Apr 30, 2011

Korean Idols Training Period

Kbnyakan org Malaysia sllu kata knpe org korea sgt obsess nak jd penyanyi?? Tntulah ade jwpnnyer.. jwpnnyer Impian or Dream.. tp bkn senang nak jd artis kat korea.. walaupun ko mng pertandingan menyanyi berkali-kali pun, blm tntu ko dpt jd artis waktu tu.. itulah industry music kat korea.. dwang sangat mementingkan kualiti dlm stiap aspect tok mnjd seorang ARTIS kat Korea..

Spanjang dwang menjadi trainee kat korea, dwang kene blajar byk benda spt dance (acrobatic, popping, locking, hip hop n etc), lakonan, MC, vocal (high tone, low tone, bare tone,rap n etc), expression, variety show n mcm2 lagi la.. company2 ni train dwang smpai dwang jemu.. selalunyer tempoh trainee hanya mengambil masa 3 thn hingga 5 thn.. kat bawah ni senarai artis yg mnjd trainee terlalu lama..

2AM Jo Kwon - 8 tahun (JYP Entertainment)


Girls Generation HyoYeon - 7 tahun (SM Entertainment)


BigBang G-Dragon & Taeyang - 5 tahun (YG Entertainment)


DBSK Xiah Junsu & Super Junior EunHyuk - 6 tahun (SM Entertainment)


Wonder Girls SunYe - 7 tahun (JYP Entertainment)


Miss A Min - 8 tahun (JYP Entertainment)


Super Junior LeeTeuk - 5 tahun (SM Entertainment)


actually byk lg artis korea yg jd trainee terlalu lama spt Girls Generation Jessica (7thn), Jay Park (4 thn) n byk lg lar.. kat dlm entry ni, aku juz focus kat JYP, SM, and YG.. 2AM Jo Kwon mmg dah terkenal dgn menjdi trainee terlalu lama.. tmph dye 8-9thn.. owh, gmpk beb..

Conclusionnyer:

so, bg yg x knl apa tu artis korea.. jgn la nak perlekehkan dwang mcm tu jew.. aku pun x knl sgt tp bile aku tgk industry music dwang.. mmg seram beb.. negara dwang ade pertandingan menyanyi gak spti Super Star K tp dwang xde artis segera mcm kita.. kita byk artis segera spt AF n mentor..

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Apr 28, 2011

Mahasiwa mudah dipengaruhi kawan

dipetik dari Metro 28 April 2011..

BANGGA...segulung ijazah bagai membalas segala payah jerih yang  terpaksa ditanggung sepanjang   tempoh pengajian.
BANGGA...segulung ijazah bagai membalas segala payah jerih yang terpaksa ditanggung sepanjang tempoh pengajian.

REALITINYA mahasiswa adalah kelompok terpelajar yang boleh menghasilkan keputusan cemerlang namun kecenderungan melebihkan keseronokan serta budaya belajar yang tidak konsisten menjadi penyebab pencapaian merudum.

Biarpun faham tanggungjawab yang dipikul di menara gading, mereka bagaikan alpa dan terleka menikmati kebebasan baru dikecapi, malah bijak mencipta alasan untuk menutup kesalahan.

Ada juga bertindak ‘biadab’ meletakkan kesalahan di bahu orang lain.
Masyarakat pula apabila sering diperkotak-katikkan, kini mengambil pendekatan tidak percaya dan berpendapat golongan ini memang suka mencipta masalah dan membazir masa dengan perkara tidak berfaedah.

Pertikaian demi pertikaian akhirnya tetap mencipta konflik. Namun persoalannya mengapa mahasiswa ini tidak mampu cemerlang, tidak mempunyai budaya belajar yang konsisten serta mudah tersungkur?

Timbalan Rektor Akademik dan Perancangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Md Tahir Md Azhar, berkata sikap mahasiswa yang menjadikan budaya belajar sebagai ‘kelas kedua’ dan tidak serius punca kebanyakannya gagal memperoleh keputusan cemerlang.

Menurutnya, golongan itu lebih rela mengutamakan keseronokan dan mudah terpedaya dengan pujukan rakan serta persekitaran hingga tidak kisah melupakan tanggungjawab di menara gading, malah demi memujuk hati menganggapnya sebagai ‘takdir’.

“Ini bukan suratan takdir, tetapi kesalahan sendiri kerana tidak mahu belajar bersungguh-sungguh. Sebagai mahasiswa, sepatutnya meletakkan kepentingan belajar di tangga teratas kerana itu tujuan sebenar ketika memasuki menara gading.

“Bukannya alpa dibuai angan-angan atau melakukan perkara tidak berfaedah. Ini soal masa depan dengan universiti menjanjikan penghijrahan hidup lebih jika mahasiswa tidak tewas mengikut nafsu dan berpegang pada tujuan utama.

“Sebaliknya, jika hanya inginkan nama atau membazir masa, buatlah pilihan lain lebih awal supaya tidak membazirkan masa, tenaga, wang dan menghancurkan harapan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi,” katanya.

Isu pencapaian mahasiswa sudah lapuk namun tidak pernah habis diperkatakan biarpun masyarakat juga bagaikan sudah muak memberi komentar dan pandangan bagi mengubah keadaan.

Apatah lagi, apabila ditegur, mereka keras kepala, menjawab dan melawan, malah berani pula melabelkan masyarakat penyibuk, kuno serta berat sebelah dan suka mencari kesalahan biarpun teguran itu bertujuan baik.

Dr Md Tahir berkata, kebanyakannya merasakan diri sudah selamat dan berada dalam zon selesa menyebabkan mudah terleka selain ingin menikmati erti kebebasan berjauhan dengan keluarga.

Mereka, katanya, sering menjadikan universiti sebagai tempat mencari atau meniru identiti dan membina ego kerana merasakan diri sudah melepasi tahap kongkongan juga selesa dengan sistem pengajian lebih fleksibel.

“Bagi mereka yang pertama kali terlepas daripada kongkongan keluarga, universiti menjadi tempat terbaik untuk menguji pasaran diri. Pada masa sama beranggapan sistem pengajian ditempuh itu lebih mudah sedangkan sebenarnya ia lebih sukar.

“Ini bukan masa atau tempatnya mengharapkan belas ehsan pensyarah sebaliknya perlu berusaha dengan kudrat serta fikiran sendiri. Semuanya perlu dicorakkan mengikut akuan dan kehendak masing - masing.

“Malangnya, ramai menjadi mangsa kerana terpedaya dengan budaya ini terutama mereka yang taksub terhadap kebebasan diri.

“Akhirnya kerana salah percaturan, hanya mampu mendapat keputusan sederhana sedangkan pada awalnya ada yang memilik keputusan cemerlang,” katanya mengakui itu bukan jaminan mereka boleh mengekalkan kecemerlangan hingga tamat pengajian.

Katanya: “Konteks ini sangat subjektif kerana ada yang berbekalkan keputusan cemerlang pada peringkat awal akhirnya menjadi mahasiswa sederhana, begitu sebaliknya.

“Mereka bukan tidak pandai namun disebabkan sangat teruja menjalani hidup baru, akhirnya terpaksa mengorbankan masa depan.

“Universiti hanya menyediakan peluang dan bukan penyebab kegagalan atau kejayaan seseorang,” katanya.

Beliau juga mengakui jati diri kebanyakan mahasiswa hari ini rapuh selain mempunyai pendirian seperti lalang apabila berdepan pujukan terutama rakan yang menjadi faktor penyumbang utama kegagalan.

Katanya, mahasiswa perlu mempunyai prinsip hidup, tegas membut keputusan, tidak perlu berdolak dalik serta perlu bijak memilih rakan.

“Namun paling ramai ialah mereka yang bijak memanipulasikan orang lain demi kepentingan sendiri. Dengan kata lain, mempengaruhi rakan lain agar mengikut rentak mereka supaya sama-sama bergembira dan melupakan pelajaran.

“Inilah golongan paling bahaya kerana pengikutnya sangat ramai serta mewakili kelompok terbesar di institusi. “Mereka belajar seperti orang lain, tetapi tidak kisah mengenai keputusan biarpun hanya cukup makan.

“Apa yang penting lulus, tidak perlu mengulang atau membayar sendiri yuran pengajian.

“Budaya seperti ini ibarat barah yang semakin menular dan perlu diberi perhatian serta tindakan serius supaya kualiti mahasiswa tidak dipersoalkan,” katanya turut mengakui kurang kefahaman mengenai cabaran dunia selepas pengajian membuatkan mereka mengambil mudah.

“Ada beranggapan, dengan segulung ijazah sudah boleh menjamin masa depan biarpun keputusannya tidak cemerlang.

“Mereka dikategorikan golongan tidak peka dan tertipu dengan tanggapan peluang pekerjaan sentiasa ada.

“Majikan juga mempunyai kuasa memilih dan tidak mudah terpengaruh dengan graduan yang hanya pandai berkata - kata, tetapi tidak mempunyai kualiti. Biarpun mungkin terpilih, namun jumlahnya boleh dihitung.

“Dengan keputusan itu, bagaimanakah mereka akan ‘menjualnya’ kepada pihak industri mahupun berdepan dengan ribuan lagi graduan yang sama-sama berjuang mencari pekerjaan? Adakah warga universiti terfikir kemungkinan ini atau masih terus diulit mimpi?” soalnya.


INFO

  • Mengikut statistik, kira-kira 4,800 pelajar gagal menamatkan pengajian atau diberhentikan dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) setiap tahun dan jumlah itu 1.5 peratus daripada jumlah kemasukan setiap tahun sejak 2005.

  • Secara umumnya, kegagalan pelajar menamatkan pengajian atau diberhentikan adalah kerana pencapaian akademik tidak memuaskan, gagal mendaftar kursus, menyambung pengajian di tempat lain, menipu kelayakan dan masalah disiplin.

  • Conclusionnyer:

    Apa pendapat korang??

    jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

    Tips for Falling in Love with Unknown Language Songs



    B2ST - Breath (contoh video).. korang leh karok skali..

    sometimes bile dgr lagu dari negara lain.. korang msti x faham maksud lagu tu sbb berbeza bahasa dan budaya.. kat sini, aku nak beri beberapa tip tok faham lagu tu walaupun x faham maksudnya.. tp korang boleh faham penyampaian lagu..

    1. MP3 - korang pilih lagu yg korang nak dgr.. kekadang korang suka dgn lagu tu sbb irama, tone or rap.. tp korang x phm maksud lagu tu..

    2. Music Video - korang download MV dye sbb MV tok stiap lagu akn buat pendengar lebih menghayati dan memahami lagu tu.. klo boleh, cr yg ade subtitle skali..

    3. Performance - klo boleh tgk penyanyi tu expresikan lagu tu dgn care dwang tersendiri.. kekadang dance tok lagu tu jugak menunjukkan meaning lagu tu skali..

    kat atas tu, 3 cara mcm mne korang leh jatuh cinta terus dgn lagu tu.. aku praktik care ni mase mula2 dlu dgn lagu haru haru nyanyian BigBang.. sedeyh woo lagu tu.. at first, muziknyer mcm gmbira jew tp sbnrnya lgunye sgt sedeyh.. leleh airmate aku..

    BigBang - Haru Haru

    jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

    Favourite Genre Songs


    My WinAmp List

    Semua orang ada lagu kegemaran masing-masing. Aku pun ada jugak. Kalau korang perasan dlm winamp list aku, smuanya lagu korea. Memang la lagu korea, tp genrenya tok lagu korea tu jenis ape. Sebenarnya aku mmg minat genre hip hop ataw rap dlm lagu. Klu artis melayu, aku mmg minat The Fabolous Cat, Adam AF, A To Z, Altimet, Shazzy, Ruffegdedan V.E.. aku mmg minat rap dan hiphop, smua lagu bergenre ni selalu catchy n bawak maksud yg dalam serta jelas. Klu x caya, cba korang dengar lagu Yasin - Alhamdullillah.. best x korang dengar??

    Klu lagu korea, aku mmg minat BigBang sbb rap dwang dlm stiap lagu berbeza tone. Terutama album terbaru dwang BigBang 4th Mini Album (2011) dan BigBang 4.5th Repackage Mini Album (2011). Semua lagu dlm album tu mmg best. Superb beb. Lagu Tonight, Café, What is Right, Somebody To Love, Baby Don’t Cry, Love Song n Stupid Liar mmg gempak. BigBang jugak ade kuar album GD & TOP yg bergenre hiphop dan rap tok album duo dwang, aku dh dgr lagu dwang. Mmg best siot terutama lagu Don’t Go Home, High High, Oh Yeah, Baby Good Night, and Knock Out.

    BigBang GD Crying on 2NE1 CL shoulder..

    aku bkn minat BigBang jew. Ada jugak rapper lain yang aku minat. Aku leh list rapper kegemaran aku. SuperJunior EunHyuk, Outsider, 2NE1 CL, Big Bang TOP, Big Bang G-Dragon, B2ST JunHyung, 2PM Nichkhun, Infinite Dong Woo, SechKies Eun Ji Won, MBLAQ CheonDeong, MBLAQ Mir n T-Ara EunJung. Tu list 12 rapper terbaik yg ade dlm otak aku skunk. Wlaupun BigBang TOP dikatekan The Best Rapper in Korea, tp bg aku Super Junior EunHyuk adelah The Best Rapper in My Heart.. hahaha..

    Conclusionnyer:

    Aku mnt gak lagu English.. ce dengar ce dengar Justin Timberlake ft T.I – Dead and Gone.. Genre HIPHOP n Rap mmg best siot.. hehehe..


    jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

    Apr 26, 2011

    Gambaran Hari Kiamat

    Firman Allah SWT: Hari kiamat.

    Sayid Qutub berkata: Ia disebut menunggal tanpa sebarang penerangan kerana kata-kata itu sendiri sudah cukup menyampaikan saranan yang mengerikan. Kemudian disusuli pertanyaan yang menggerunkan.

    Firman Allah SWT: Apakah hari kiamat itu? Tahukah kamu apakah hari kiamat itu?

    Al-Mawardi berkata: Apakah hari kiamat itu mempunyai dua maksud:

    nHari kiamat sendiri yang ditafsirkan selepas itu.

    nAzab yang menakutkan semua hati manusia.

    Dinamakannya qari'ah bagi setiap yang sukar dan pedih. Pengulangan qari'ah sebagai tanda membesarkannya.

    Firman Allah SWT: Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran.

    Berkenaan dengan perkataan firash sebagai perumpamaan mempunyai dua maksud:

    nSegala benda yang berterbangan seperti nyamuk dan lainnya termasuk juga belalang. Inilah pendapat al-Farra'.

    nBurung yang jatuh ke dalam api bukan semata-mata nyamuk dan juga lalat. Inilah pendapat Abu Ubaidah dan Qatadah.

    Firman Allah SWT: Dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihambur-hamburkan.

    Al-Sawi berkata: Allah SWT menyamakan manusia dengan keadaan gunung-ganang, dengan tujuan memberikan peringatan bahawa kegemparan dan kegoncangan yang berlaku yang meliputi semua makhluk termasuk gunung bagai bulu yang berterbangan tanpa haluan.

    Demikian juga keadaannya dengan manusia. Mereka menjadi bingung serta panik disebabkan keadaan itu dan kemudian, amalan mereka dihisab lalu amalan mereka diberikan balasan.

    Sayid Qutub berkata: Inilah pemandangan pertama bagi hari kiamat yang menggemparkan setiap pemandangan yang menggoncangkan hati dan menggigilkan segenap sendi.

    Setiap pendengar merasa segala sesuatu yang tercacak kukuh di bumi hancur lebur menjadi debu-debu yang berterbangan. Kemudian tibalah babak akhir seluruh manusia di hari itu.

    Firman Allah SWT: Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya. Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan. Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya. Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.

    Sayid Qutub berkata: Makna asalnya ibu. Ibu adalah tempat kanak-kanak mencari perlindungan sedangkan ibu tempat kembali bagi orang-orang yang ringan timbangan amalnya dan mencari perlindungan pada hari itu ialah neraka Hawiyah.

    Pengungkapan sangat indah dan memberi imbangan makna yang khusus. Ia merupakan kenyataan yang tidak jelas sebagai persediaan untuk diiringi dengan penjelasan yang menjadikan kesannya bertambah mendalam lagi.

    Firman Allah SWT: Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?

    Ia merupakan nama daripada nama-nama neraka. Dinamakan demikina kerana jauh dasarnya. Ada riwayat menyebut ahli neraka sampai ke bawah jatuh akan mengambil masa 70 tahun.

    Firman Allah SWT: (Iaitu) api yang sangat panas.

    Sayid Qutub berkata: Itulah ibu tempat kembalinya orang-orang yang ringan timbangan amalnya. Biasanya, pada ibulah terdapat keamanan dan ketenangan, tetapi malangnya orang ini mendapat neraka yang amat panas. Ini suatu ungkapan yang menimbulkan rasa terkejut yang membayangkan hakikat kejam.

    Penutup

    Sayid Qutub dalam Fi Zilal al-Quran berkata: Berat ringan timbangan amalan itu menyarankan adanya amalan-amalan yang bernilai dan dihargai Allah SWT. Dan adanya amalan yang tidak bernilai tidak dihargai Allah SWT.

    Inilah keseluruhan yang dapat difahami dari ungkapan ayat ini. Inilah yang dimaksudkan Allah dengan firman-Nya itu.

    Percubaan menceburkan diri dalam perdebatan aqliyah dan lafziyah mengenai maksud-maksud ungkapan ayat itu merupakan perbuatan biadap terhadap al-Quran, di samping usaha sia-sia didorong kekosongan hidup yang menghalangi seseorang memberi perhatian yang sebenar terhadap al-Quran dan Islam.

    Semoga kita menjadi golongan yang mendapat kurniaan Allah SWT, Amin.


    jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

    Apr 25, 2011

    Belasah dan tikam isteri kerana kejutkan untuk solat subuh

    dapat dr sini..

    AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh.

    Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

    Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.

    “Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat.

    “Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah selain menunaikan solat,” katanya.

    Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertindak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikam perut wanita itu.

    “Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan,” katanya.

    Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki berusia lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu.

    “Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala suaminya berdiri sambil memegang pisau.

    “Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan manakala mangsa dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain,” katanya.

    Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis.

    Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.

    Conclusionnyer:

    Sikap kemanusiaan manusia masa kini makin terhakis.. harap2 lelaki itu serah diri dan insaf.. Insyaallah..

    jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

    Azab Allah kerana menari di atas al-Quran di malam tahun baru

    dapat dari PENCACAI

    Salam,

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMSDOSDMyVWLYA_xlrzAQ9KdERNtevkwK3Y5Iij_mO5hIzsBAE_DkcvoIPAbzDMsMGI2zNRkCPdZftTRejFMYVv8EI2uAGlPfhfzo5EGhm9vDo45gWZpWl3wSsVEaRolTW6oOgFIcm0w/s1600/babedhdhra_lokasi_ditemukannya_reruntuhan_kota_sodom_dan_gomoroh_100815214446.jpg
    Gambar hiasan

    Kebiasaan penulis tunaikan solat Jumaat di sebuah dewan berhampiran rumah. Memandangkan anak-anak masih cuti sekolah, penulis ambil peluang bersolat di masjid yang agak jauh dengan rumah.

    Sampai di masjid, seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah di negara orang putih, guna bahasa Inggeris.

    Menjelang tahun baru 2011 , maka penceramah menyentuh isu tahun baru. Beliau memperingatkan jemaah solat Jumaat yang hadir supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah kerana menyambut tahun baru.

    Penceramah mengambil kisah Nabi Daud dan kisah azab Allah ke atas bani Israel yang melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu.

    Penulis tidak akan menceritakan kisah azab Allah ke atas bani Israel sebab ramai yang tahu kisah ini. Penulis akan ceritakan kembali kisah benar yang diceritakan oleh penceramah sebelum beliau menutup ceramahnya.

    Penceramah berkata, seorang komando tentera Turki beragama Islam memceritakan kepadanya satu peristiwa yang dialami pada tahun 1999 semasa malam menyambut tahun baru.
    Pada masa itu, mereka berada di suatu tempat untuk latihan ketenteraan. Pada malam berkenaan, seorang jeneral beragama Islam telah membawa penari perempuan untuk membuat persembahan kepada tentera yang membuat latihan sebagai hiburan menyambut tahun baru.

    Terdapat tentera Islam termasuk komando berkenaan tidak bersetuju dengan tindakan jeneral berkenaan dan memberi amaran tentang azab Allah. Komando berkenaan berkata kepada jeneral berkenaan lebih baik mati menentang Israel daripada mati ditimpa azab Allah kerana melakukan perkara maksiat.

    Jeneral berkenaan angkuh memandangkan beliau adalah ketua dan berkuasa. Beliau mempersendakan tentera Islam yang membantah malah lebih teruk lagi beliau telah mengambil al-Quran lalu meletakkannya ke lantai.

    Jeneral itu kemudiannya, menyuruh penari perempuan menari di atas al-Quran berkenaan. Semasa penari berkenaan memijak dan menari di atas al Quran, komando itu menyatakan terasa ketakutan yang amat sangat akan berlaku azab Allah di kalangan tentera yang membantah.

    Perasaan takut itu menyebabkan mereka melarikan diri dari tempat berkenaan. Semasa mereka melarikan diri terdengar satu letupan yang amat kuat dari tempat maksiat berkenaan.

    Apabila memandang ke tempat berkenaan , sungguh mengejutkan mereka tempat itu sudah tengelam ke bawah dan membentuk kawasan seperti kolam. Seramai 37 orang telah lenyap tengelam sekelip mata.

    Tidak lama selepas kejadian , pasukan tentera penyelam telah datang untuk mengambil mayat di dalam kolam berkenaan.

    Amat mengejutkan lagi, apabila pasukan penyelam berkenaan menceritakan semasa mereka menyelam ke dalam kolam berkenaan. Kesemua mayat berkenaan sudah bertukar wajah menjadi wajah monyet dan babi.

    Inilah yang kisah benar yang diceritakan penceramah berkenaan. Cumanya, beliau tidak memberitahu di manakah tempat berkenaan.

    Anggaplah kisah benar ini sebagai peringatan kepada kita umat Islam supaya tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

    jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

    Apr 24, 2011

    Statement BH ttg KPOP.. Bangang gler..


    Statement dr DR BEBAL..

    Td aku bukak Facebook.. aku jumpalah satu statement dr Malaysian KPOP.. Dr Hussin Habil dari UM mengatakan

    kebanyakan remaja tergila-gilakan artis Korea dan ini menimbulkan kebimbangan masyarakat, tambahan artis Korea sinonim dengan kes bunuh diri”..

    Apa kew bangangnyer statement tu.. mana ko dapat analisis tu.. tok pengetahuan ko, 7 dari 100000 rakyat Malaysia bunuh diri akibat tekanan hidup.. pada asalnya, hanya kaum India jew yg kerap bunuh diri namun sekarang x kire bangsa mahupun agame pun bunuh diri.. salah 1 faktor adalah kurangnyer didikan agame dikalangan anak2 melayu mase kini.. salah didikan ibubapa juga factor.. mak ayah terlalu bz smpai anak terabai..

    Kes bunuh diri plg banyak berlaku pada linkungan 15 hingga 44 tahun.. pada linkungan remaja (15-25), kes bunuh diri sering berlaku akibat belajar secara extreme dan putus cinta.. pada linkungan dewasa, bunuh diri berlaku akibat drpd tekanan hidup seperti family dan pekerjaan.. xde lak aku dgr org bunuh diri sbb KPOP.. bodoh punyer org..

    ni statement aku kat MALAYSIAN KPOP..

    Org Korea banyak bunuh diri sbb mostly agama org Korea adalah atheis, buddha dan christian.. lg 1, Negara dwang x terapkan sgt konsep beragama dlm family.. depend pd anak tu nak pilih agama ape.. tu sbb banyak kes bunuh diri kat Korea.. aku dah wat research pasal byk Negara Asia, so jgn nak temberang aku psl Korea.. India, Japan n China pun aku leh gtaw.. asal usul melayu pun aku taw.. Ngongoi tol..

    Kat sini ada beberapa link yg korang leh bace dgn lebih lanjut pasal bunuh diri kat Korea, Malaysia dan dunia SEKALI taw.. DUNIA, MALAYSIA, KOREA: Religion, Culture, Commit Suicide

    Conclusionnyer:

    Aku mmg bengang gler dgn statement yg DR hancuss ni bg.. dlu mase sinetron dr indon dtg, xde lak ko nak ckp pape.. pstu musim mexico n Philippine pun, xde lak nak wat berita.. yg hndustan tu, dr dlu smpai skunk kat Malaysia, makin dipuji lak.. siap ad adegan bunuh diri lg dlm citer hndustan.. xde pape statement pun.. tba2 bile Korea masuk, suka2 hati wat statement bangang bin bahalol.. belajar tinggi2 tp bengap mnjd2 lak.. hish, sabor jew la..


    jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(: