Dec 28, 2011

Filem Best dari Shah Rukh Khan: Ra.One (2011)

Assalamualaikum.. Kali ini entry aku pasal filem.. Filem korea hindustan.. Ra.One.. Dibintangi oleh Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor (kakak aku), Arjun Rampal (abang aku), Armaan Verma dan Tom Wu.. 
Sinopsis
Filem mengisahkan kehidupan sebuah keluarga game creator yang terdiri dari Shekhar (SRK), Sonia (Kareena) dan Prateek (Armaan).. Shekhar merupakan seorang bapa yang amat mempercayai kebaikan dan merupakan pencipta game berteknologi terbaru untuk Barron Industries.. Namun, dia mempunyai seorang anak yang bijak tetapi amat meminati games yang mempunyai orang jahat yang hebat.. Demi memenuhi kehendak anaknya sebagai hadiah hari jadi, Shekhar mencipta games lasak yang baru bersama rakannya iaitu Jenny dan Agashi (Tom) dimana mempunyai segala kriteria yang anaknya ingini iaitu Ra.One.. Ra.One singkatan untuk Raavan One dimana dalam tamadun India terdapat dewa jahat yang bernama Dewa Raavan (dewa banyak muka).. Manakala G.One bermaksud Good One iaitu hero game ni..
Pada hari dilancarkan games tersebut, anaknya dibenarkan bermain dengan games tersebut dan berhenti sampai ke level 2 (games ni ada 3 level jew) dengan menggunakan nama LUCIFER dan Ra.One berasa bengang diatas ketidakpedulian Lucifer terhadap dirinya.. Lalu, Ra.One memunculkan dirinya ke dunia realiti untuk mencari Lucifer dan membunuh Agashi dan Shekhar di dunia realiti..
Selepas kematian Shekhar dan Agashi, Prateek mencari punca kematian ayahnya dan mendapat tahu pembunuhnya ialah Ra.One melalui kesan pembunuhan.. Prateek berjumpa Jenny di pejabat ayahnya dan menghidupkan G.One(SRK) untuk dibawa kedunia realiti.. 
Penceritaan aku agak pening kan.. Senang cerita KLIK SINI untuk sinopsisnya.. Kalau aku cerita, aku dengan korang pun tak faham.. Berbelit-belit.. Apapun cerita ni memang DAEBAK.. Love SRK and Kareena Kapoor forever.. Lagi satu, Akon turut menyumbangkan suara aka menyanyi untuk filem ini iaitu lagu Criminal dan Chammak Challo.. Memang best.. My Arjun Rampal sangat kacak bawak watak jahat dalam cerita ini.. hihihihi.. Selamat menonton..
 Enjoy the teaser of Ra.One (2011):



jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(: