Jul 7, 2011

BEAST/B2ST is the BEST




BEAST or B2ST..

Nama kumpulan yang cukup popular dikalangan peminat Korea.. tapi semua member kumpulan ni merupakan seorang yang gagal satu masa dahulu.. kini, mereka semua dah berjaya.. Kiranya macam cerita Dream High, mereka tidak berjaya menjadi artis then mereka usaha lagi dan mereka menjadi artis yang cukup popular dan terkenal dikalangan peminat K-Pop.. lagipun lagu dan suara kumpulan BEAST memang the best.. lagi-lagi suara Yoseob..

Pada asalnya, kumpulan dinamakan B2ST yang bermaksud Boys 2 Search of Top.. Sebutannya Beast kerana “2” dalam bahasa korea “ee”.. Then, diorang tukar nama menjadi BEAST yang bermaksud Boys of EAst Standing Tall.. Kiranya, sebutan yang sama tapi mempunyai 2 maksud yang sedikit berbeza..


Yoon Du Jun (1989)
Leader Beast.. Menjadi trainee JYP dan hampir menjadi member untuk pencarian 2OneDay (2AM & 2PM) member melalui program Hot Blood Man Reality Show tapi terkeluar.. Lalu JYP menghantar Du Jun ke syarikat kakak JYP iaitu Cube Entertainment dan debut sebagai BEAST..


Yong Jun Hyung (1989)
Main Rapper.. Pernah menjadi artis berkumpulan pada tahun 2006 iaitu Xing bersama U-Kiss Kevin dan ex U-Kiss Kibum tapi kumpulan itu tidak berjaya dan dibubarkan.. Pindah ke Cube Entertainment dan debut sebagai BEAST..


Jang Hyun Seung (1989)
Lead Vocalist and Dancer.. Menjadi trainee untuk YG Entertaiment dan hampir menjadi member untuk pencarian BigBang member melalui program The Big Bang Reality Show tapi tidak berjaya.. Pada waktu itu, Hyun Seung dikatakan masih seorang pemalu dan paling tidak berkeyakinan.. Pindah ke Cube Entertainment dan debut sebagai BEAST..


Yang Yo Seob (1990)
Main Vocalist.. Pernah menjadi trainee untuk M-Boat tapi tak berjaya menjadi artis dan pindah ke Cube Entertaiment dan debut sebagai BEAST..


Lee Gi Kwang (1990)
Main Dancer.. Pernah menjadi artis solo dengan nama AJ dibawah JYP Entertaiment tetapi tak berjaya.. Lalu JYP menghantar Gi Kwang ke Cube Entertainment dan debut sebagai BEAST..


Son Dong Woon (1991)
Lead Vocalist & Dancer.. Menjadi trainee untuk SM Entertaiment dan JYP Entertainment untuk beberapa tahun tapi tak berjaya.. Lalu, pindah ke Cube Entertaiment dan debut sebagai BEAST..

Conclusionnyer:
Sekarang ni, diorang dah berjaya menempatkan diri diorang dalam industry K-Pop.. walaupun diorang pernah gagal tapi diorang tetap berusaha.. Sekarang, BEAST telah menjadi salah seorang kumpulan idol K-Pop terbaik.. Tahniah BEAST..

BEAST/B2ST is the BEST..

p/s: jelez dengan kawan aku yang pergi BEAST Fan Meeting pada 1 July 2011.. Ah tidak!!!

untuk maklumat lanjut-----> klik sini, sini, dan sini..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

No comments :