Dec 28, 2011

The Genius K-Pop Idol

Ramai orang ingat kalau jadi artis, mesti tak pandai.. Tak semestinya.. Kekadang kita menutup kelebihan kita dengan kelebihan yang lain.. Berbalik pada entry diatas, actually aku dah lama tahu pasal Kpop idol yang genius.. Tapi yang kita nampak kat diorang hanya ke"bangang"an dan ke"bengong"an mereka semata-mata.. Itu semua disebabkan variety show mereka.. Kekadang aku terfikir, mereka ada kepintaran dan kecerdikan yang diiktiraf tapi mengapa mereka nak jadi artis jugak?? Itu semua kerana minat mereka terhadap industri seni mereka.. Kat sini aku ada listkan pasal GENIUS KPOP IDOL..
Super Junior KyuHyun (The Evil Maknae)- Pemenang Emas Mathematics Olympiad for Genius
Super Junior HeeChul (The Devil)
Super Junior Kibum (The Quiet Person) - IQ 138
Lee ChunHee (ChunDerella) - IQ 148
 Big Bang G-Dragon (Tom&Jerry with V.I) - The Genius Musician
 2NE1 CL
 2PM TaekYeon (The Beast Idol)
 Jung SungHa - The Genius Guitarist
 Lee Seung Gi
DBSK YunHo - IQ 142
 Ji Sung - IQ 140


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Filem Best dari Shah Rukh Khan: Ra.One (2011)

Assalamualaikum.. Kali ini entry aku pasal filem.. Filem korea hindustan.. Ra.One.. Dibintangi oleh Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor (kakak aku), Arjun Rampal (abang aku), Armaan Verma dan Tom Wu.. 
Sinopsis
Filem mengisahkan kehidupan sebuah keluarga game creator yang terdiri dari Shekhar (SRK), Sonia (Kareena) dan Prateek (Armaan).. Shekhar merupakan seorang bapa yang amat mempercayai kebaikan dan merupakan pencipta game berteknologi terbaru untuk Barron Industries.. Namun, dia mempunyai seorang anak yang bijak tetapi amat meminati games yang mempunyai orang jahat yang hebat.. Demi memenuhi kehendak anaknya sebagai hadiah hari jadi, Shekhar mencipta games lasak yang baru bersama rakannya iaitu Jenny dan Agashi (Tom) dimana mempunyai segala kriteria yang anaknya ingini iaitu Ra.One.. Ra.One singkatan untuk Raavan One dimana dalam tamadun India terdapat dewa jahat yang bernama Dewa Raavan (dewa banyak muka).. Manakala G.One bermaksud Good One iaitu hero game ni..
Pada hari dilancarkan games tersebut, anaknya dibenarkan bermain dengan games tersebut dan berhenti sampai ke level 2 (games ni ada 3 level jew) dengan menggunakan nama LUCIFER dan Ra.One berasa bengang diatas ketidakpedulian Lucifer terhadap dirinya.. Lalu, Ra.One memunculkan dirinya ke dunia realiti untuk mencari Lucifer dan membunuh Agashi dan Shekhar di dunia realiti..
Selepas kematian Shekhar dan Agashi, Prateek mencari punca kematian ayahnya dan mendapat tahu pembunuhnya ialah Ra.One melalui kesan pembunuhan.. Prateek berjumpa Jenny di pejabat ayahnya dan menghidupkan G.One(SRK) untuk dibawa kedunia realiti.. 
Penceritaan aku agak pening kan.. Senang cerita KLIK SINI untuk sinopsisnya.. Kalau aku cerita, aku dengan korang pun tak faham.. Berbelit-belit.. Apapun cerita ni memang DAEBAK.. Love SRK and Kareena Kapoor forever.. Lagi satu, Akon turut menyumbangkan suara aka menyanyi untuk filem ini iaitu lagu Criminal dan Chammak Challo.. Memang best.. My Arjun Rampal sangat kacak bawak watak jahat dalam cerita ini.. hihihihi.. Selamat menonton..
 Enjoy the teaser of Ra.One (2011):



jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Dec 17, 2011

Kpop in My Presentation..

Ni gambar Nichkhun tok example aku.. hihihi
Lately ni, aku busy dengan presentation dan assignment yang dibuat.. So, no update entry kat blog aku.. Lagipun aku tak dapat pun nak update entry baru sebab line internet kat UniMAP sangat lambat and lembab.. hihihi.. That's ok.. Blogging bukannya perkara utama dalam hidup aku.. Just perkongsian cerita..
Ok.. Entry aku bertajuk "Kpop in My Presentation".. Aku nak story sikit tentang presentation aku ni.. Ada 2 presentation yang dimasukkan unsur-unsur Kpop ni.. Mesti pening lecturer aku dapat student macam aku ni.. Subjek yang terkena ni ialah Entrepreneurial Marketing..
Kisah pertama: Tanggal 8 Disember 2011 bersamaan hari Khamis..
Actually aku kena present 1 slide jew tapi aku rasa sikit sangat.. Then, aku cari la apa-apa picture untuk dijadikan example dalam presentation aku.. Part yang aku kena present ialah "Visionary in Marketing".. Pastu aku terjumpa gambar Nichkhun sambil memegang bola FIFA dalam memperkenalkan MiniCoke.. Dan dengan senang hatinya aku meletakkan gambar Nichkhun sebagai example aku.. Then, dengan senang hati juga aku memperkenal cara CocaCola memperkenalkan MiniCoke dengan menggunakan Kpop fenomena dan FIFA 2010 kepada pelanggannya.. Amacam hebat tak expalanation aku?? Hahaha.. Giler sengal.. Sekurang-kurangnya Kpop influence ni dah dapat menyelamatkan aku daripada tak bercakap apa-apa waktu presentation..
Gambar ni dalam banner aku.. Hahaha
Kisah kedua: Tanggal 15 Disember 2011 bersamaan hari Khamis..
Group kitorang buat presentation mengenai strategy dan approach yang digunakan untuk memasarkan produk kitorang.. Kitorang guna banner, direct selling, flyers, dan booth untuk pasarkan produk kami dalam presentation.. Yang peliknya, banner kitorang ada gambar SHINee Jonghyun.. Aku dah garu kepala kat situ.. Sebab yang pesan banner tu bukannya aku.. Tapi kawan aku yang tak minat KPop langsung.. Dalam otak aku dak keluarkan satu statement "Mesti lecturer and classmate aku kata tak habis-habis dengan KPop".. Aduyai.. Tapi gambar Jonghyun tu gambar JongHyun mulut ternganga.. hahahaha.. Tak kisahla, bukannya diorang kenal dengan artis KPop pun.. Peminat Kpop je yang kenal.. So, that's ok.. Yang penting, presentation telah selamat dilaksanakan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang..
p/s: aku tak dapat nak tunjukkan banner kitorang yang ada gambar Jonghyun tu sebab handphone aku bukanlah kategori smart phone.. Handphone aku kategori kamera 1.3megapixel+no bluetooth+no infrared+no usb+no mp3+radio.. Hihihihi.. memang jenis lama pun.. hanya mampu tunjuk gambar yang digoogle kat internet jew.. hihihi

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Dec 9, 2011

Kalau Tak Suka, Jangan Menghina

Credited: K-Hottest.. Suka suki gambaq ni walaupun tak da kena mengena dengan entry aku..
Wow.. Sekarang ini, kecoh pasal Kpoppers kat Malaysia.. Hampir semua blog yang aku sergah, mesti ada entry Kpop.. Hihihi.. And yang paling teruk sekali kalau ada blog yang kutuk Kpop, teruk owner blog tu kena hentam dengan Kpoppers yang tak matured.. Biaq pi la dengan hangpa semua.. Ada aku kisah?? (ayat kurang diajaq)

Berbalik pada entry asal aku?? KALAU TAK SUKA, JANGAN NAK MENGHINA.. Benda ni berlaku kat sekeliling aku.. Terlalu ramai suka menghina sesuatu bila tak suka akan sesuatu.. Nasihat aku kat sini, kalau x suka jangan nak menghina.. Tapi nasihat elok-elok.. Elakkan kemarahan orang tu dengan kata yang elok.. Kalau orang tu tak nak terima nasihat, diam dan doa sahaja.. Tak payah la nak perli-perli dan bagi bad response melalui pergerakan badan..

Aku bagi beberapa contoh yang aku tengok dan lihat selama ni:
Situasi 1 
Engkau ada seorang kawan perempuan yang berbadan besar.. Kawan perempuan yang besar tu dalam proses diet, then ko kutuk-kutuk dia.. Ko kata kat kawan ko "Buat apa diet-diet, dah gemuk.. gemuk jugak".. After 1 year, perempuan gemuk tu dah susut 20kg and dah kurus.. Malah dalam masa setahun tu jugak, ko kutuk-kutuk usaha dia.. Dan ko suruh pulak awek ko kuruskan badan..
Penyataan aku kat sini ialah hina sangatkah kalau berbadan gemuk.. Apa masalahnya kalau orang gemuk nak berdiet?? Sekurang-kurangnya orang gemuk tu sedar yang dia perlu diet dan kita sepatutnya SUPPORT usaha dia.. Bukannya menghina.. Endingnya ko dapat awek gemuk and ko suruh lak awek ko diet.. Itu lah aku cakap, jangan menghina kalau tak suka.. 
Situasi 2
Engkau ada seorang kawan yang mempunyai ciri-ciri yang kurang disukai oleh ko.. Ko je yang tak suka, yang lain ok je.. Then, ko kutuk dia kaw-kaw tanpa pengetahuan kawan tersebut padahal ko tak pernah bertegur-sapa pun kawan ko tu.. Bila kawan yang ko tak suka tu lalu, ko buat perangai sadis sampai dia terasa hati walhal dia tak tahu pun kenapa ko tak suka dia.. Then, bila kawan yang ngam dengan ko berkawan dan berbual dengan kawan yang ko tak suka.. Ko ejek pulak kawan ko tu..
Penyataan aku kat sini ialah tak perlulah nak kutuk-kutuk orang yang ko tak rapat.. Tak pasal-pasal dia dapat pahala percuma je and ko dapat benda lain.. Paling sadis, ko kutuk dia belakang-belakang and ko ejek pulak kawan ko yang rapat dengan kawan yang ko tak suka.. Kalau tak suka jangan nak menghina, DIAM lebih baik.. Takut nanti ko pulak yang dapat suami/isteri yang ada ciri-ciri kawan yang ko tak suka.. What you give is what you get..
Situasi 3 
Engkau ada seorang kawan baik.. Kawan baik tegur ko sebab dia rasa ko buat perkara salah.. Then, ko tak puas hati dengan teguran kawan ko.. Ko cakap dengan kawan ko "Ala, dulu pun ko dua kali lima jew.. Nak tegur orang lain tapi diri sendiri pun tak betul".. After that, ko jeling pulak kawan ko and tak tegur beberapa hari.. Paling sadis sekali, ko beritahu pula kengkawan ko yang lain pasal teguran kawan ko,, And kengkawan ko yang pun kutuk kawan ko yang menasihati tu..
Penyataan aku kat sini ialah nasihat tu amalan mulia.. Kawan ko tegur sebab dia rasa ko buat perkara salah.. Maybe kawan ko tu sememang tak baik and dia pernah lakukan perkara yang sama dulu.. Tu sebab dia tegur ko sebab dia tak nak ko ikut jejak dia and dalam masa yang sama, dia MENASIHATI DIRI dia sendiri supaya tak ulang perkara yang sama.. Tak payah la ko nak kutuk dia segala macam sebab dia berniat baik.. Kalau ko tak suka dengan teguran, better diam and tak payahlah nak kutuk dia depan kengkawan yang lain.. Tak pasal-pasal ko dah aibkan dia.. 

Kat atas ni, just beberapa kejadian yang sering berlaku kat sekeliling kita.. Benda ni berlaku tak kira jantina, bangsa, agama, kaum dan lain-lain.. Kiranya kalau dah namanya manusia, manusia juga. Cuma aku nak ingatkan, KALAU TAK SUKA JANGAN NAK MENGHINA TAPI NASIHAT, DIAM, DAN DOA ADALAH LEBIH BAIK.. Sebab selalunya orang yang suka menghina ini akan dapat balik penghinaan dia tu.. 


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

Dec 6, 2011

My Korean Favourite Member..

Dalam bebanyak artis korea yang berlambak-lambak kat K-POP industry, aku tetap suka SUPERJUNIOR. Maybe aku suka SuJu sebab diorang artis korea pertama yang aku kenal atau aku memang dah jatuh hati dengan diorang. Muncullah berapa banyak artis korea yang good-looking, 6pax body, or so on tapi aku tetap berminat dengan SuperJunior.. Bandingkanlah berapa banyak pun artis korea seperti 2PM yang digelar Perfect group tapi aku tetap suka SuperJunior yang tak perfect ni.. Sebab apa aku kata SuperJunior ni tak perfect?? Sebabnya ahli SJ bukan semuanya hensem or 6pax body or great voice or pandai menari.. Tapi yang menjadikan group ni sempurna kat mata aku ialah diorang menjadi diri diorang sendiri dalam industri muzik korea.. Lagipun group diorang ni semuanya ada seperti pelakon, penyanyi, pelakon muzikal, penyanyi muzikal, DJ, penari, rapper, pengacara, pelawak, komposer, penulis lirik, tukang masak, dan lelain lagi..

Actually aku teramat suka EunHyuk@Lee Hyuk Jae dalam group SJ.. Aku terlalu suka tengok muka dia.. Terutama waktu dia gelak dan senyum, nampak gusi dia.. Senyuman dia digelar Gummy Smile.. Walaupun dia merupakan lelaki yang x hensem langsung tapi aku tetap suka Eunhyuk.. Gelaran dia kat Korea ialah dancing king (dia hanya ada seorang pesaing jew iaitu DBSK YunHo), monkey (sebab suka wat perkara gila), anchovy (tak tahu kenapa dapat gelaran ni) dan lain-lain.. Eunhyuk mempunyai bakat dalam banyak perkara dan dia juga seorang rapper (antara yang terbaik tu), penulis lirik (rap sahaja), pengacara, DJ radio, pelawak, dan pelakon muzikal.

Kat bawah ni aku selitkan 36keping gambar EunHyuk yang aku suka sangat... Love his smile soo much..
1. MY MONKEY @ ANCHOVY EUNHYUK / LEE HYUK JAE
2. Fat Shindong, cooker ryeowook & monkey eunhyuk
3. fat shindong, cooker ryeowook & monkey eunhyuk
4. EunHae couple - Fishy Donghae & Monkey Eunhyuk
5
6. Pumpkin sungmin & monkey eunhyuk
7
8. Kiss The Radio DJ Eunhyuk
9
10. Monkey Eunhyuk & Weird Yesung
11. Fat Shindong & Monkey eunhyuk
12
13
14
15. My lovely INFINITE members + DJ Monkey Eunhyuk + DJ Angel LeeTeuk
16. INFINITE members, monkey eunhyuk & angel leeteuk
17. EunHae couple - monkey eunhyuk & fishy donghae
18
19
20
21. Teukigayo Strong Heart & Kim Jang Hoon
22
23
24. Fishy Donghae and Monkey Eunhyuk
25
26. My Monkey Eunhyuk & Horse Siwon
27
28. Pumpkin Sungmin & My monkey eunhyuk
29. Fat Shindong, devil heechul, monkey eunhyuk, angel leeteuk
30
31
32
33
34. Strong Heart Teukigayo
35. Strong Heart Teukigayo
36
37. Pumpkin sungmin & monkey eunhyuk


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(: