Oct 20, 2011

Sebab Fesyen Rambut Artis Korea


Entry kali ini pasal fesyen rambut di South Korea and Jepun.. Ramai yang tertanya-tanya pasal fesyen rambut di Korea yang kebanyakannya panjang dan tak bersikat.. Kononnyer..
Meh sini aku bagi sebabnya.. Antara penyebab utama diorang berambut panjang ialah cuaca.. Cuba korang kaji pasal cuaca kat negara diorang.. Pabila musim sejuk, suhu sejuk diorang boleh mencapai -30c di bawah paras beku (beberapa tempat).. Malah, pada waktu tu, air laut dah jadi beku n diorang boleh jalan kat atas air laut tu.. Pabila musim panas pulak, suhu diorang yang paling tinggi hanyalah 25c.. Kalau kat Malaysia, suhu macam tu still consider sebagai sejuk.. So, the reason kenapa diorang berambut panjang sebab nak melindungi kepala diorang dari sejuk melampau.. Actually, masih ada rakyat diorang berambut pendek and botak tapi kebanyakan dari mereka pakai topi atau apa-apa yang menutup kepala untuk mengelakkan kesejukan.
Sebab lain ialah fesyen. Ibu negara diorang iaitu Seoul ingin mencapai gelaran diantara Kota Fesyen di dunia selain Jepun, Itali, dan Paris (rujuk link ni).. Tak heranlah kalau diorang nak berfesyen sekalipun.. Diorang ada rambut, suka hati diorang la nak buat apa.. Yang hang jelez, pasai?? Hang ada duit, hang pi la wat rambut.. Lagipun, kalau ada orang Malaysia nak buat rambut macam orang Korea.. Biarkan mereka.. Yang sakit, mereka juga.. Jangan pula nak complain sakit kepala sebab cuaca kat Malaysia memang panas and terik.. Tak sesuai nak buat rambut macam style Korea..
Sekian saja entry saya kali ni..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Oct 14, 2011

Infinite - The Most Schronized Dance Group

Kali ini entry aku pasal K-Pop.. Sejak kebelakangan ini, aku terlalu suka dengar lagu Paradise dari Infinite.. Lagipun lagu-lagu Infinite memang sedap didengar ditambah lagi dengan dance diorang yang sekata.. Bak kata Block B Zico, melihat dance kumpulan Infinite seperti melihat tentera yang sedang berkawad.. Memang betul cakap Zico..

Aku suka kumpulan sejak diorang mula debut lagi.. Waktu, diorang buat HOT DEBUT dengan lagu Comeback Again kat Music Bank.. Aku dah jatuh hati masa itu jugak.. Bagi aku kumpulan ni kurang dari segi rupa.. Memang tak berapa hensem terutama DongWoo dan SungKyu.. Yang lain just biasa-biasa jew kecuali L yang digelar Centre of the Group/Face of the Group/Paling Handsome..

Walaupun diorang kurang handsome tapi dari segi lain seperti dance, nyanyian, lawak dan lain-lain.. Diorang memang diiktiraf sebagai sangat bagus.. Malah diorang juga mendapat pengiktirafan dari MC Boom, SuperJunior Leeteuk, SuperJunior EunHyuk dan SuperJunior Shindong sebagai pelapis MC dan entertainer generasi ke3 selepas SJ dan Boom.. 

Kenapa generasi ke-3?? Generasi pertama hanyalah MC Yoo JaeSuk dan MC Kang HoDong.. Generasi kedua pula MC Boom dan Super Junior.. dan bakal generasi ketiga ialah Infinite.. Memang daebak dowh..
hihihi..

Antara lagu diorang yang best:-
First Debut - Come Back Again & She's Back
2nd Comeback - Before The Dawn (The Most Famous Dance by Infinite)
3rd Comeback - Nothing's Over & Can U Smile
4th Comeback - Be Mine & Paradise (No.1 for all music chart in Korea)(Awesome for both singing and dancing)

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Oct 9, 2011

Zamani - Kala Hujan

Ketulusan senyumanmu
Mengundangi sesuatu
Sukar untuk ku gambarkan
Ke dalam bentuk kata-kata yang setia

Kekuatan sandaranku
Ku dirikan masa lalu
Luruh bagai dedaunan
Di kala hujan angin datang

Merembasi
Berkali diri bertanya
Siapakah gerangan kau sebenarnya

Aku yang semalam
Selalu berkata
Tunjukkan diri pemilik jiwa

Suci seberkas dosa
Bisa mengenaliku
Bisa terima diriku seadanya

Dan aku tahu
Keterlanjuran ucapanku
Selamanya ini yang menghantu
Diriku dari mendekatimu
Kekasihku

Ku tahu
Pengalaman yang sebegitu
Maksudku tindakanku dahulu
Mungkin akan jauhkan dirimu kekasihku

Oh dariku
Dari hati yang memerlukanmu

Kekuatan sandaranku
Ku dirikan masa lalu
Luruh bagai dedaunan
Di kala hujan angin datang

my favourite song forever!!!

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Hati Seorang Wanita


Tajuk aku kali ini agak sensitif.. Sebab wanita adalah golongan sangat sensitif.. Tak kiralah dia tu lesbian ke, tomboy ke atau pengkid.. Kalau wanita tetap wanita.. Lumrah alam kita tak boleh nak tolak.. Lagipun Allah telah menciptakan wanita dengan secantik-cantik kejadian.. 

Walaupun wanita nampak lembut diluar, tetapi hatinya sangat keras.. Sukar bagi lelaki untuk memecahkan tembok hati wanita.. Sekali wanita dah membenci, sukar baginya untuk memberi kemaafan kepada orang itu.. Walaupun kemaafan diberi, namun dia akan ingat kejadian itu sampai bila-bila..

Entry aku kali ni pendek jew.. Sebagai peringatan kepada lelaki-lelaki di luar sana.. Janga n menyakiti hati seorang wanita, sekali disakiti sukar untuk dimaafkan walaupun wanita tersebut seorang kawan biasa saja..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Oct 3, 2011

Perbezaan diantara Klinik Kesihatan, Klinik Swasta dan Hospital Besar



Aku nak bagitahu pasal pengalaman aku dengan staff-staff yang terlibat dengan perubatan..  Akan aku ceritakan satu persatu pengalaman aku dengan staff-staff ni.. Pengalaman ni berlaku selepas sehari mata aku diserang Mr Charlie Chaplin pada hari rabu. Aku pergi dengan kawan aku..

Klinik Kesihatan Simpang Empat (Khamis)
Durasi masa - Lama (8.30am - 10.00am)
Service - Poor (Staff sangat kasar)
Kepuasan - Taik Bintang
Sistem pengurusan - Sistem Komputer yang sangat "CANGGIH"
Pengalaman - Yang merawat aku hanyalah seorang pembantu pegawai perubatan.. tapi dia telah membuat aku bengang sebab dia hanya merawat komputer.. Staff ni bagi aku ubat demam padahal dia tak check yang aku demam ke tak.. Dia bagi ubat mata untuk sakit mata biasa padahal dia tak tengok pun kondisi mata aku.. Then, dia bagi ubat kumur padahal dia tak check pun tekak aku.. Yang dia check hanyalah komputer semata-mata.. What the fish.. Kok ye pun ada sistem yang canggih, janganlah abaikan patient.. 

Klinik Menon (Khamis)
Durasi masa - Sangat lama (10.45am - 12.45pm)
Service - Ok (Staff bagus)
Kepuasan - Bintang biasa
Sistem pengurusan - Manual jew (yang penting dia rawat manusia)
Pengalaman - walaupun lama menunggu tapi aku puas hati.. Doktor tu check aku betul-betul.. memangla aku demam waktu tu tapi dia check aku dulu then baru dia bagi ubat demam.. maknanya dia bagi ubat bila dia dah sure aku sakit ape.. Then, baru aku tahu yang kena serangan charlie selepas dia check mata aku.. Kiranya aku puas hati dengan klinik ni sebab doktor tu memang check aku betul-betul..

Hospital Besar (Sabtu)
Durasi masa - Sangat cepat (dirawat dengan segera)
Service - Sangat bagus
Kepuasan - Hati berbintang-bintang
Sistem pengurusan - Manual jew (yang penting dia rawat manusia)
Pengalaman - mata aku dah keluarkan nanah.. then, aku terus pergi jabatan kecemasan.. Bila aku tunjukkan jew mata aku, terus staff tu bawa aku jumpa doktor yang bertugas.. then, selepas ambil penerangan aku, aku dibawa pergi ke bilik rawatan tuk diberi suntikan tahan sakit dan doktor suluh mata aku untuk melihat kekuatan bisa charlie kat mata aku.. Memang cekap dan tangkas.. then, aku diminta refer ke jabatan optik pada hari isnin untuk tindakan selanjutnya selepas diberi ubat tahan sakit and suntikan..

Conclusionnyer:
Rawatlah manusia, jangan rawat komputer.. Yang sakit manusia bukan komputer.. Kalau tersalah ubat, tak ke naya nanti.. Tak pasal-pasal aku yang menderita.. Nasib baik aku tak makan ubat dari klinik kerajaan.. Aku cuma makan ubat dari Klinik Menon and Hospital Besar je..


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(: