Dec 25, 2014

PROMOSI PALING HEBAT DARI LIZ RENY TOUCH!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PROMOSI HEBAT DAN ISTIMEWA 
LIZ RENY TOUCH
012-2165856
SPECIALIST IN MASSAGE, FACE THERAPHY & MAKE UP.
MAI MAI AND RASAKAN PERUBAHAN SELEPAS MENERIMA PERKHIDMATAN LIZ RENY TOUCH.
ITS A GREAT DEAL THAT YOU WILL NEVER GET EVER!!



jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Oct 14, 2014

HOW TO BLOCK GAME & APP INVITATION WITHOUT BLOCK/UNFRIEND WITH THEM?

Assalamualaikum..
It seems not too many people know about this things? Actually its easy to block games & invitation without un-friend with them, its too easy as ABC. However, due of superb level annoying of invitation of notification that sender doesn't know, most of people decide to block them by remove them as a friend list. Jangan jadi pemalas nak cari solution..
Dulu, aku pun annoying juga benda macam ni. Pastu, aku nak tahu kenapa orang main game tapi suka invite aku.. Aku main games dulu and cari main problem.. Then, aku cari solution tanpa menyakiti hati orang yang main game dan mengeluarkan status annoying. Itu hak mereka nak main game. FB mereka, suka hati mereka la nak buat apa. Invitation itu SPAM and sometimes diorang tak tahu pun yang diorang hantar. Sian kat mereka, they just want to enjoy + killing time.. 
Actually, sapa nak sangat block game invitation dari orang lain dengan cara yang berhemah.
1. Go to FB Setting
2. Go to Blocking.. Kat situ ada pelbagai jenis blocking.. Pilih la mana suka.
3. Taip nama kat Block Apps Invite..
4. Done..
Kan mudah.. As long ada usaha, semua ok.. Thank you

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Oct 6, 2014

My 24th Birthday

Assalamualaikum
Here come another year for me.. 2014.. I'm getting old.. Yup.. OLD!!!
Alhamdullilah and syukur to Allah because give me another life to live with. Another life to remember my sins from the past. and the most important is another life to always remember that I'm going to die very soon.
Chewah!!! English maa.. Yup.. Aku semakin tua dan tua.. Tak dapat dinafikan bahwa dalam hidup ini kita banyak buat dosa.. Dan kita juga semakin hampir dengan mati. Mati tak kenal usia.. Kita yang muda pun boleh mati apatah lagi yang tua..
Sempena birthday aku yang 24 tahun.. Aku ingin meminta maaf kepada sesiapa yang mengenali aku secara peribadi atau umum.. Aku manusia biasa yang banyak buat dosa secara tidak sengaja mahupun sengaja.. Oleh itu, aku memohon ampun kepada sesiapa yang mengenali aku dan membaca blog ini..
To all of my lovely and sweetest friend, I dont need any gift/present and celebration party for my birthday.
What I need is the DOA and wish from you guys for me to success and always in Allah SWT's protection.. Alhamdullilah, my birthday has fallen at 2nd Aidiladha for this time and all the wish will be granted by Allah SWT till 2nd Maghrib Aidiladha (Insya-Allah).
Aminn.. Thats all from me.. Thank you..
This is my favourite birthday song
Sekian coretan saya

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Aug 14, 2014

BERKAWAN DAN BERSAHABAT KERANA ALLAH SWT

Assalamualaikum
Berkawan dan bersahabat kerana Allah SWT adalah tajuk aku kali ini. 
Konsep aku berkawan sangat mudah. Aku berkawan kerana Allah SWT. Aku berkawan seikhlas hati. Aku sayang kawan-kawan aku kerana Allah SWT. Aku suka mereka juga kerana Allah SWT. Aku menerima kawan aku seadanya . Aku menerima baik buruk kawan aku seadanya kerana aku percaya tiada manusia yang sempurna kat dunia ini. 
Disebalik konsep aku berkawan selama ini, aku dikelilingi oleh orang-orang yang baik akidahnya, manis pemakaiannya, dan sopan tutur kata (xda lah sopan sangat, still ada mencarut lagi). Baik lelaki mahupun perempuan. Kawan perempuan aku ramai tapi mereka bukannya alim ulama, mereka biasa-biasa sahaja. Ada yang seksi, freehair, tudung labuh, tudung pendek, pemalu, banyak cakap dan macam-macam lagi. Kawan lelaki aku tak ramai tapi rapat kerana mereka sangat gila dan sangat memahami. Aku sayang kawan-kawan aku.
Aku ingin mengekalkan kejujuran dan keikhlasan aku dalam berkawan bila memasuki alam pekerjaan . Lagipun, I'm a really a straight person. No bengkang-bengkok. Namun, kawan di alam pekerjaan is really different with kawan di zaman belajar. Mereka akan pergunakan kejujuran kita untuk kepentingan mereka sendiri. Itu yang menyebabkan aku sangat berhati-hati dalam berkawan. 
Niat aku cuma satu dalam berkawan. Bila aku berkawan, aku berkawan kerana Yang Esa. Walaupun dalam pekerjaan, tak kiralah tua or muda, semuanya aku jadikan mereka kawan. Jika ada kawan-kawan aku berkawan dengan aku diatas sebab-sebab tertentu yang bukan datang dari keikhlasan diorang. Hubungan persahabatan akan renggang dengan sendirinya tanpa sebarang sengketa dengan izin-NYA. Dan jika mereka berkawan dengan aku secara ikhlas, hubungan persahabatan akan rapat dengan izin-NYA.
Lumrah berkawan, kawan datang dan pergi. Tak semestinya sama dari zaman sekolah. Macam aku zaman sekolah, kawan rapat orang lain. Zaman matrikulasi, kawan rapat orang lain. Zaman universiti, dah tentu lain orangnya. Bagi aku, personaliti kawan-kawan akan berubah mengikut persekitaran mereka dari tahun ke tahun. Bergantung kepada banyak perspektif seperti education, family background, jenis kawan yang mereka berkawan dan sebagainya. Kita akan jumpa mereka semula dalam personaliti yang berbeza. Apa yang perlu dibuat ialah accept as they are. They are still a friend for me.
I has a lot of friend from my student life, but I has no friend from my working life yet. I'm really love all my close friend because of Allah SWT. Friends, you're the great things for me forever. Hope our friendship will last forever.
Sekian sahaja entri kali ini.  

p/s: berhati-hati dalam memilih kawan. Dalam berkawan, terdapat 2 pilihan yakni sama ada kita pengaruhi kawan atau kawan akan pengaruhi kita. Kalau kawan kita baik, maka baiklah kita. Kalau sebaliknya, wallahuallam. JUST LOVE OUR FRIEND BECAUSE OF ALLAH SWT.

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Aug 5, 2014

KEINGINAN AKU PALING SELFISH

Salam.


Aku teringin nak pergi sebuah pulau peranginan secara berseorangan.
Naik flight pagi-pagi and bila balik naik last flight.
Menginap sebuah bilik Executive level kat sebuah pulau beberapa hari menghadap laut.
Kalau tak dapat pun bilik Executive, as long ia menghadap laut, it will be enough for me.
Tiada fikir pasal kerja atau apa pun.
Melancong seorang diri dan buat schedule sendiri.
Tak perlu pergi ke luar negara, cukuplah sekadar di Malaysia sahaja.


Pergi ke pantai, jalan-jalan pada waktu pagi sambil menghadap lautan luas.
Merenung kesilapan diri dan istiqamah disertai redha dengan segala yang berlaku.
Disamping bersyukur ke hadrat Ilahi dengan kurniaannya selama ini.

Sarapan pagi di ruangan hotel disediakan dan berehat di bilik for hari pertama.
Pada hari kedua, berjalan-jalan disekitar pulau sambil mencuci mata.
Aku tak berminat dengan fizikal shopping tapi aku lebih kepada service shopping.
Cari mana-mana spa refleksologi untuk menenangkan body, mind and soul.
Alangkah indahnya jika dapat buat macam tu.


Aku tak suka berselfie and tangkap gambar
So, no camera and hanya menghayati percutian yang menenangkan.
Alangkah seronoknya jika dapat percutian yang macam ini.
Just relax your mind, body and soul.


Itulah keinginan aku yang paling selfish.
Aku harap aku dapat memenuhi kehendak aku yang ini.


