Sep 30, 2011

Jung YongHwa: Handsome seperti watak anime

Jung YongHwa
Assalamulaikum.. Kali ini, aku nak cerita sikit pasal lelaki korea pujaan ramai masa kini.. Tak lain tak bukan, CN BLUE Leader Jung YongHwa.. Siapa dia?? Dia ni dikenali bukan sebagai penyanyi je, tetapi ketampanannya umpama watak anime, kemahiran dalam menghasilkan lagu, kelunakan suaranya sama ada balada or rapper dan juga bakat lakonan.. Selain itu, dia dikenali juga sebagai seorang happy go lucky, ceria dan juga "suami" kepada SNSD goddess iaitu SNSD Seohyun dalam rancangan We Got Married..

C.N Blue members
Lagipun, dia ni full package sebab muka memang tiada sebarang bentuk surgery mata, hidung, dagu or lain-lain.. Kiranya handsome tulen la.. 

YongHwa when middle school.. Memang ullzang la..
Kenapa aku buat entry pasal YongHwa?? Sebenarnya aku tak minat sangat dengan Jung YongHwa ni.. Tapi aku suka dengar suara dia.. Merdu betul.. Then, aku suka lelaki yang tak membuat perbedahan wajah.. Seperti Jung YongHwa, 2PM Taekyeon, 2PM Nichkhun, 2AM Seulong dan lain-lain.. 

YongHwa in middle school and elementary school..
Lagipun muka Jung YongHwa mempunyai muka anime boy yang kacak.. Anime boy selalunya V-shape face, dagu runcing, hidung mancung, bermata sederhana, tinggi lampai dan berambut panjang (tak melepasi bahu).. Yonghwa memenuhi semua kriteria tersebut.. hahaha

Anime boys
Conclusionnyer:
Apa aku merepek ni?? Peminat YongHwa, jangan marah ek..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Sep 29, 2011

Aku & Mr. Charlie Chaplin

Charlie Chaplin @ Semut Kayap

Wah!!! Dah lama gila tak tulis entry baru.. Sangat lama tu.. Kali ni aku nak tulis entry pasal pakwe aku iaitu Mr. Charlie Chaplin yang budiman.. Dulu Mr. Charlie pernah bagi love bite kat aku tapi kat kaki jew.. Sampai tak boleh jalan, kuat juga penangan cinta dia kat aku.. Tapi itu kejadian semasa aku di semester 3.. Sekarang ni, aku dah berada semester 5 and Mr Charlie telah kembali kepada aku semula.. Then, dia telah memberi love bite yang berbisa di mata aku.. Sakit woo!! Tak boleh tidoq langsung..

Kesan kepada manusia
Keindahan Love Bite di mata aku..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Sep 9, 2011

Ragam PakCik Teksi

Ini semua dari pengalaman aku yang kerap menaiki teksi:


1. Pak Cik Teksi Bermeter
   
    Situasi 1
  • Jarak - Kipmart Tampoi ke Flat Titiwangsa Tampoi Indah
  • Kos sebenar - RM3.50 (mengikut meter)
  • Kos dikenakan ke atas pelanggan - RM6.00
  • Alasan yang diberikan kepada pelanggan - "Pak cik jugak nak cari makan, dik"
  • Alasan yang aku beri pada pakcik tu - "Saya student.. Lagi kena berjimat-cermat".. Endingnya, aku bagi jew RM5.00.. Padan muka..
    Situasi 2
  • Jarak - Kipmart Tampoi ke Sutera Mall
  • Kos sebenar - RM8.00 (mengikut meter)
  • Kos yang dikenakan ke atas pelanggan - RM12.00
  • Alasan yang diberikan kepada pelanggan - "Pak cik jugak nak cari makan, dik".. "Jarak jauh and traffic jammed"
  • Alasan yang aku beri pada pakcik tu - aku yang jammed.. aku bagi jew la.. sebab nak berlibur dengan kekawan.. malas nak cakap banyak, nanti rosak mood aku..
    Situasi 3 
  • Jarak - Sogo KL ke The Mall
  • Kos sebenar - RM5.00 (mengikut meter)
  • Kos yang dikenakan ke atas pelanggan - RM5.00
  • Alasan yang diberikan kepada pelanggan - "Pak cik mencari rezeki yang halal, dik"..
  • Alasan yang aku beri pada pak cik tu - "Alhamdullillah.. Ada jugak pak cik teksi yang tak menipu"..
 2. Pak Cik Teksi yang Tak Bermeter

     Situasi 1
  • Jarak - Terminal Bas KWSP ke Simpang 4
  • Kos sebenar - RM5.00 (mengikut harga penduduk tempatan)
  • Kos yang dikenakan ke atas student - RM14.00 (siang), RM18 (malam)
  • Alasan yang diberikan kepada student - "Pak cik nak cari untung sedikit".. "Orang kampung tak de duit, dik"
  • Alasan yang aku beri pada pak cik tu - "Student lagi tak de duit, kekadang sampai makan maggi jew".. Dalam hati aku, harap-harap anak dia atau dia dapat nasib yang sama..
    Situasi 2
  • Jarak - Terminal Bas KWSP ke Simpang 4 (Teksi Orang Cina)
  • Kos sebenar - RM5.00 (mengikut harga penduduk tempatan)
  • Kos yang dikenakan ke atas student - RM12.00 (siang), RM16 (malam)
  • Alasan yang diberikan kepada student - "Uncle nak cari untung sedikit".. "Uncle bagi harga dah cukup murah, ma"..
  • Alasan yang aku beri pada pak cik tu -"Dua kali lima jew"..
    Situasi 3
  • Jarak - Kuarters KLIA ke Stesen Kereta Api Nilai
  • Kos sebenar - RM15.00 (mengikut kadar tambang yang ditetapkan oleh MPN dan Komuniti Teksi Nilai)
  • Kos yang dikenakan ke atas pelanggan - RM15.00
  • Alasan yang diberikan kepada pelanggan - "Harga dah tetap, dik"..
  • Alasan yang aku beri pada pak cik tu -"Bagus pak cik ni, ikut peraturan"..
Conclusionnyer:
Daripada kesemua pak cik teksi yang aku taip, semuanya penipu.. Walaupun segelintir pak cik teksi yang berkelakuan baik, tapi yang lain tu hampeh.. Tak berkat duit pak cik ni, kalau asyik menipu pelanggan.. Lagi-lagi kalau korang kata korang ni student.. Memang habislah diorang hentam korang.. Ini jew entry aku.. Byebye

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Sep 4, 2011

Say NO to Racist!! We are 1MALAYSIA!!


Gempak tak tajuk kat atas.. Actually aku saje je tulis tajuk tu sebab aku tertengok sebuah video mengenai racist di Amerika.. Kesian kat diorang.. Kita patut bersyukur sebab kita dilahirkan di sebuah negara yang dan harmoni dimana negara kita mempunyai pelbagai kaum dan agama.. Kita ada Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya.. Terlalu banyak sampai aku tak ingat.. 


Actually sekarang ni aku dah nampak banyak semangat racist di kalangan rakyat kita.. Kitakan 1Malaysia.. 1Malaysia bagi aku bermaksud pelbagai bangsa duduk di bawah 1 negara dan menikmati kehidupan bersama tanpa mengira bangsa dan agama.. Kenapa kita perlu bermusuhan diantara kaum?? Itu bukan amalan mulia, cik adik ooi.. 


Aku harap dengan bermulanya semester baru, aku akan nampak suasana gembira di dalam kelas aku.. hahahahaha.. Kelas aku 1Malaysia taw..


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

K-Pop Addicter.. Yes, I am..

aku memang Kpop addicter.. Hampir semua artis korea aku tahu yang merangkumi gagman, comedian, MC, pelakon, penyanyi, dan sebagainya (walaupun tak semua la).. Actually, entry aku kali ini sikit je.. Selebihnya adalah video.. Aku nak tunjukkan segala yang pertama tentang Korea pada aku..

Music video pertama yang aku tengok: Super Junior - Dancing Out


Lagu Korea pertama yang aku dengar: Autumn in My Heart - Reason


Lagu yang membuat aku nak belajar bahasa Korea: You're Beautiful - Without Words


Lagu yang membuat aku terus jatuh cinta pada Hip Hop: BigBang - Day By Day


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Sep 1, 2011

Sebelum dan Sesudah

Dunia sekarang semakin menjadi.. Bila aku baca suratkhabar dan tengok tv, aku jadi semakin takut.. Aku jadi takut sebab kalau aku letakkan diri aku kat tempat mangsa, apa yang akan jadi.. Seram siut.. Ditambah lagi jikalau aku letakkan diri aku di tempat aorang yang melakukan kesalahan aka jenayah.. Wallahuallam.. Minta dijauhkan dari semua tu..

Berbalik kepada entry kat atas.. Aku merasakan lagu "Sebelum dan Sesudah" nyanyian Senario ni boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada semua yang berlaku.. Seperti memewahkan anak dengan kebendaan, masalah keluarga, pemalas, sifat tamak dan sebagainya.. Semua tu boleh dijadikan sebab tuk kekejaman masyarakat kita masa kini.. Enjoy this video n renung-renungkanlah..



jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(: