Dec 17, 2011

Kpop in My Presentation..

Ni gambar Nichkhun tok example aku.. hihihi
Lately ni, aku busy dengan presentation dan assignment yang dibuat.. So, no update entry kat blog aku.. Lagipun aku tak dapat pun nak update entry baru sebab line internet kat UniMAP sangat lambat and lembab.. hihihi.. That's ok.. Blogging bukannya perkara utama dalam hidup aku.. Just perkongsian cerita..
Ok.. Entry aku bertajuk "Kpop in My Presentation".. Aku nak story sikit tentang presentation aku ni.. Ada 2 presentation yang dimasukkan unsur-unsur Kpop ni.. Mesti pening lecturer aku dapat student macam aku ni.. Subjek yang terkena ni ialah Entrepreneurial Marketing..
Kisah pertama: Tanggal 8 Disember 2011 bersamaan hari Khamis..
Actually aku kena present 1 slide jew tapi aku rasa sikit sangat.. Then, aku cari la apa-apa picture untuk dijadikan example dalam presentation aku.. Part yang aku kena present ialah "Visionary in Marketing".. Pastu aku terjumpa gambar Nichkhun sambil memegang bola FIFA dalam memperkenalkan MiniCoke.. Dan dengan senang hatinya aku meletakkan gambar Nichkhun sebagai example aku.. Then, dengan senang hati juga aku memperkenal cara CocaCola memperkenalkan MiniCoke dengan menggunakan Kpop fenomena dan FIFA 2010 kepada pelanggannya.. Amacam hebat tak expalanation aku?? Hahaha.. Giler sengal.. Sekurang-kurangnya Kpop influence ni dah dapat menyelamatkan aku daripada tak bercakap apa-apa waktu presentation..
Gambar ni dalam banner aku.. Hahaha
Kisah kedua: Tanggal 15 Disember 2011 bersamaan hari Khamis..
Group kitorang buat presentation mengenai strategy dan approach yang digunakan untuk memasarkan produk kitorang.. Kitorang guna banner, direct selling, flyers, dan booth untuk pasarkan produk kami dalam presentation.. Yang peliknya, banner kitorang ada gambar SHINee Jonghyun.. Aku dah garu kepala kat situ.. Sebab yang pesan banner tu bukannya aku.. Tapi kawan aku yang tak minat KPop langsung.. Dalam otak aku dak keluarkan satu statement "Mesti lecturer and classmate aku kata tak habis-habis dengan KPop".. Aduyai.. Tapi gambar Jonghyun tu gambar JongHyun mulut ternganga.. hahahaha.. Tak kisahla, bukannya diorang kenal dengan artis KPop pun.. Peminat Kpop je yang kenal.. So, that's ok.. Yang penting, presentation telah selamat dilaksanakan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang..
p/s: aku tak dapat nak tunjukkan banner kitorang yang ada gambar Jonghyun tu sebab handphone aku bukanlah kategori smart phone.. Handphone aku kategori kamera 1.3megapixel+no bluetooth+no infrared+no usb+no mp3+radio.. Hihihihi.. memang jenis lama pun.. hanya mampu tunjuk gambar yang digoogle kat internet jew.. hihihi

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

No comments :