Nov 28, 2011

Malaysia vs Indonesia

Baru-baru ni bola sepak diantara Malaysia dan Indonesia telah berlangsung.. Malaysia menang (yeah!!! aku x tengok pun game hari tu).. Aku buka wall FB aku, then aku terjumpa beberapa page mengutuk dan menghina Malaysia secara melulu.. Aku berasa sangat marah dengan tindakan mereka yang kurang bertamadun itu.. tak kiralah rakyat Malaysia mahupun rakyat Indonesia.. Gelaran-gelaran tersebut sungguh tidak menggambarkan akhlak mereka yang baik.. terasa bengang dihati.. klik sini, sini dan sini ..
Contoh comment rakyat Indonesia terhadap Malaysia
Contoh comment rakyat Malaysia terhadap Indonesia
Actually aku rasa sangat bengang dengan mereka-mereka ni.. Kenapa perlu mengutuk antara 1 sama lain.. Kita kan berjiran.. Then, hanya kalah bola dah boleh bergaduh.. Aku bukan nak salahkan rakyat Indonesia tapi mereka harus fikir tentang kesan akibat perbuatan menghina negara jiran.. Rakyat Malaysia pun janganlah nak menghina mereka balik.. Yang Malaysia digelar MALINGSIAL, yang Indonesia digelar INDOGNESIAL..

Pendapat aku tentang comment rakyat Malaysia:
Kepada rakyat Malaysia, tak perlulah korang nak mengungkit segala pemberian negara kita kat mereka.. Sebabnya, mereka memang tahu yang kita banyak menolong mereka.. Lagipun, yang korang gelarkan mereka "INDOGNESIAL", "TAK SEDAR DIRI" dan segala macam, pehal?? Korang nak jadi macam mereka juga ke.. Memang la mereka kutuk negara kita.. Dan seharusnya kita memang patut marah.. Tapi lawan mereka ni dengan fakta yang sebenar dan sejarah yang betul.. Apa gunanya korang belajar sejarah segala macam kat sekolah kalau tak praktikkan kat sini.. Aku bangga dengan sebahagian rakyat Malaysia yang bertungkus-lumus melawan mereka dengan penuh sifat patriotik iaitu melawan dengan cara baik dan fakta.. Tapi sesetengah dari kita menghina mereka balik, memang aku rasa malu sebab kita sudah dididik sejak kecil dengan ilmu agama (bagi yang beragama Islam) dan ilmu moral dan sivik (non-muslim).. Kita sememangnya dihina oleh mereka dan mereka sangat membenci kita kerana kebebasan media disana.. media kat sana tak da tapis pun.. Tu sebab, mereka tak tahu hal sebenar dan semborono menuduh kita segala macam..
 Pendapat aku tentang comment rakyat Indonesia
Kepada rakyat Indonesia, jujur aku cakap yang aku memang tak puas hati dengan korang.. Tetapi korang kena fikir yang perasaan kami kat Malaysia.. Cuba anda fikirkan jikalau negara anda dihina dan dikutuk sedemikian oleh negara lain?? Mesti korang semua bengang.. Korang menuduh kami maling, malayf*** dan segala macam.. Kami sangat marah tapi kebanyakan dari kami meminta kamu semua berdamai.. Tapi kamu semua still panggil kami maling.. Kamu kata kami MALING untuk budaya, makanan, tarian, pulau dan segala macam la.. Kamu orang tak pernah tahu ke pasal sejarah Nusantara.. Kebanyakan orang Malaysia tahu pasal sejarah tersebut.. Lagi satu, kamu kata kami suka mencuri pulau kamu terutama Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pulau Ambalat.. Itukan semua urusan kerajaan.. Yang korang nak masuk campur, kenapa?? Biarlah kerajaan Malaysia-Indonesia uruskan.. Kitorang yang terlepas Pulau Batu Putih kat Singapore, tak de pulak kami bergaduh dan menghina dengan rakyat Singapore.. Then, kenapa korang tak serang Australia sebab mengambil Pulau Krismas dari korang?? Bukankah Pulau Krismas lebih dekat dan berada dalam Lautan Kalimantan?? Adakah sebab bahasa kita lebih kurang sama menyebabkan korang menyerang kami secara melulu?? Aku meminta kamu semua iaitu rakyat Indonesia mengkaji sejarah Nusantara terlebih dahulu sebelum mengatakan sesuatu kepada kami iaitu rakyat Malaysia sebab kalian telah melukai saudara kalian..
 Pendapat aku kepada admin yang buka page benci-membenci ni
Anda memang hebat kerana telah mencetuskan perang saudara dikalangan rakyat Indonesia dan Malaysia.. Syabas saya ucapkan.. Usahakan lagi semangat anda dalam menambah perasaan benci rakyat terhadap kedua-dua negara.. Semoga anda mendapat sahamnya di akhirat kelak.. Amin..
Actually aku ada kira mengenai peratusan rakyat Indonesia (aku assume yang like page ni semua rakyat Indonesia) yang join page KAMI ANTI MALAYSIA
844 116 rakyat / 241 juta rakyat Indonesia = 0.35%
Peratusan rakyat Malaysia (assume semua yang like adalah rakyat Malaysia) yang join page KAMI ANTI INDONESIA
6426 rakyat / 28.3 juta rakyat Malaysia = 0.023%
Korang nampak tak peratusan yang aku buat kat atas.. Peratusan rakyat Indonesia yang membenci Malaysia lebih banyak dari peratusan rakyat Malaysia membenci Indonesia..  Dalam perbezaan peratusan sebanyak 0.327% ini menunjukkan bahawa rakyat Indonesia lebih ramai membenci negara Malaysia.. Bilangan rakyat tak menjadi masalah sebab aku kira ikut peratusan dan populasi negara.. So, benda ni memang fair..

Comment-comment aku page kat page mereka (sebahagian jew):
 Lelaki ni still mengutuk Malaysia walaupun ramai rakyat Malaysia dah menerangkan mengenai hubungan Malaysia-Indonesia.. Bukan aku sorang je taw.. Memang tak paham bahasa betullah mamat ni.. Sekarang ni aku dah give up dengan mereka.. Biarlah mereka, nak gaduh sangat.. Indonesia asyik nak menang jew, amik la semuanya.. Kononnya semuanya hak kamu.. Kata kami tak habis-habis klaim segalanya hak kamu dari batik, songket, rendang, pulau, makanan, dan segala macam.. Kebanyakan rakyat Malaysia yang mengalah kena ingat "MENGALAH TAK SEMESTINYA KALAH, MENANG TAK SEMESTINYA MENANG".. Better kita merendah diri sebab orang lain akan judge mana yang betul sebenarnya..

p/s : sudah x de mood lagi..Anyway, hadiah gambar tok kedua-dua negara.. comel comel..
This cute picture credited to: Bie Ezzety

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Nov 12, 2011

Master Chef : Astro, Chef Riz dan Chef Wan

Assalamualaikum.. Kali ini entry aku pasal Master Chef Malaysia.. Sebenarnya aku dah lama mengikuti perkembangan Masterchef Malaysia sejak tahun lepas lagi.. Cuma aku sikit terkilan dengan pihak Astro dan Masterchef.. Sebagai orang yang mengikuti perkembangan semasa Masterchef dari usul pertama sampai kini.. Kita boleh lihat bahawa pihak Astro mahu melihat program ini seGAH yang boleh.. Antara sebab- sebab yang menbuat aku kata sebegitu, pihak media kerap membuat sidang liputan dari awal kemunculan Masterchef dan sehingga kini.. Manakala pihak Astro kerap mengulang tayang iklan Masterchef di siaran mereka seperti Ria, Prima, Oasis, Hitz dan lain-lain (nasib baik tak kacau KBSW)..
Pada mulanya, diorang mahu ambil Chef Wan sebagai judges rancangan ini tapi Chef Wan menolak sebab kesibukannya.. Then, sekarang ni diorang ambil pula anak Chef Wan iaitu Chef Riz.. Korang perasan permainan yang dimainkan Astro tak?? Tak dapat bapak, anak pun jadilah.. That’s why aku kata ini game Astro.. Diorang nak jugak aura Chef Wan dalam Masterchef walaupun dikatakan Chef Riz dah menjalani proses pemilihan judges..
Aku tak boleh nak deny kelayakan Chef Riz dalam Masterchef sebab Chef Riz memang bagus dalam mengendalikan rancangan itu.. Aku memang respect dengan dia.. Dalam usia yang muda, dia telah menunjukkan kewibawaan dan professionalism dia dalam bidang masakan..
Yang membuatkan aku menulis entry ini sebab CV resume Chef Riz yang dipalsukan.. Sebagai seorang yang educated, aku RASA dan MUNGKIN  dan MAYBE Chef Riz memang dah mengetahui keburukan memalsukan CV.. Sebab peminat or haters akan mencari kebenaran didalam setiap perbuatan kita.. THE TRUTH WILL SHOW ITSELF..  Macam aku kata dalam perenggan pertama tadi “pihak ASTRO mahu melihat program ini seGAH yang boleh”.. Aku bukan cuba nak menyalahkan pihak Astro tapi aku nampak game yang dimainkan oleh Astro dalam Masterchef.. Lagipun Chef Riz pun dah minta maaf secara terbuka tentang pemalsuan CV..
MAYBE Chef Riz tak letak pun kelayakan yang melampau dalam resume.. MAYBE.. and MAYBE pihak Astro saja meletakkan kelayakan yang melampau untuk menaikkan ranking program mereka.. or MAYBE Chef Riz sahaja meletakkan kelayakan sebegitu untuk menaikkan popularity program Masterchef dan juga dirinya.. Tapi itu semua just satu keMUNGKINan..
Itu je la pendapat aku tentang MASTERCHEF.. Kalau ada salah silap, aku mintak maaf and pendapat aku hanyalah satu keMUNGKINan..  Belum tentu betulnya.. Sekian terima kasih..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(: