Apr 22, 2015

RUNNING MAN MALAYSIA : LARI?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Peminat rancangan Korea sedia maklum bahawa South Korea antara pengeluar rancangan variety show yang terbaik. Aku adalah salah seorang pengumpul dan peminat variety show Korea Selatan.
Senarai Variety Show dan Documentaries yang aku ada setakat ini
Aku ada banyak rancangan kegemaran seperti Idol’s Dance Battle, Super Junior Explore Human Body, Family Outing, Fluttering India, Global Request Show, Hello Baby, Idol Star Athletic Championship, Infinity Challenge, Oh! My School, Roommate, Star Golden Bell, Star King, Strong Heart, The Return of Superman, Weekly Idol, iKon’s Mix & Match, WIN Who Is The Next dan X-Man. Terlalu banyak yang aku minat sehingga aku tak tahu yang mana satu aku betul-betul minat. Setiap rancangan membawa konsep berbeza.

Aku bukan nak kritik rancangan variety Malaysia pertama yakni LARI. Tapi aku memang rasa rancangan ini sangat tak sesuai dimana rakyat Malaysia TERSANGAT sensitive terhadap beberapa issue. Ditambah lagi, rancangan LARI merupakan adaptasi dari rancangan RUNNING MAN dimana ia merupakan sebuah rancangan yang sangat lasak yang memerlukan idea kreatif, kekuatan fizikal & mental, bahan lawak yang mencukupi dan sebagainya. Isu utama yang dibawa ialah isu agama dimana kita semua sedia maklum bahwa agama utama Korea Selatan ialah atheis (tiada agama), Kristian dan Buddha dimana there is no restriction between man and woman. So, kenapa kita mesti nak tiru?
Running Man Malaysia : LARI
Isu kedua ialah sensitive celebrity. Host utama rancangan LARI adalah Azwan Ali dimana kita semua sedia maklum bahwa beliau antara the most sensitive celebrity and MC in Malaysia. The way he talks is hard to accept by most of Malaysian. We need to find the main MC which is not easily sensitive, easy to accept differences and can tolerate each other such as Nabil Ahmad, Johan, AC Mizal or Pak Nil. Kena ingat, sebelum Yoo Jae Suk jadi The Nation MC, beliau merupakan seorang pelawak or gagman.
Original cast of Running Man
Lee KwangSoo, Kim JongKook, Yoo JaeSuk, Song JiHyo, Song JoongKi, Ji SukJin, Haha, Gary
Isu ketiga ialah barisan cast or host. Setiap host mesti memhasilkan personality dan identity yang berbeza untuk rancangan LARI seperti Sparta Kim Jong Kook, The Betrayal Gang, or The Couple. Pendapat aku Ropie Cecupak, Nabil Ahmad (Main MC), Rahim Jalor, Jep Sepahtu, Melati Zero, Izzue Islam, Michael Ang, Sathiya, Faizal Hussien, Aqasha, dan Bront Palarae adalah senarai cast yang sesuai untuk LARI. Aku memang tak consider perempuan untuk menjadi barisan host di atas banyak sebab yang bakal mencetuskan kontroversi. *** RED means most preferred host ***
Current Infinity Challenge cast (all is comedian/gagman)
Jeong HyungDon, Jeong JunHa, Yoo JaeSuk, Park MyungSoo, and Haha
Noh Hong Chul left due of his controversy (blonde hair guy)
Cadangan aku kepada syarikat TV or producer kat Malaysia, buat rancangan seperti Infinity Challenge dimana semua hostnya adalah lelaki dan ia datang dari barisan pelawak seperti Infinity Challenge Korea. Infinity Challenge merupakan rancangan yang tak berpegang teguh kepada apa pun specific concept. Ia boleh jadi talkshow, outdoor sport, indoor sport, pertandingan menyanyi dan pelbagai aktiviti. Rancangan ini ada beratus episode dimana ada beratus idea dan konsep yang pernah dihasilkan dan direalisasikan. Itulah sebab kenapa rancangan ini mampu bertahan hampir 10 tahun di Korea Selatan hasil kendalian The Nation MC Yoo Jae Suk dan ia selalu mendapat rating tertinggi di Korea Selatan. Apa yang unik tentang rancangan ini, setiap idea yang dihasilkan boleh menghasilkan diantara 1 episod sehingga 4 episod. Idea-idea tersebut akan dihasilkan oleh semua krew dan cast Infinity Challenge. 

Kesimpulannya, rancangan LARI tak sesuai di Malaysia atas 3 sebab iaitu isu agama, MC utama dan barisan hostnya.

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

2 comments :

azeri azaman said...

apa ke mende dorg buat lari. tak kan boleh tiru punya -,-

Melor Asuhara said...

xkan dapat punyer..