Nov 28, 2011

Malaysia vs Indonesia

Baru-baru ni bola sepak diantara Malaysia dan Indonesia telah berlangsung.. Malaysia menang (yeah!!! aku x tengok pun game hari tu).. Aku buka wall FB aku, then aku terjumpa beberapa page mengutuk dan menghina Malaysia secara melulu.. Aku berasa sangat marah dengan tindakan mereka yang kurang bertamadun itu.. tak kiralah rakyat Malaysia mahupun rakyat Indonesia.. Gelaran-gelaran tersebut sungguh tidak menggambarkan akhlak mereka yang baik.. terasa bengang dihati.. klik sini, sini dan sini ..
Contoh comment rakyat Indonesia terhadap Malaysia
Contoh comment rakyat Malaysia terhadap Indonesia
Actually aku rasa sangat bengang dengan mereka-mereka ni.. Kenapa perlu mengutuk antara 1 sama lain.. Kita kan berjiran.. Then, hanya kalah bola dah boleh bergaduh.. Aku bukan nak salahkan rakyat Indonesia tapi mereka harus fikir tentang kesan akibat perbuatan menghina negara jiran.. Rakyat Malaysia pun janganlah nak menghina mereka balik.. Yang Malaysia digelar MALINGSIAL, yang Indonesia digelar INDOGNESIAL..

Pendapat aku tentang comment rakyat Malaysia:
Kepada rakyat Malaysia, tak perlulah korang nak mengungkit segala pemberian negara kita kat mereka.. Sebabnya, mereka memang tahu yang kita banyak menolong mereka.. Lagipun, yang korang gelarkan mereka "INDOGNESIAL", "TAK SEDAR DIRI" dan segala macam, pehal?? Korang nak jadi macam mereka juga ke.. Memang la mereka kutuk negara kita.. Dan seharusnya kita memang patut marah.. Tapi lawan mereka ni dengan fakta yang sebenar dan sejarah yang betul.. Apa gunanya korang belajar sejarah segala macam kat sekolah kalau tak praktikkan kat sini.. Aku bangga dengan sebahagian rakyat Malaysia yang bertungkus-lumus melawan mereka dengan penuh sifat patriotik iaitu melawan dengan cara baik dan fakta.. Tapi sesetengah dari kita menghina mereka balik, memang aku rasa malu sebab kita sudah dididik sejak kecil dengan ilmu agama (bagi yang beragama Islam) dan ilmu moral dan sivik (non-muslim).. Kita sememangnya dihina oleh mereka dan mereka sangat membenci kita kerana kebebasan media disana.. media kat sana tak da tapis pun.. Tu sebab, mereka tak tahu hal sebenar dan semborono menuduh kita segala macam..
 Pendapat aku tentang comment rakyat Indonesia
Kepada rakyat Indonesia, jujur aku cakap yang aku memang tak puas hati dengan korang.. Tetapi korang kena fikir yang perasaan kami kat Malaysia.. Cuba anda fikirkan jikalau negara anda dihina dan dikutuk sedemikian oleh negara lain?? Mesti korang semua bengang.. Korang menuduh kami maling, malayf*** dan segala macam.. Kami sangat marah tapi kebanyakan dari kami meminta kamu semua berdamai.. Tapi kamu semua still panggil kami maling.. Kamu kata kami MALING untuk budaya, makanan, tarian, pulau dan segala macam la.. Kamu orang tak pernah tahu ke pasal sejarah Nusantara.. Kebanyakan orang Malaysia tahu pasal sejarah tersebut.. Lagi satu, kamu kata kami suka mencuri pulau kamu terutama Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pulau Ambalat.. Itukan semua urusan kerajaan.. Yang korang nak masuk campur, kenapa?? Biarlah kerajaan Malaysia-Indonesia uruskan.. Kitorang yang terlepas Pulau Batu Putih kat Singapore, tak de pulak kami bergaduh dan menghina dengan rakyat Singapore.. Then, kenapa korang tak serang Australia sebab mengambil Pulau Krismas dari korang?? Bukankah Pulau Krismas lebih dekat dan berada dalam Lautan Kalimantan?? Adakah sebab bahasa kita lebih kurang sama menyebabkan korang menyerang kami secara melulu?? Aku meminta kamu semua iaitu rakyat Indonesia mengkaji sejarah Nusantara terlebih dahulu sebelum mengatakan sesuatu kepada kami iaitu rakyat Malaysia sebab kalian telah melukai saudara kalian..
 Pendapat aku kepada admin yang buka page benci-membenci ni
Anda memang hebat kerana telah mencetuskan perang saudara dikalangan rakyat Indonesia dan Malaysia.. Syabas saya ucapkan.. Usahakan lagi semangat anda dalam menambah perasaan benci rakyat terhadap kedua-dua negara.. Semoga anda mendapat sahamnya di akhirat kelak.. Amin..
Actually aku ada kira mengenai peratusan rakyat Indonesia (aku assume yang like page ni semua rakyat Indonesia) yang join page KAMI ANTI MALAYSIA
844 116 rakyat / 241 juta rakyat Indonesia = 0.35%
Peratusan rakyat Malaysia (assume semua yang like adalah rakyat Malaysia) yang join page KAMI ANTI INDONESIA
6426 rakyat / 28.3 juta rakyat Malaysia = 0.023%
Korang nampak tak peratusan yang aku buat kat atas.. Peratusan rakyat Indonesia yang membenci Malaysia lebih banyak dari peratusan rakyat Malaysia membenci Indonesia..  Dalam perbezaan peratusan sebanyak 0.327% ini menunjukkan bahawa rakyat Indonesia lebih ramai membenci negara Malaysia.. Bilangan rakyat tak menjadi masalah sebab aku kira ikut peratusan dan populasi negara.. So, benda ni memang fair..

Comment-comment aku page kat page mereka (sebahagian jew):
 Lelaki ni still mengutuk Malaysia walaupun ramai rakyat Malaysia dah menerangkan mengenai hubungan Malaysia-Indonesia.. Bukan aku sorang je taw.. Memang tak paham bahasa betullah mamat ni.. Sekarang ni aku dah give up dengan mereka.. Biarlah mereka, nak gaduh sangat.. Indonesia asyik nak menang jew, amik la semuanya.. Kononnya semuanya hak kamu.. Kata kami tak habis-habis klaim segalanya hak kamu dari batik, songket, rendang, pulau, makanan, dan segala macam.. Kebanyakan rakyat Malaysia yang mengalah kena ingat "MENGALAH TAK SEMESTINYA KALAH, MENANG TAK SEMESTINYA MENANG".. Better kita merendah diri sebab orang lain akan judge mana yang betul sebenarnya..

p/s : sudah x de mood lagi..Anyway, hadiah gambar tok kedua-dua negara.. comel comel..
This cute picture credited to: Bie Ezzety

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

5 comments :

ezzu said...

yahniah utk malaysia krn meng lawan indon masa sukan sea hari tu...tp sedih plak sebab kalah masa lawan dgn syria n bahrain..:(

bighagenjo said...

orang yg tak bertamadun je layan semua ni.. daripada nak sakit2 hati, lebih baik kita masing2 perbaiki diri sendiri masing2.. diorang nak puas dengan menghina, biar kita puas sebab kita maju dalam diri dunia dan akhirat,, insyallah..

lagipun, apa yg diorang buat tu,, tak bagi apa2 efek pon, kecuali pada mereka2 yg tak bertamadun..

Cik Nurul said...

biarkan sahaja mereka.. malas nak layan dah.. terlalu beremosi terhadap perkara yang tak perlu mereka masuk campur..

Azzah said...

setuju dengan kartun tu..bola je pun

Aesya Zealous said...

menang kene kutuk. kalah lagi la kena kutuk. baiklaa dikutuk sbb menang kan?? hahhaha..