Aug 14, 2014

BERKAWAN DAN BERSAHABAT KERANA ALLAH SWT

Assalamualaikum
Berkawan dan bersahabat kerana Allah SWT adalah tajuk aku kali ini. 
Konsep aku berkawan sangat mudah. Aku berkawan kerana Allah SWT. Aku berkawan seikhlas hati. Aku sayang kawan-kawan aku kerana Allah SWT. Aku suka mereka juga kerana Allah SWT. Aku menerima kawan aku seadanya . Aku menerima baik buruk kawan aku seadanya kerana aku percaya tiada manusia yang sempurna kat dunia ini. 
Disebalik konsep aku berkawan selama ini, aku dikelilingi oleh orang-orang yang baik akidahnya, manis pemakaiannya, dan sopan tutur kata (xda lah sopan sangat, still ada mencarut lagi). Baik lelaki mahupun perempuan. Kawan perempuan aku ramai tapi mereka bukannya alim ulama, mereka biasa-biasa sahaja. Ada yang seksi, freehair, tudung labuh, tudung pendek, pemalu, banyak cakap dan macam-macam lagi. Kawan lelaki aku tak ramai tapi rapat kerana mereka sangat gila dan sangat memahami. Aku sayang kawan-kawan aku.
Aku ingin mengekalkan kejujuran dan keikhlasan aku dalam berkawan bila memasuki alam pekerjaan . Lagipun, I'm a really a straight person. No bengkang-bengkok. Namun, kawan di alam pekerjaan is really different with kawan di zaman belajar. Mereka akan pergunakan kejujuran kita untuk kepentingan mereka sendiri. Itu yang menyebabkan aku sangat berhati-hati dalam berkawan. 
Niat aku cuma satu dalam berkawan. Bila aku berkawan, aku berkawan kerana Yang Esa. Walaupun dalam pekerjaan, tak kiralah tua or muda, semuanya aku jadikan mereka kawan. Jika ada kawan-kawan aku berkawan dengan aku diatas sebab-sebab tertentu yang bukan datang dari keikhlasan diorang. Hubungan persahabatan akan renggang dengan sendirinya tanpa sebarang sengketa dengan izin-NYA. Dan jika mereka berkawan dengan aku secara ikhlas, hubungan persahabatan akan rapat dengan izin-NYA.
Lumrah berkawan, kawan datang dan pergi. Tak semestinya sama dari zaman sekolah. Macam aku zaman sekolah, kawan rapat orang lain. Zaman matrikulasi, kawan rapat orang lain. Zaman universiti, dah tentu lain orangnya. Bagi aku, personaliti kawan-kawan akan berubah mengikut persekitaran mereka dari tahun ke tahun. Bergantung kepada banyak perspektif seperti education, family background, jenis kawan yang mereka berkawan dan sebagainya. Kita akan jumpa mereka semula dalam personaliti yang berbeza. Apa yang perlu dibuat ialah accept as they are. They are still a friend for me.
I has a lot of friend from my student life, but I has no friend from my working life yet. I'm really love all my close friend because of Allah SWT. Friends, you're the great things for me forever. Hope our friendship will last forever.
Sekian sahaja entri kali ini.  

p/s: berhati-hati dalam memilih kawan. Dalam berkawan, terdapat 2 pilihan yakni sama ada kita pengaruhi kawan atau kawan akan pengaruhi kita. Kalau kawan kita baik, maka baiklah kita. Kalau sebaliknya, wallahuallam. JUST LOVE OUR FRIEND BECAUSE OF ALLAH SWT.

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

No comments :