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Jun 18, 2014

SEJARAH PENULARAN PENGARUH KPOP DI MALAYSIA DAN DUNIA

Assalamualaikum..
Entri baru tapi sebenarnya dah lama berada dalam simpanan. Cuma tidak dipublishkan sahaja.. Hehe.. Entri kali ini terlalu panjang dimana aku akan membentangkan pemerhatian dan usul aku terhadap asal usul kpop yang datang dari Korea Selatan. 
K-Pop bermaksud Korean Pop yang berasal dari Korea Selatan. Orang Korea panggil negara mereka sebagai Dae Han Min Gook. K-Pop adalah sama seperti muzik-muzik yang lain. Tidak ada bezanya cuma minat manusia berbeza-beza di antara satu sama lain.
Tahun 1980 - 1989
Zaman K-Pop bermula di Korea Selatan pada tahun 1980an lagi. Waktu itu, antara pengasas zaman K-Pop ialah SoBangCha dan Seo TaiJi & Boys. Sudah menjadi tradisi bagi industry muzik Korea dimana artis berkumpulan adalah lebih popular dari artis solo. Dan tarian merupakan satu kebiasaan bagi industry muzik Korea Selatan.
SoBangCha dalam Running Man. Dahulu dan sekarang.
Tahun 1990 - 1999
Kemudian datang zaman 1990an pula dimana pengaruh K-Pop mula menular ke negara terdekat terutama China dan Jepun. Antara pelopor muzik K-Pop zaman 1990 an ialah Park Jin Young (JYP), ShinHwa, Kim Wan Sun, Turbo dan Deux. Pada zaman ini, H.O.T merupakan kumpulan paling hangat kerana mereka memperjuangkan muzik yang berbeza dari muzik K-Pop yang biasa iaitu HipHop/Rock. Jika di Malaysia, lagu Isabella nyanyian Search merupakan lagu yang legend tapi di Korea Selatan ialah lagu Candy nyanyian H.O.T merupakan antara lagu paling legend.
Antara kumpulan paling legend.. H.O.T..
Tahun 2000 - 2009
Kemudian datang zaman alaf baru iaitu tahun 2000an dimana zaman ini memartabat serta menjulang muzik K-Pop dimata dunia. Zaman ini telah melahirkan begitu banyak artis yang telah menempa nama di mata dunia antaranya G.O.D, Rain, DBSK, Super Junior, Fin K.L, BigBang dan pelbagai lagi. Pada zaman ini jugalah, K-Drama turut meningkat jumlah peminatnya dimana drama 4 musim terhasil iaitu Winter Sonata, Autumn in My Heart, Summer Scent dan Spring Waltz. Ia telah mencetus fenomena di serata negara Asia dan juga dunia.
A truly legend dan pembawa muzik KPop ke serata dunia.. Dari atas DBSK, Super Junior and Big Bang.
Pada zaman ini, beberapa artis KPop juga telah menjadi artis Hollywood seperti John Park dari G.O.D dan Rain. Peminat K-Pop di Malaysia kebanyakan bermula dari zaman ini yakni zaman kegemilangan debut artis KPOP yang paling legend dalam sejarah KPOP sendiri sendiri iaitu DBSK, Super Junior, Big Bang, Girls Generation dan 2NE1. Aku sendiri minat K-Pop bermula dari Super Junior. Hehe.. Love them so much till now. Kat bawah ini merupakan senarai artis yang membawa begitu banyak peminat yang debut pada dekad ini.
RAIN BI / JUNG JI HOON
2002
DBSK
2003
SUPER JUNIOR
2005
BIGBANG
2006
SNSD / GIRLS GENERATION
2007
WONDER GIRLS
2007
SHINEE
2008
2AM
2008
2PM
2009
2NE1
2009

Senarai dibawah pula merupakan senarai drama atau artis yang telah membawa dan menempa nama Korea Selatan ke luar negara
Wonder Girl
America – Hollywood
Nobody  - 2008 (Music)
Rain Bi
Worldwide
Full House – 2004 (Drama)
Speed Racer – 2008 (Film)
Ninja Assassin – 2009 (Film)
The Prince -  2014 (Film)
Joon Park (G.O.D)
America - Hollywood
Speed Racer – 2008 (Film)
Dragonball Evolution – 2009 (Film)
Hero: 108 – 2011 (Film)
DBSK
Worldwide
Mirotic – 2009 (Music)
Yoon Seok Ho (Director of Endless Love)
Worldwide
Autumn in My Heart – 2000 (Drama)
Winter Sonata – 2002 (Drama)
Summer Scent – 2003 (Drama)
Spring Waltz – 2006 (Drama)
Super Junior

Worldwide
Sorry Sorry – 2009 (Music)
 Profesional dalam variety show dimana hampir kesemua rancangan berbentuk variety pada dekad ini mesti ada ahli Super Junior sejak mereka debut.
Variety Show
Worldwide
X-Man
Family Outing
StarKing
Winter Sonata.. One of the Endless Love's drama.
Kesimpulannya
Sekarang ini sudah lahir begitu banyak artis Kpop yang bagus seperti Teen Top, VIXX, B.A.P, Girls Day dan lain-lain. Sejujurnya bagi aku, please don’t hate KPOP because K-Pop is just a music that need to enjoy. Sama seperti muzik-muzik yang lain seperti Hindustan, HipHop dan Rock. Sememangnya diakui, ada peminat terlalu obsess dengan Kpop sama seperti peminat lagu rock yang obsess dengan muzik sehingga memakai pakaian/costume yang berimej rock.
Antara pemuzik yang menghasilkan lagu rock satu masa dahulu
Antara fesyen baju yang telah menjadi ikutan anak muda pada satu masa dahulu. Deep thinking about it.
Basically, it’s just depending how you handle the way you are about the things you like such as girlfriend, boyfriend, car, house or a jewellery. It’s same as music. Sesetengah orang sanggup bergolok-gadai untuk mencantikkan kereta mereka sedangkan dan hakikatnya sesebuah kereta terus akan mengalami  susutnilai selepas pembelian termeterai. Itu hanya contoh yang bukan dari segi muzik sahaja. Dan akhir sekali ingin ditekan, please respect the other person’s interest and hobbies.

Thank you kerana sudi membaca..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Jun 15, 2014

B.A.P BANG YONG GUK - MY NEW ADDICTION

السلام عليكم 
Sudah terlalu lama tak tulis entry baru pasal KPOP mepop.. DAN ini entri pertama untuk tahun 2014.
Berbalik kepada tajuk asal, BANG YONG GUK - MY NEW ADDICTION.. Yup, he becomes my new addiction just because his voice.. I really love his husky voice especially when he rapping.. Semuanya bermula dengan lagu Warrior sebab bahagian rap lagu itu sangat smart dan feeling rock..
Bang Yong Guk before debut as a BAP member. MV from I Remember.
Pastu, aku mencari lagu lain yang ada suara Bang Yong Guk.. Walaupun aku tahu Bang Yong Guk ini kumpulan idol B.A.P, aku still nak cari lagu solo dia. Aku percaya yang dia mesti ada lagu solo sebab the way he's rap and sing is so gooooood. After that, aku cari biography dia and semesti Mr Dr Wikipedia sangat membantu aku untuk mencari siapa empunya suara yang aku suka..
B.A.P in One Shot album
Meh aku cerita serba sedikit pasal Bang Yong Guk.. Lahir pada tahun 1990.. Debut pada tahun 2012 sebagai ahli kumpulan B.A.P yang terkenal dengan imej rock + hip hop.. Merupakan seorang komposer, penyanyi, rapper, dan penari.. Bang Yong Guk juga merupakan antara komposer utama untuk semua album B.A.P dibawah TS Entertainment. Bang Yong Guk pernah menjadi underground rapper sebelum debut dengan nama Jepp Blackman. BYG menjalani latihan trainee selama 6 tahun sebelum debut as a BAP member.
Masa aku cari lagu-lagu Bang Yong Guk, aku jumpa satu lagu iaitu Going Crazy. Lagu ini dinyanyikan oleh Song Ji Eun (Secret) ft Bang Yong Guk pada awal tahun 2011. Masa tu, Bang Yong Guk belum debut lagi dan dia still merupakan TRAINEE untuk TS Entertainment. How come a trainee can be a good rapper and he still not debut at that time either as a solo or idol??
Tujuan lagu ini dikeluarkan adalah untuk memperkenalkan Song Ji Eun sebagai penyanyi solo tapi Bang Yong Guk yang popular melampau-lampau dan lagu ini mendapat 1st place untuk kebanyakan carta lagu di Korea. Lagu ini awesomely good because suara Bang Yong Guk yang husky berjaya membawa imej scary + fiery.. Tak payah tulis banyak, just tengok performance and MV Going Crazy..
Pastu, officemate aku perkenalkan aku lagu Bang Yong Guk yang lain yakni I Remember. Lagu ini dinyanyikan oleh Bang Yong Guk ft B2ST Yang YoSeob. Waktu tu, BYG still belum debut.. Tapi honestly, aku lebih suka BYG ft B.A.P DaeHyun.. Sebab genre lagu ini HipHop/Rock and suara YoSeob lantang dan nyaring, so ia tak sesuai sangat dengan lagu ini berbanding suara DaeHyun yang rock..
Aku rasa cukuplah setakat ni aku menceritakan mengenai Bang Yong Guk.. Haha, his smile just like EunHyuk.. Love Gummy Smile..

SEKIAN KERANA SUDI MEMBACA..  :) :) :)


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(: