Apr 23, 2011

Super Junior History



Kumpulan Super Junior ditubuhkan pada November 2005 dengan bilangan ahli seramai 12 orang sahaja. Kumpulan mereka lebih dikenali sebagai SJ atau SuJu dan merupakan kumpulan boy band terbesar didunia. Super Junior dianggotai oleh LeeTeuk (ketua), HeeChul, Hangeng, Kangin, Yesung, DongHae, EunHyuk, SungMin, ShinDong, Siwon, RyeoWook, dan KiBum. Lagu debut adalah berunsur rock yang diberi tajuk TWINS. Kemunculan pertama mereka di SBS Inkigayo.

Kumpulan ditubuhkan oleh SM Entertainment dimana syarikat telah banyak menghasilkan penyanyi2 popular di Korea sejak tahun 1990an sehingga kini seperti H.O.T, ShinHwa, Boa, DBSK, Fly To The Sky, S.E.S, SHINee, f(x), Girls Generation dan yg terbaru X5. Sebelum debut, setiap penyanyi perlu melakukan practical dimana mereka perlu dilatih untuk menjadi artis serba boleh dari segi nyanyian, lakonan, MC, model, comedian dan sebagainya.

Pada asalnya, nama kumpulan ini adalah O.V.E.R (Obey the Voice for Each Rhythm) namun ditukar kepada Super Junior 05 kerana pada waktu itu, ahli SJ masih remaja lagi. Pada May 2006, SuperJunior 05 ditukar menjadi Super Junior dengan pertambahan ahli baru iaitu KyuHyun sebagai ahli yang ke13. KyuHyun muncul pada album ke-2 iaitu Don't Don. Pada masa yg sama, SM Entertainment ingin menambah ahli baru iaitu Henry dan Henry membuat kemunculan pertama dalam music video Don't Don. Peminat membantah kputusan SME dan Henry dimasukkan sebagai sub-member untuk Super Junior M.

SuperJunior mempunyai banyak sub-group seperti Super Junior T, Super Junior M, Super Junior H, dan Super Junior K.R.Y. Setiap sub-group mempunyai rentak muzik dan peranan yang berbeza. Rentak muzik SJ-T adalah trot(lagu klasik/lama) yg terdiri dari 6 ahli (LeeTeuk, HeeChul, Kangin, EunHyuk, ShinDong, SungMin). Peranan dan muzik SJ-M adalah dalam bahasa mandarin dmana SME menambah ahli untuk kumpulan ni iaitu Henry dan Zhoumi disamping ahli asal SJ iaitu Siwon, DongHae, KyuHyun, RyeoWook dan Hangeng. Rentak muzik SJ-H adalah berbentuk gembira dan happy yg terdiri dari 6 ahli (LeeTeuk, Yesung, Kangin, EunHyuk, ShinDong, SungMin). SJ-KRY fokus kepada balada dan KyuHyun, RyeoWook dan Yesung mempunyai the best voice in SJ.

nak tahu lebih lanjut tentang SJ. Klik SINI.

Conclusionnyer:

Kalau la aku leh jawab exam mcm ni kan bagus. bengong tol.



jangan lupa komen dan like.Enjoyyy!!!.(:

2 comments :

_izzati98 said...

suju ade 13 orang laa. x tambah kyuhyun -_-

Unknown said...

sp member yg ke13 klu bkn kyuhyun?? tell me who..