Jun 29, 2011

Running Man - Hilarious Game Show!!!



Running Man adalah satu program variety show kejar mengejar.. Kiranya kalau kat Malaysia, permainan kanak-kanak police dan pencuri.. Ia satu rancangan yang sangat menyeronokkan.. Bagi peminat variety show Korea, mesti korang semua kenal MC nombor 1 Korea, Yoo Jae Suk.. Bagi peminat Family Outing, korang mesti takkan lepaskan rancangan sebab Yoo Jae Suk dan Kim Jong kook merupakan member tetap dalam Running Man.. Bagi peminat drama SungKyunKwan Scandal, Song Joong Ki merupakan member tetap dalam Running Man juga..

Preview secara bertulis tentang Running Man..
Running Man or RM adalah sebuah rancangan sorok dan kejar.. Mereka bermain di satu kawasan yang besar seperti muzium dan shopping mall.. Pada awalnya, permainan hide and seek dibahagikan kepada 2 kumpulan dan mereka diminta mencari GOLDEN PIG yang berisi 50 000Won setiap satu..

Namun, mereka membuat beberapa version lagi tentang hide and seek yang sangat menghiburkan.. Antaranya, game ni mempunyai 2 kumpulan iaitu Mission Team and Chasing Team.. Mission team diminta mencari barang yang disorokkan di beberapa tempat tanpa dilihat oleh Chasing Team.. Chasing Team diminta mengejar dan mencari Mission Team dengan menanggalkan tag nama ahli Mission Team..

Versi hide and seek yang lagi satu ialah member tetap RM diminta mencari guest yang hadir (no clue) dan menanggal gelang tag nama guest tersebut.. Guest tersebut diminta untuk mencari Running Ball atau melakukan pekerjaan tertentu dalam penyamaran..

Versi hide and seek yang terakhir merupakan terbalik dari atas.. Member tetap diminta untuk mencari barang yang tersembunyi manakala guest akan mengejar mereka..

Terdapat juga beberapa game lain dalam rancangan Running Man.. Memang lawak.. Setiap episode Running Man memang pecah perut and lawak.. That's why aku cakap it's a hilarious game ever..

Member tetap Running Man:
1. Yoo Jae Suk (Korean MC No.1, ex-member Family Outing)
2. Kim Jong Kook (Solo Singer, MC, ex-member Family Outing)
3. Ji Suk Jin (MC)
4. Lee Kwang Su (Actor, Comedian)
5. Song Joong Ki (Actor, Model)(dah keluar dari RM)(last episode: RM41)
6. Haha @ Ha Dong Hoon (MC, Comedian)
7. Kang Gary (Rapper)
8. Song Ji Hyo (Actress, Model)
9. Lizzy (After School member, semi-member of Running Man)

Serius aku cakap, rancangan ni memang best.. Korang boleh tengok rancangan kat FB.. Lagi satu, jangan sebarkan hasil usaha orang lain untuk kepentingan diri.. Sebab ada 1 web menggunakan hasil usaha translator sukarelawan untuk mendapatkan duit.. Mereka translate rancangan ni secara percuma, jangan pulak nak jual hasil usaha orang lain.. We got free, we give free..

Korang boleh tengok or download rancangan ni kat sini:
-----> Fan Page Isubsquad
-----> Portal Isubsquad (kena jadi member dulu ek)
-----> Guest list (tetamu jemputan untuk setiap episode)

Sekian, Terima Kasih..
Selamat berenjoy..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

2 comments :

ApPLe hijAu..♥♥♥ said...

sumpah best..syg ko lebih..ak layan bende ni je hari1..keje lain tak jalan dah..hehehe...

melor said...

Sekarang ni aku ade smua episode Running Man.. setiap episode memang best.. suka giler kat Jong Ki and Gary.. hikhik