebenar kepada budaya negara tersebut.
Dalam peradaban dan budaya Arab, perempuan mencari lelaki adalah sesuatu yang tidak mustahil. Malah, ia merupakan amalan terpuji yang boleh dilakukan dalam Islam. Hal ini kerana lelaki adalah seorang imam, manakala perempuan adalah makmum. Seorang makmum harus memilih imam yang soleh baginya kerana imam tersebut akan mendidik dan membentuk akidah makmumnya agar menjadi wanita solehah. Lazimnya, perempuan tersebut akan menggunakan orang ketiga atau orang perantaraan untuk menyampaikan perasaannya kepada lelaki yang diminati. Sebagai contoh yang boleh diambil ialah Siti Khadijah bersama Rasullah S.A.W.
Kesimpulannya adalah perempuan dan lelaki juga mempunyai perasaan terhadap pasangan berlainan jantina. Tidak semestinya hanya lelaki boleh mencari perempuan namun perempuan juga boleh mencari lelaki.. Perkara ini tiada salah dan tiada larangan mengenainya dari segi agama dan budaya. Namun di Malaysia, isu ini masih menjadi perkara sensitif bagi sesetengah masyarakat terutama golongan warga emas. Pada pandangan saya, perempuan boleh meluahkan perasaan terhadap lelaki mengikut cara tersendiri namun perempuan tersebut harus memelihara maruah dan harga diri agar tidak dipandang rendah oleh lelaki dan orang luar.
p/s - ini bukan copy-paste entry sbb ini memang entry aku tok blog assignment group aku (http://titas223.blogspot.com/).. aku saja letak kat sini sbb ini merupakan pendapat peribadi terhadap perigi cari timba untuk dikongsikan bersama.. :)

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(: