Jun 15, 2014

B.A.P BANG YONG GUK - MY NEW ADDICTION

السلام عليكم 
Sudah terlalu lama tak tulis entry baru pasal KPOP mepop.. DAN ini entri pertama untuk tahun 2014.
Berbalik kepada tajuk asal, BANG YONG GUK - MY NEW ADDICTION.. Yup, he becomes my new addiction just because his voice.. I really love his husky voice especially when he rapping.. Semuanya bermula dengan lagu Warrior sebab bahagian rap lagu itu sangat smart dan feeling rock..
Bang Yong Guk before debut as a BAP member. MV from I Remember.
Pastu, aku mencari lagu lain yang ada suara Bang Yong Guk.. Walaupun aku tahu Bang Yong Guk ini kumpulan idol B.A.P, aku still nak cari lagu solo dia. Aku percaya yang dia mesti ada lagu solo sebab the way he's rap and sing is so gooooood. After that, aku cari biography dia and semesti Mr Dr Wikipedia sangat membantu aku untuk mencari siapa empunya suara yang aku suka..
B.A.P in One Shot album
Meh aku cerita serba sedikit pasal Bang Yong Guk.. Lahir pada tahun 1990.. Debut pada tahun 2012 sebagai ahli kumpulan B.A.P yang terkenal dengan imej rock + hip hop.. Merupakan seorang komposer, penyanyi, rapper, dan penari.. Bang Yong Guk juga merupakan antara komposer utama untuk semua album B.A.P dibawah TS Entertainment. Bang Yong Guk pernah menjadi underground rapper sebelum debut dengan nama Jepp Blackman. BYG menjalani latihan trainee selama 6 tahun sebelum debut as a BAP member.
Masa aku cari lagu-lagu Bang Yong Guk, aku jumpa satu lagu iaitu Going Crazy. Lagu ini dinyanyikan oleh Song Ji Eun (Secret) ft Bang Yong Guk pada awal tahun 2011. Masa tu, Bang Yong Guk belum debut lagi dan dia still merupakan TRAINEE untuk TS Entertainment. How come a trainee can be a good rapper and he still not debut at that time either as a solo or idol??
Tujuan lagu ini dikeluarkan adalah untuk memperkenalkan Song Ji Eun sebagai penyanyi solo tapi Bang Yong Guk yang popular melampau-lampau dan lagu ini mendapat 1st place untuk kebanyakan carta lagu di Korea. Lagu ini awesomely good because suara Bang Yong Guk yang husky berjaya membawa imej scary + fiery.. Tak payah tulis banyak, just tengok performance and MV Going Crazy..
Pastu, officemate aku perkenalkan aku lagu Bang Yong Guk yang lain yakni I Remember. Lagu ini dinyanyikan oleh Bang Yong Guk ft B2ST Yang YoSeob. Waktu tu, BYG still belum debut.. Tapi honestly, aku lebih suka BYG ft B.A.P DaeHyun.. Sebab genre lagu ini HipHop/Rock and suara YoSeob lantang dan nyaring, so ia tak sesuai sangat dengan lagu ini berbanding suara DaeHyun yang rock..
Aku rasa cukuplah setakat ni aku menceritakan mengenai Bang Yong Guk.. Haha, his smile just like EunHyuk.. Love Gummy Smile..

SEKIAN KERANA SUDI MEMBACA..  :) :) :)


jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

2 comments :

ezyra taharin said...

kalau tak silap lagu i remember tu ,time tu younguk dah debut dgn bap..
time lagu tu je dia gerak solo..tapi dia still dgn bap la.haha

Unknown said...

Lgu I Remember dikeluarkan pada Nov 2011 and BAP debut pada January 2012..