Sep 9, 2011

Ragam PakCik Teksi

Ini semua dari pengalaman aku yang kerap menaiki teksi:


1. Pak Cik Teksi Bermeter
   
    Situasi 1
  • Jarak - Kipmart Tampoi ke Flat Titiwangsa Tampoi Indah
  • Kos sebenar - RM3.50 (mengikut meter)
  • Kos dikenakan ke atas pelanggan - RM6.00
  • Alasan yang diberikan kepada pelanggan - "Pak cik jugak nak cari makan, dik"
  • Alasan yang aku beri pada pakcik tu - "Saya student.. Lagi kena berjimat-cermat".. Endingnya, aku bagi jew RM5.00.. Padan muka..
    Situasi 2
  • Jarak - Kipmart Tampoi ke Sutera Mall
  • Kos sebenar - RM8.00 (mengikut meter)
  • Kos yang dikenakan ke atas pelanggan - RM12.00
  • Alasan yang diberikan kepada pelanggan - "Pak cik jugak nak cari makan, dik".. "Jarak jauh and traffic jammed"
  • Alasan yang aku beri pada pakcik tu - aku yang jammed.. aku bagi jew la.. sebab nak berlibur dengan kekawan.. malas nak cakap banyak, nanti rosak mood aku..
    Situasi 3 
  • Jarak - Sogo KL ke The Mall
  • Kos sebenar - RM5.00 (mengikut meter)
  • Kos yang dikenakan ke atas pelanggan - RM5.00
  • Alasan yang diberikan kepada pelanggan - "Pak cik mencari rezeki yang halal, dik"..
  • Alasan yang aku beri pada pak cik tu - "Alhamdullillah.. Ada jugak pak cik teksi yang tak menipu"..
 2. Pak Cik Teksi yang Tak Bermeter

     Situasi 1
  • Jarak - Terminal Bas KWSP ke Simpang 4
  • Kos sebenar - RM5.00 (mengikut harga penduduk tempatan)
  • Kos yang dikenakan ke atas student - RM14.00 (siang), RM18 (malam)
  • Alasan yang diberikan kepada student - "Pak cik nak cari untung sedikit".. "Orang kampung tak de duit, dik"
  • Alasan yang aku beri pada pak cik tu - "Student lagi tak de duit, kekadang sampai makan maggi jew".. Dalam hati aku, harap-harap anak dia atau dia dapat nasib yang sama..
    Situasi 2
  • Jarak - Terminal Bas KWSP ke Simpang 4 (Teksi Orang Cina)
  • Kos sebenar - RM5.00 (mengikut harga penduduk tempatan)
  • Kos yang dikenakan ke atas student - RM12.00 (siang), RM16 (malam)
  • Alasan yang diberikan kepada student - "Uncle nak cari untung sedikit".. "Uncle bagi harga dah cukup murah, ma"..
  • Alasan yang aku beri pada pak cik tu -"Dua kali lima jew"..
    Situasi 3
  • Jarak - Kuarters KLIA ke Stesen Kereta Api Nilai
  • Kos sebenar - RM15.00 (mengikut kadar tambang yang ditetapkan oleh MPN dan Komuniti Teksi Nilai)
  • Kos yang dikenakan ke atas pelanggan - RM15.00
  • Alasan yang diberikan kepada pelanggan - "Harga dah tetap, dik"..
  • Alasan yang aku beri pada pak cik tu -"Bagus pak cik ni, ikut peraturan"..
Conclusionnyer:
Daripada kesemua pak cik teksi yang aku taip, semuanya penipu.. Walaupun segelintir pak cik teksi yang berkelakuan baik, tapi yang lain tu hampeh.. Tak berkat duit pak cik ni, kalau asyik menipu pelanggan.. Lagi-lagi kalau korang kata korang ni student.. Memang habislah diorang hentam korang.. Ini jew entry aku.. Byebye

jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

4 comments :

Urzain Hussain said...

nak pegi london berapa..??
huhu~

Rosalia said...

biasala tu.org nk kaya cpt tp keje nk sng. ape la nk jd, haih.

Unknown said...

taw tak pew.. menggedik jew..

nurulhidayah said...

dlm byk2 post ko ...ni je post yg xde kaitan ngan kpop- along