May 10, 2013

REVIEW: PSY-GENTLEMAN (APA YANG DISAMPAIKAN OLEH PSY)


Aku baru review music video dan beberapa pandangan dari pelbagai pihak untuk Psy – Gentleman beberapa hari lalu.. Secara keseluruhannya, aku x minat dengan lagu tu berserta music video.. Aku akan beri penerangan terperinci mengenai pandangan aku..

LAGU:
Masa aku dengar lagu ini, “Mother f**ker gentleman” yang kedengaran kat radio.. Mungkin telinga aku kurang pendengaran or aku tersalah dengar sebutan tu.. Aku re-listen lagu GENTLEMAN tapi still mendengar lirik yang sama.. Bila aku baca lirik GENTLEMAN, actually its “Mother father gentleman”..

MUSIC VIDEO:
Ada beberapa part yang aku suka dan tak suka dalam music video ini.. Secara totalnya, ia menghina kaum wanita secara keseluruhannya.. Psy sangat bijak dalam menghasilkan music video dimana ia menggunakan pelawak-pelawak terbaik dari variety show iaitu Infinity Challenge spt Haha, Yoo JaeSuk, No HongChul, Park MyungSoo dan lain2.. Selain tu, ia juga menggunakan Son GaIn dari Brown Eyed Girls sebagai model dan penyanyi wanita.. Lagipun tarian yang digunakan dalam music video ini dari lagu Abracadabra nyanyian Brown Eyed Girls.. Part yang aku suka adalah shuffle dari Haha dan Yoo JaeSuk dalam lif jew.. huhu
  • Part yang tak senonoh dan penghinaan dimana Psy meletakkan tangan dipunggung dan kentut dan tangan tu diberi kepada wanita di library. 
  • Part kedua yang tak senonoh ialah Psy mengurut belakang badan perempuan and tarik tali bra wanita tersebut. 
  • Part ketiga yang tak senonoh ialah tarian di kolam renang dengan perempuan berbikini berada diatas lelaki yang terbaring. 
  • Part keempat yang tak senonoh ialah Psy menarik kerusi dengan tujuan untuk melihat wanita tersebut jatuh terduduk dan gelakkannya..
  •  Part kelima yang tak senonoh ialah Psy meraba badan Gain di party di sebuah gerai makan.. 
  • Part keenam ialah seorang wanita menari seksi dicafe dimana terdapat lelaki tua dihadapan.. 
  • Part ketujuh ialah ketika Yoo JaeSuk nak terkucil di lif and Psy masuk kemudian menekan semua butang dan menari tarian tak senonoh..

PANDANGAN HOLLYWOOD DAN SOUTH KOREA:-
Based on beberapa artikel rambang yang aku baca, Hollywood mengatakan bahawa “Psy is a genius musician and outstanding singer. Psy often to think out of box when comes to music video.” Apa yang geniusnya?? Semata-mata nak tarik perhatian Hollywood, music video yang macam ni terhasil dari PSY.. Media Korea pula mengatakan “Psy is an energetic singer when he is on stage. He really know what to don and not to do in his masterpiece”.. Yang itu aku setuju, Psy memang energetic singer berbanding dengan artis lain.. Tapi beberapa media dari Korea seperti KBS telah mengharamkan penyiaran music video tersebut kerana ia boleh mempengaruhi remaja dan kanak-kanak. Tindakan yang bijak dari KBS..

MAKSUD TERSIRAT GENTLEMAN:-
Ramai yang betul-betul tak tahu pasal maksud lagu ini.. Baca lirik lagu ini betul-betul dan bandingkan dengan budaya dan pemikiran rakyat Korea.. Perempuan Korea sangat menyukai lelaki yang gentleman ataupun lebih dikenali sebagai well-mannered man.. Antara artis Kpop yang terkenal dengan gelaran itu ialah 2PM Nichkhun, Lee SeungGi dan Kim JongKook.. Expectation wanita terhadap lelaki gentleman ialah lelaki tersebut bercakap dengan sopan, mempunyai sense yang tinggi tanpa wanita beritahu apa-apa such as bila wanita itu mabuk, lelaki tersebut sanggup piggyback wanita sehingga sampai ke destinasi. Itu contoh jew tapi reality..

Untuk mendapatkan lelaki sedemikian, wanita tersebut berusaha untuk menjadi secantik yang mungkin, selembut yang boleh, seseksi-seksinya, dan sesopan-sesopannya.. Bila dah ada pakej yang macam tu, maka mudah bagi wanita tuk mendapat lelaki gentleman yang diingini.. Kalau baca lirik betul-betul, Psy cuba mengatakan kebanyakan wanita Korea adalah hipokrit.. Secara tepatnya, boleh lihat drama I Need Romance 2012 lakonan Jung YooMi, Lee JinWook (temper guy) and Kim JiSuk (gentleman guy)..

Jika diambil dari sudut positif lagu ini, lagu ini meminta wanita Korea agar menjadi lebih gembira dan tak terikat dengan pemikiran tersebut. Dalam masa yang sama, Psy cuba mengatakan bahawa "cuba jadi diri sendiri yang lebih baik".. Tapi music video tersebut telah membawa maksud menghina wanita Korea.

CONCLUSION:
Lebih minat lagu KPOP yang mempunyai lirik yang mendalam dan muzik yang syahdu seperti Lee SunHee – Fox Rain, Lee KiChan – I Hope It’s Not Love, Baek JiYoung – A Long Time dan Electroboyz & Song SooJin – Feeling Nervous..


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

2 comments :

Unknown said...

psy ni banyak lucah ja..dan mengarut..entah apa maksud seni bagi dia pun tak tahu la..btw done follow here.. :)

http://nanaownlife.blogspot.com/

AmyZana said...

Al though the music video is quite horrendous, but frankly speaking saya sukakan lagunya. Siap masuk most played lagi dalam fon XD But I don't really like the music video that much though