Jun 16, 2011

U-Kiss Vampire - The Blood Type Variety Show



Sekarang ni aku tengah giler tengok variety show yang lama-lama dari South Korea.. Variety show yang terbaru aku tengok ialah U-KISS Vampire.. Show ni memang best (lawak gak).. Selain itu, show ni boleh dikatakan berilmu.. Maknanyer kalau tengok show ni, tak adalah otak tu kosong sangat..

U-Kiss Vampire ni pasal bagaimana sifat-sifat ahli kumpulan U-Kiss yang berlainan darah duduk dibawah 1 rumah.. Selain tu, bukan setakat sifat je yang diorang tekankan tetapi bagaimana diorang layan pasangan mereka yang berlainan darah, bagaimana jenis darah boleh mempengaruhi kita dalam pembelian barang dan macam-macam lagi lah.. Show ni diudarakan pada awal tahun 2010.. Dah lama dah.. Korang tengok sendiri la..



Waktu ni, U-Kiss still dengan member lama lagi.. Alexander (O type), SooHyun (A type), KiBum (O type), Eli (O type), Kevin (O type), DongHo (B type) dan KiSeop (A type).. Walaupun tak de AB type tapi show ni masih selitkan info pasal AB type.. Antara 7 member U-Kiss, ada 3 member yang Korean mix.. Alexander (Korean - HongKong), Eli (Korean - America) dan Kevin (Korean - America)..

Sekarang ni, Alexander and KiBum dah keluar dari U-Kiss then company diorang gantikan dengan orang lain Hoon and AJ
(tak suke betul).. Dah la aku kenal U-Kiss dari Alexander and Kibum dulu.. Tup tup, member yang aku suka kene kuar sebab company.. ;(

Conclusionnyer:
U-Kiss still the best.. Korang tengok la show ni.. Selain lawak, boleh tahu pasal perangai darah lain.. (aku berdarah B type, sama macam DongHo)


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

No comments :