May 18, 2012

Antara Adat dan Agama: Perkahwinan

Dah lama x tulis entry baru.. Sekarang baru ada idea nak tulis entry walaupun terlalu buzy dengan third year life.. Kali ini, aku nak bagitahu pasal budaya perkahwinan di Malaysia yang sangat dipengaruhi adat bukannya agama.. Aku bukan nak mempertikaikan adat Melayu tapi itu realiti yang berlaku di Malaysia.. Aku menulis berdasarkan pendapat dan pengalaman kawan-kawan aku yang membincangkan mengenai perkahwinan..
  • Hantaran untuk perkahwinan berdasarkan pendidikan 
  • Mas kahwin ditetapkan mengikut negeri
  • Belanja perkahwinan yang tinggi
  • Pernikahan yang dilakukan di masjid
  • Jemputan perkahwinan yang ramai
Dalam sudut adat, hantaran itu umpama melambangkan nilai seorang wanita untuk dijadikan sang isteri.. Pada suatu masa dahulu, hantaran itu ditetapkan berdasarkan kecantikan seorang wanita.. Itu dulu la.. Skunk ni dah lain.. Lain zaman, lain cara.. Dalam sudut Islam, hantaran ini dibolehkan selagi tidak membazir dan pihak lelaki mampu..
Mas kahwin di Malaysia ditetapkan mengikut negeri.. Setiap negeri mempunyai nilai mas kahwin mereka.. Tapi pihak lelaki boleh memilih dan menetapkan mas kahwin mereka kepada perempuan. Dalam Islam kalau kita ingin menikah walaupun tidak mempunyai apa-apa terutama musim perang dahulu, cukuplah dengan sepotong ayat Al-Quran.. Even sepotong ayat Al-Quran, lelaki tersebut perlu memahami dan mendalami sepotong ayat Al-Quran itu..
Kalau nak dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain, menurut lecturer aku dari Arab mengatakan bahwa belanja kahwin kat Malaysia antara paling rendah sekali.. Tapi bagi rakyat Malaysia, kos kahwin adalah tinggi.. Kenapa tinggi?? Cuba fikir.. Nak kahwin mesti nak upah make-up artist, nak bersanding, baju kahwin, cadar kahwin dan segala bagai.. Padahal semua tu tak perlu pun.. Kalau duit belanja tu digunakan selepas kahwin, lagi berkat and senang..
Pernikahan yang dilakukan dimasjid tidak digalakkan.. Aku tak sure sebab apa.. Boleh ditanya kepada pakar agama.. Tapi bagi aku, rumah Allah digunakan untuk tujuan kerohanian tapi apabila menikah di masjid, ia akan berubah menjadi tujuan keramaian.. Better nikah di rumah..
Jemputan kahwin tak perlu ramai, cukuplah sekadar sedara-mara n kawan-kawan sahaja.. Bila jemputan ramai, banyak la kosnya.. So, fikir-fikir la..
Pendapat aku ialah perkahwinan di Malaysia sangat dipengaruhi adat dan melupakan agama.. Bak kata pepatah Melayu ""Biar mati anak, jangan mati adat".. Perkara ni menyebabkan banyak unsur negatif yang berlaku.. Kekadang kalau kita tengok situasi sekarang, ramai pasangan nak kahwin tapi tak dapat sebab ibubapa mereka sangat mementingkan adat berbanding mengelakkan anak dari fitnah zina.. Islam itu mudah, adat itu tak salah.. Tapi kita kena tahu mengimbangi antara satu sama lain..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(: